Perancangan asal, nak rak dari Ikea.
ok, xyahlah nak ulang cerita banyak kali.. baca la balik kat sini ye.
Alhamdulillah.. dapat jugak rak ni.. |
rak dah lama sampai sbnrnya. tapi tumpang kat store office. sbb masa rak sampai, minggu tu kami ada hal.. bapak mertua datang dari kg. kemudian, arwah abah meninggal & kami xbalik2 pun rumah kami tu.. tidur rumah ibu.. teman ibu..
last week, ibu dah semakin ok.. adik di UUM jg sudah balik utk bercuti 3 bulan. jadi xdelah ibu tinggal sorang2 kat rumah kalau saya balik rumah saya. ambik kesempatan utk pasang rak & kemas yg patut.
saya susun hadiah kawin kat rak ni.. semua masih dalam packaging box masing2.. sbb masih belum pakai lagi. lebih elok biar dalam kotak kot.. senang nak susun..
sebelum ni, hadiah2 kawin tu kami masukkan dalam kotak lebih besar. kiranya 1 kotak besar, kami simpan 3-4 hadiah kawin & susun je kotak2 besar kat lantai. memang susah nak cari barang bila simpan macam tu. rak ni saya beli 1 je. dengan ukuran 4 kaki.. ngam2 muat dari tingkap ke pintu bilik.. ada ruang sikit utk selit tangga kat hujung.
ini pulak almari yg sepatutnya berada didapur. masih belum sentuh dapur sbb ada perancangan lebih besar.
tapi, tah mane silap, walaupun dah ukur siap2 before beli perabot, almari ni pulak buat hal.. xmuat kat dapur.
saya letak kat dining area dulu.. lama2 tengok xcantik pulak ddk situ.. jadi, saya masukkan je dalam stor..
dalam almari tu, saya susun hadiah pinggan mangkuk yg belum dibuka. yg dah buka, saya simpan kat dapurlah.. yg jarang pakai macam bekas kuih raya, tea set utk tetamu bertandang, semua saya simpan elok2 dalam kotak packaging.. senang susun dalam almari ni..bahagian tepi sekali yg ada drawer di atas tu, saya susun koleksi tupperware. tupperwarelah sangat..hahaha..2-3 kerat je pun.. lebih kepada tipuware..
kotak2 kat atas almari masih belum habis kemas..xsempat.. hahaha..nnt ada masa lagi, baru clearkan.
Rak besi ni boleh didapati dalam 4 ukuran panjang. 4 kaki, 5 kaki, 7 kaki & 8 kaki. standard kelebaran adalah sama. 2 kaki setengah. tingginya 6 kaki. bila beli, dia siap2 bagi 3 tingkat.. sukahati kitalah nak susun ketinggian setiap tingkat macam mana. kalau nak tambah boleh. tambahlah duitnye..
tapi setakat ni, kami beli 3 tingkat je.. xde penambahan pun.