Pages

14 March 2013

peraturan membeli rumah flat.. baru tahu..

Salam

Mencari rumah kedua.
tak semudah yang disangka & tak semudah prosesnye macam rumah yg pertama.
lagi pulak beli atas orang bukan direct from developer.

kali ni kami mencari rumah berdasarkan lokasi. hot spot. untuk investment gamaknya.
tapi for this 1st year, kami nak jadikan rumah harian, sementara rumah yg sekarang ni mahu dijadikan rumah untuk hujung minggu =P

kami mencari rumah flat atau apartment berdasarkan budget yg kami ada.

Situasi Pertama

Rumah flat. 2 bilik. tingkat paling atas. xde lif. actually design yg sama dengan rumah sewa dulu. ala.. takat nak buat tidur je time hari bekerja.. lepas anak dah besar sikit, konon nak buat rumah sewa.

tapi condition rumah, hurmmm.. teruk! harga mintak kurang xleh. tulis kat iklan website *negotiable*. mintak kurang beberapa ribu pun, xleh. mintak kurang pun sebab condition rumah teruk sangat. mestilah nak kene pakai duit utk repair (-_-")

reject!

Situasi Kedua

masih lagi design rumah yg sama. cuma blok berbeze. masih lagi tingkat atas. kali ni kami berjaya deal secara terus dengan owner. bukan dengan agen seperti rumah pertama. harga jauh lebih murah. beza 13k tu! rumah masih ada penyewa. owner nak jual cepat sebab masalah kesihatan. perlu duit.

bila melawat rumah, bumbung agak fail sebab tingkat paling atas, bumbung agak melendut kebawah. rumah adalah design paling basic. xde renovate sikit pun. kitchen cabinet langsung xde,cat dah pudar, lantai xde tiles. terpaksa reject sbb walaupun murah, tapi bila topup dengan kos pengurusan & ketiadaan masa utk uruskan pembelian secara direct dengan owner, sama saja. pakai agen, byr lebih sikit tapi diuruskan semua.

Situasi Ketiga

dapat dari iklan menerusi agen. blok berlainan, design rumah sama. tingkat 3! wah wah wah.. terus terbayang bumbung confirm cantik. hahaha.. maklumlah, atas bumbungkan lantai rumah orang.. elok je hari yg dijanjikan utk tengok rumah, agen call husband,

"bang, rumah ni utk duduk or investment?"
"2-2"
"masalah sikit kalau nak duduk. rumah ni rumah india. tadi saya g tengok, ada kuil la dalam umah dia"
"hah?"

Ok, dahlah bloknya dekat dengan kuil besar. dalam rumah pun ada kuil lagi? 

Reject..

Situasi Keempat

masih lagi design yg sama, tapi blok bersebelahan dengan blok rumah ketiga. agen berlainan. tingkat atas sekali. kali ni, keadaan rumah jauh lebih baik. lantai dapur ada tiles baru, bumbung ganti baru, rumah ada sedikit renovation yg mana bahagian beranda di dapur dipecahkan menjadikan dapur lebih besar sikit.

keseluruhan puas hati la. after negotiate, harga pun dipersetujui.

alih2 time nak bayar booking fee, agen baru tahu ada peraturan baru. rumah flat yang kami mahu beli tu dalam kategori rumah kos rendah. peraturan untuk membeli rumah kos rendah adalah pendapatan isi rumah mestilah kurang dari 5k. huhu..xlayak nak beli..

konon nk pakai 1 nama saja.. salah seorang dari kami suami isteri. pun xlayak sebab pendapatan mesti kurang rm2k.

sedih... 

Husband kata "xpelah, xde rezeki kita"

2 bulan cari rumah dengan fokus pada rumah blok L dikawasan tu. turun naik turun naik tengok rumah, rupanya xlayak. kami layak utk blok selain blok L sbb difahamkan blok L adalah blok untuk kos rendah sedangkan blok lain dikawasan yg sama adalah kos sederhana. layak beli. tapi masalahnya xde orang nak jual..

xpe slow2...

*alhamdulillah, berjumpa dengan blok C. tiga bilik, cat baru, pakej dengan 2 unit air-cond, 1 unit parking, water heater & peti ais. tapi harusla samak dulu 1 rumah sbb owner dulu adalah bangsa tiong hua.. kerja menyamak rumah kosong agak mudah kot.. InsyaAllah, bulan depan busy lagi cuci rumah.. moga dipermudahkan urusan..

1 comment: