23 April 2013

TTC #2 : adakah saya dah bersedia utk rawatan?

Salam

first sekali, setiap pasangan kene bincang betul2 kalau dah ready nak start treatment. fertility treatment bukan macam fever treatment. ia mungkin akan masa yg lama. sbb dalam 1 kitaran haid, peluang utk pregnant hanya sekali saja iaitu waktu kita subur. kalau percubaan utk cycle tu xjadi, so kene tunggu next cycle. itu pun kalau setiap bulan period dtg menjengah. kalau period ting tong, yg 2-3 bulan sekali baru muncul, lagi lah complicated sikit rawatannya.

sebelum ambik keputusan utk start rawatan, beberapa perkara kene consider berdasarkan pengalaman saya lah.

1. takes two to tango.

maknanya suami isteri perlu bekerjasama. kadang2 ada isteri yg ready nak start treatment tapi husband xready lagi and vice versa. tak leh macam tu. sbb nak buat anak kene bekerjasama. kalau buat treatment sorang2, mmg xde guna.

2. Masa

kene betul2 willing nak korbankan masa sbb bila start rawatan, maknanya suami isteri perlu bagi 100% commitment dengan masa. sbb kene selalu attend appointment with gynae. macam kami dulu, saya perlu korbankan annual leave saya since saya bekerja 6 hari seminggu. cuti Ahad. klinik pun cuti. kalau appointment hari sabtu, saya still kene korbankan leave.

as for my husband, dia kene adjust jadual kerja dia. job scope dia memerlukan dia selalu berjalan2 a.k.a outstation. jadi bila start treatment, jadual outstation dia harus ikut tarikh appointment.

3. duit

penting jugak. jumpa gynae bukan murah. sekali jumpa mmg terbang ratus2. pengalaman saya, saya pilih dengan gynae from private hospital instead of gov service sbb merujuk kepada no.2. masa. saya mahu lebih menjimatkan masa, maka saya perlu korbankan duit. saya xde pengalaman dengan gov clinic utk ttc treatment, jadi xdpt nak kongsikan. kalau private hospital, mmg setiap kali appointment, makan beratus jugak. kalau makin banyak ubat/supplement yg diperlukan, maka makin mahal.

lagipun, rawatan2 macam ni, rasanya xde company yg akan cover. samalah kalau nak dapatkan injection or pil perancang keluarga, xde company yg cover bil utk tu..

ini saya mmg berterus terang. jgn ingat saya nak bangga diri pulak ye.. sy just nak bagi clear picture ttg rawatan ttc. nak share dgn kawan2 yg senasib dengan kami. sbb kami pernah berada dalam 'kasut' tu, jadi kami faham. topic ni, ssh nak bincang secara terbuka. maklumat pun tak berapa nak ada sangat.

itu antara faktor luaran yg penting utk kita consider before seeking for treatment/consultation. selain tu, faktor2 dalaman jugak harus kuat.

bila dah start treatment, mmg kene kuat mental & fizikal. kita akan jalani macam2 ujian utk tgk tahap kesihatan kita. makan ubat/supplement. so disiplin kene tinggi. kene ikut betul2 aturan makan ubat. kene bersabar tanggung side effect dari ubatan yg boleh tolong tingkatkan chances utk mengandung. as we know, setiap ubat ada side effect dia kan. tapi selagi kita ikut nasihat doktor, insyaAllah, side effect dia x membahayakan.

contoh paling senanglah. kalau gynae prescribe kita dengan Clomid (ubat kesuburan). Clomid ni ubat hormon. dia akan buat certain hormon dlm badan kita tinggi in order utk rangsang penghasilan ovum/telur yg matang utk disenyawakan. so, bila hormon dah ting tong, badan pun akan react & kita akan sedikit ting tong jugak. hahaha.. ada orang makan Clomid, selera makan tambah. so berat badan bertambah. jadi, perlukan kekuatan mental kat situ utk terima hakikat berat badan naik & perlu kawal sikit selera makan tu. kene jadi kentallah kalau malam2 lapar, jgn terjah kek. terjahlah buah delima.

macam tu lah.

xpe, nanti saya akan ceritakan pengalaman saya mendapatkan rawatan. mungkin boleh dapat gambaran lebih jelas lagi macam mana rawatan dijalankan. dari situ, boleh nilai sendiri samada kita dah ready atau belum utk rawatan.

sorrylah, lately semua post pasal pengalaman ttc. saya pindahkan dari blog ttc saya ke sini dengan gaya penulisan yg berbeza sikit. tapi info tetap sama=) maaf, sbb saya xbersedia nak publish blog ttc saya tu.. terlalu manis & terlalu peribadi utk tatapan umum yg mengenali saya secara maya mahupun reality.

No comments:

Post a Comment