Pages

28 June 2013

stor kami


Perancangan asal, nak rak dari Ikea.

ok, xyahlah nak ulang cerita banyak kali.. baca la balik kat sini ye.

Alhamdulillah.. dapat jugak rak ni..
rak dah lama sampai sbnrnya. tapi tumpang kat store office. sbb masa rak sampai, minggu tu kami ada hal.. bapak mertua datang dari kg. kemudian, arwah abah meninggal & kami xbalik2 pun rumah kami tu.. tidur rumah ibu.. teman ibu.. 

last week, ibu dah semakin ok.. adik di UUM jg sudah balik utk bercuti 3 bulan. jadi xdelah ibu tinggal sorang2 kat rumah kalau saya balik rumah saya. ambik kesempatan utk pasang rak & kemas yg patut.

saya susun hadiah kawin kat rak ni.. semua masih dalam packaging box masing2.. sbb masih belum pakai lagi. lebih elok biar dalam kotak kot.. senang nak susun..

sebelum ni, hadiah2 kawin tu kami masukkan dalam kotak lebih besar. kiranya 1 kotak besar, kami simpan 3-4 hadiah kawin & susun je kotak2 besar kat lantai. memang susah nak cari barang bila simpan macam tu. rak ni saya beli 1 je. dengan ukuran 4 kaki.. ngam2 muat dari tingkap ke pintu bilik.. ada ruang sikit utk selit tangga kat hujung.

ini pulak almari yg sepatutnya berada didapur. masih belum sentuh dapur sbb ada perancangan lebih besar.
tapi, tah mane silap, walaupun dah ukur siap2 before beli perabot, almari ni pulak buat hal.. xmuat kat dapur.
saya letak kat dining area dulu.. lama2 tengok xcantik pulak ddk situ.. jadi, saya masukkan je dalam stor.. 

dalam almari tu, saya susun hadiah pinggan mangkuk yg belum dibuka. yg dah buka, saya simpan kat dapurlah.. yg jarang pakai macam bekas kuih raya, tea set utk tetamu bertandang, semua saya simpan elok2 dalam kotak packaging.. senang susun dalam almari ni..bahagian tepi sekali yg ada drawer di atas tu, saya susun koleksi tupperware. tupperwarelah sangat..hahaha..2-3 kerat je pun.. lebih kepada tipuware..

kotak2 kat atas almari masih belum habis kemas..xsempat.. hahaha..nnt ada masa lagi, baru clearkan.

Rak besi ni boleh didapati dalam 4 ukuran panjang. 4 kaki, 5 kaki, 7 kaki & 8 kaki. standard kelebaran adalah sama. 2 kaki setengah. tingginya 6 kaki. bila beli, dia siap2 bagi 3 tingkat.. sukahati kitalah nak susun ketinggian setiap tingkat macam mana. kalau nak tambah boleh. tambahlah duitnye.. 

tapi setakat ni, kami beli 3 tingkat je.. xde penambahan pun.

26 June 2013

doorgift simbolik kehidupan baru?

wedding adik yg lalu, dipenuhi dengan orkids.


bukan sekadar untuk hiasan dalam stadium tapi juga sebagai doorgift utk semua tetamu. seorang dapat 1 pasu orkid.

"simbolik kepada permulaan hidup yg baru" katanya.

akhir majlis, saudara mara yg akhir balik (mereka yg stay dari awal sampai habis majlis) dapatlah bawa pulang lebih dari 1 pokok orkid. happy.

kereta penuh pokok orkid.

6 bulan berlalu. Jiran tetangga yg hadir, semuanya pokok orkid mereka dah beberapa kali berbunga. cantik2 semuanya. saudara mara pun kalau lihat di instagram, dah beberapa kali upload orkid mereka dah berbunga.

tapi, 

yang peliknya, orkid kami di rumah, masih belum berbunga=(

ibu sangat sayang orkid tu. sbb katanya, arwah abah nak sangat tgk orkid2 tu berbunga. siap dah beli papan untuk buat para di hadapan rumah. utk letak koleksi orkid2 tu. beberapa pasu baru utk digantung separuh dari koleksi orkid tersebut. tapi xberkesempatan. papan masih kemas tersimpan didepan rumah. pasu baru masih bersih tak terusik bersama dawai penggantung.

satu malam...

ibu sendiri mengalihkan orkid2 tersebut kedalam pasu baru tersebut. digantung kan je di ampaian kain baju. sedih.. sebab saya sendiri xtahu bertukang. kalau saya tahu, saya sendiri akan sediakan tempat khas utk gantung orkid2 tersebut. saya sendiri akan buatkan para utk diletakkan orkid2 selebihnya.

=(

setiap hari, tanpa missed, ibu akan menyiram orkid tersebut sambil bercerita mengenangkan arwah abah. setiap hari, rutin tu seolah2 tak pernah dilupakan. lebih konsisten dilakukan dari mengambil vitamin2 yg dibekalkan doktor utk kesihatan beliau sendiri. lebih diingati utk menyiram pokok orkid berbanding mengingati samada dirinya dah makan nasi atau tidak untuk hari tersebut.

25 June 2013

Haze


memang failed kalau ambik gambar sendiri.. masih kekok..
Semalam. seharian pakai face mask. company punye..hihihi.. biasa pakai time buat post moterm je..
hari ni ada meeting dengan pihak PBT.. standby dlm hand beg.. kalau ada orang pakai, saya pun nak pakai.

bila dah beranak ni, kesihatan perlu jaga..sbb kalau kita sakit, sapa nak jaga anak?

baby Ziyad dah terkesan dengan jerebu.. kesian dia gatal2.. tapi yg best pasal ziyad, dia jarang nak mengamuk kalau xselesa.. tapi dia akan mengamuk kalau dia nak sesuatu & kita xbagi, fuh~~ jerit2 lah selagi xdapat (-_-")

Sabar je lah.. kene selalu zikir Ya Latiff.. bagi lembut lagi hati tu..

24 June 2013

Nama Saya

"Tahu tak dari mana datangnya nama along tu?"

"tahu. ibu cerita nama tu abah dapat dalam mimpi. ibu kata nasib baik lahir perempuan. sedaplah jugak nama Fatiha.. kalau lelaki, macam xsesuai pulak"

"itu je?"

"pangkal Siti tu, arwah moyang Esah yg bagi. sbb katanya, ustaz yg mengislamkan dia, bagi nama Siti Aisyah. Isteri nabi. jadi elok letak siti kat pangkal"

"tahu tak maksud Fatiha tu?"

"Fatihah. salah satu surah dalam Al-Quran. pembuka Al-Quran. Ummul Kitab. Ibu Al-Quran."

"itu je yg along tahu?"

"itu je lah kot. nape?"

"sebenarnya dalam Fatiha tu ada makna untuk ibu & abah?"

"urmmm?"

"F & A untuk Faridah. T untuk Tawil. I untuk Isteri. H & A untuk Hasnul. FAridah Tawil Isteri HAsnul"

"waaa.." (kagum. patutla saya tertanya2 kenapa ejaan saya bukan Fatihah. tapi abah tetap akan pronounce dengan H dibelakang)
..................................................................................................

"Ibu & Abah dah letak nama yang bail-baik untuk korang semua. setiap nama korang semua ada makna. ibu & abah harap korang bawaklah nama korang sebaik mungkin."

Pesan ibu & abah yang kerap kali diulang terutama masa kecik2 dulu.. dan cerita mengenai maksud nama kami adik beradik sering kali kami bualkan. sekadar untuk mengingatkan antara satu sama lain tentang tanggungjawab kami sebagai anak kepada ibu & abah, juga sebagai hamba Yang Maha Esa.

"Al-ismu yadullu 'alal Musamma. Whatever your names are, it reflects you"
(Farah Adlina)

21 June 2013

Ziyad nak menyelit sekejap



Salam Sayyidul ayyam semua

Semoga apa yg kita lakukan, mendapat barakah dari Allah s.w.t
Amin..

19 June 2013

TTC #7 : jus kurma susu kambing

"ibu tengok dalam Tanyalah Ustaz, ustaz tu cakap salah satu usaha nak dapat anak, minum susu kambing blend dengan kurma"

"oh ye ke? camne nak buat? susu kambing fresh pun susah nak cari."

"tu la.. ustaz tu pun xde pulak terangkan cmne nak buat"

...................................

"tadi singgah kedai mamak depan tu.. tapi xde jual susu kambing.. susu lembu adalah"

"ni kawan kelas ibu ada jual susu kambing."

tunjuk kotak Hi-Goat.

"minum je dulu yg ni.. ibu dah jadi ahli.. dapat murah sikit."

saya minum susu Hi-Goat utk tempoh yg lama.. xde pulak pergi blend dengan kurma sbb masa tu ingat susu fresh je kalau nak blend..
..........................

"abang ada beli susu kambing fresh kat MAHA tadi. ada beli lebih sikit. bagi kawan sayang, Anum tu."

first time blend susu kambing fresh dengan kurma. tak tahu cara. jadi saya buat macam ni:

7 biji kurma. sbnrnya xtau brape biji. tp biasa apape hal orang akan buat 7 biji. buang biji. letak dalam blender. masukkan susu kambing fresh yg baru dipanaskan (susu kambing dari MAHA, chilled). blend.

outcome? keluarlah susu bercampur kurma. tapi campuran tu jadi pekat sangat. dah serupa santan basi gaul dengan kurma. tapi habis jugak minum walaupun ambik masa lama. demi anak!
..................................

Pergi Darussyifa' (xpercaya bomoh mahupun bidan kampung yg was-was)

"sebagai ikhtiar, minum susu kambing campur kurma"

"saya ada dengar pasal tu. tapi xtahu nak buat macam mana. boleh ke kalau pakai susu kambing serbuk macam Hi-Goat tu"

"xkisahlah. janji susu kambing. blend kurma dulu, pastu masukkan dalam susu kambing. minum"

.....................................

Inilah hasilnya.. yg diamalkan berbulan2 lamanya setiap hari tanpa failed. sehingga mengandung. masih nak teruskan tapi masa 1st trimester, saya alah pada susu.

Kurma yang abah belikan. saya suka kurma ni sebab kurma ni basah. xkering. 

Kalau ada stok2 kurma dari Mekah yg orang bagi, saya akan masukkan juga. campur2. kalau dapat kurma Ajwa (kurma  nabi)
1. Ambil 7 biji kurma. buang biji. masukkan dalam blender & tambah sedikit air masak. blend macam blend cili & bawang nak masak. siap, masukkan dalam cawan besar & ketepikan.

Rupa kurma yg dah di kisar tadi.
2. bancuh susu kambing sekiranya menggunakan susu kambing serbuk. kalau susu kambing fresh macam brand Nubian tu, sila suamkan dulu. (klik untuk yg tak tau rupa Nubian. itu gambar dulu. Nubian masih dalam botol kaca. tapi sekarang Nubian dalam botol plastik) jgn panaskan susu sampai mendidih. khasiat susu akan musnah dalam suhu didih.

Bancuh susu lebih elok gunakan sudu & cawan seramik. sbb ada kawan bagitau, sudu besi akan merosakkan khasiat susu.

Ini bukan promosi produk Hi-Goat ya.
3. sekrang dah ada 2 cawan. 1 cawan berisi kurma yg dikisar. 1 lagi cawan susu kambing. sebab saya dah hari2 buat, jadi saya dah ada cawan yg standard size utk saya. kalau bancuh jus kurma susu kambing ni, pasti sedap sbb sukatan air tu sedang elok je semuanya.

Cawan besar utk kurma. cawan kecil untuk susu kambing.

4. langkah terakhir. campurkan lah kedua2 bahan tadi. & sedia diminum. haip! selawat dulu.. doa dalam hati moga dipermudahkan urusan & dikurniakan zuriat keturunan yg soleh.

rasanya? sedap.. bagi saya lah.. sebab rasa lemak2 susu campur manis2 kurma.. eh? hihihi.. ingat, sudu tu..sudu.. seramik ye bila deal dengan susu..
Moga dapat memberi manfaat dan kebaikkan pada semua. insyaAllah, kita berusaha. Tawakal & moga Allah makbulkan impian kita.



17 June 2013

Pengalaman Umrah & Puasa

Semalam Hari Bapa.

Semalam juga baru dapat selami perasaan sebenar seorang anak yatim melalui hari bapa.

tapi, takpe. sbb bapa kami berada dengan Penciptanya.

Minggu lepas, saya cuci semua gambar2 sewaktu keluarga menunaikan Umrah. Pengubat rindu. tenang je rasa tiap kali melihat gambar2 abah di rumah Allah.

Allahu Rabbi.

Sepupu saya, berjumpa dengan family saya di hadapan Kaabah..


Sedang menulis utk siapkan perkongsian usaha2 TTC melalui pemakanan Sunnah. tapi hati jadi sayu bila lihat gambar kurma yg dibelikan abah. setiap kali abah akan sediakan stok kurma utk saya.. tanpa failed. bila saya mahu bayar, abah akan kata "xpe, abah bagi." . bila saya merajuk segan takmo kirim lagi sbb abah xnak ambik duit, abah akan ambik duit kurma yg saya bagi, tapi akan return dalam bentuk lain. contoh, tiba2 belikan teh ais sedap. or laksam sedap.

Ramadhan tanpa laksam dari abah..
Ramadhan tanpa Abah='(

Ramadhan semakin hampir. selalunya bila time kami adik beradik berpuasa selain dari puasa Ramadhan, samada puasa ganti, mahupun puasa sunat, abah tak pernah failed utk call rumah & tanya apa yg kami mahu untk berbuka puasa. Abah akan belikan.

setiap kali puasa juga. abah akan pastikan bekalan susu kotak sentiasa ada dirumah. bercarton2 susu kat rumah. cepat je habis.. dah hari2 bukak puasa minum seorang sekotak, pukul 10 malam sebelum tidur, minum lagi. sahur minum lagi. anak 5 orang semuanya..hahaha.. mmg kami adik beradik penggemar susu.

Moga terus tabah..

14 June 2013

Masa hadapan Idea Kahwin Saya

"nanti abah nak pergi lagi. kalau along jadi pergi tahun depan, abah nak ikut"

"insyaAllah.."

...................................

itu perbualan kami dalam kereta ketika perjalanan pulang dari KLIA. Abah sangat gembira. katanya xpuas pergi Mekah.. nak pergi lagi..xpergi melancong atau bercuti ke mana2 negara pun xpe. janji ke Mekah lagi.

sampai rumah, abah terus bagi anak2 perempuannya sebiji batu delima yg dibeli di sana.

"ini yg abah mampu bagi korang adik beradik. ikat cincin tau nanti"

"ct rasa ct nak ikat loket. boleh turun temurun ke cucu2 abah nanti.. kalau ikat cincin, cincin ada size"

"kalau nak buat loket, besar sikit lagi cantik"

batu delima masih lagi tersimpan rapi. perkara yg tertangguh2. siapa sangka, abah pergi meninggalkan kami 38 hari kemudian tanpa sebarang sakit.

demam? xde.
sakit kepala? xde.

......................................

kini, setiap hari saya akan menemani ibu utk berbual panjang hingga lewat malam. terima kasih utk suami yg memahami.

malam tadi..

"ibu doa setiap hari, supaya ibu nanti meninggal macam arwah abah. senang. tidak menyusahkan anak dengan sakit yg berpanjangan. diringankan sakaratul maut. dipermudahkan urusan pengkebumian. sama macam Arwah abah"

saya diam. tak tahu nak respond macam mana.

............................................

sungguh kehilangan yg begitu meninggalkan kesan pada kami. pada saya secara peribadi yg membuatkan saya berfikir jauh tentang masa depan blog ini..

12 June 2013

TTC #6 : Pati Delima

Salam

ha... last TTC post we talk about buah delima. sekarang ni cakap pasal pati delima. ada beza ke?

ada lah!

Makan buah, lebih fresh dari ambik pati. hahaha..

alkisah, saya ni bukanlah rajin sangat nak makan buah delima tu hari2.. just dalam seminggu tu kene make sure ada makan 2-3 kali. masa tu, geng2 blog TTC tengah 'hot' pasal pati delima ni. tapi brand al-gulsan. hanya ada on-line sahaja waktu tu.. xpernah jumpa kat kedai pun. tapi saya gagah jugak pergi cari. hampir give up, hampir order online saja. Alhamdulillah, rezeki. jumpa jugak pati delima tapi bukan brand al-gulsan la..

Makcik yg jual tu kata, pati ni diblend sekali dengan kulit delima which is good for women health.. tapi xpulak diterangkan terperinci kebaikan nya tu..
Golden Rumman
makcik jual tu kata, bancuh dalam air. kiranya pati ni jadikan as cordial la.. tapi saya rasa lebih sedap ditelan begitu saja.. so, setiap hari saya makan 1 sudu besar pagi & malam.

saya amalkan sampailah saya mengandungkan Ziyad.

Alhamdulillah.

Bagi saya khasiat delima ni banyak. saya rasa badan saya bertenaga je dan senang lawas. mungkin dia bertindak sebagai detoks kot. iyelah, bila senang lawas, bahan buangan xdelah tersimpan lama dalam badan & xdelah jd toksik kan?

itu saja perkongsian hari ni.

07 June 2013

La Tahzan!

Untuk adik-adik ku..

"Inna ma'al 'usri yusra"

Bagi setiap kesusahan itu ada kesenangan.

Allah ulang ayat ini 2 kali dalam Al-Quran. Kenapa?
Janji Allah itu pasti. tidak cepat atau lambat walau sedetik pun.

La Tahzan!