23 August 2013

Resepi triffle paling sedap

selama ni saya bekerja 6 hari seminggu. Alhamdulillah, minggu terakhir Ramadhan tu, hari bekerja saya telah bertukar menjadi 5 hari. Rezeki Ramadhan.. bolehlah spend lebih banyak masa dengan keluarga.

Memandangkan saya dah lama x memasak, apatah lagi mencuba resepi baru, jadi saya ambik kesempatan & juga masa yg ada menyediakan triffle untuk hidangan berbuka puasa. seriously, saya dah lama gile tak memasak sejak dah ada anak.. sibuk mencari rumah, urus rumah sana sini, pindah rumah.. kalau ibu saya masak, kami makanlah tapi kalau xmasak, kami beli je diluar.. memandangkan dah selalu sangat makan kat rumah ibu, lagi2 sejak arwah abah meninggal, jadi peruntukkan duit dapur kami, kami bagi ke ibu. bil2 rumah pun kami bayar lagi 2 bulan puasa lepas mmg menetap terus rumah ibu..



buat triffle ni, xdelah susah.. just leceh sikit pasal nak berlayer2..

resepi? google je, berlambak resepi keluar. tapi yg ni saya ikut resepi Mama Hanis Zalikha, aunty nani, model 80an tu..

Alhamdulillah, ahli keluarga bagi feedback positif.. mungkin sbb resepi dah sedia sedap kot..
lepas ni tak perlulah risau kalau orang buat potluck, kite nak bawak ape.. bawakkan je triffle ni..

sekarang ni, xsabar2 nak menunggu cuti sabtu & ahad.. nak asah semua skil yg sepatutnya dah lama tajam.. projek terbaru, tolong cousin saya buat bunga telur majlis kawin dia nanti..

Resepi disalin dari blog aunty Nani Rostam.  Kredit to her.
"Dah letak dah resepi triffle kat post yang lepas. Lebih baik pergi check cepat. Tapi tak apalah saya letak lagi di sini. Triffle ni dibuat mengikut kreativiti anda. Di sini triffle yang saya buat mengikut kreativiti saya sendiri. Kalau nak beli dari saya, saya tak dapat jual dengan harga murah sebab modalnya mahal. Satu bekas mangkuk queen anne yang saya tunjuk dalam post lepas tu saya jual dengan harga rm75.

Lapis Pertama- potong kek span jadi bentuk kiub dan atur di dalam mangkuk kaca telus pandang supaya boleh nampak lapis demi lapis agar dapat mengiurkan perasaan yang memandang. Kemudian tuang jem strawberry ke atasnya. (Untuk membuat jem, masak 25 biji strawberi ke dalam 4 cawan air gula yang manisnya mengikut citarasa masing-masing. Masukkan 2 sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk melikatkannya dan masukkan 2 sudu makan pes strawberi yang boleh didapati dari kedai jual barangan membuat kek.

Lapis ke dua - Tuang konyaku jelly yang suhunya sudah suam-suam kuku.(Cara memasak konyaku jelly ada diterangkan di luar pembungkusnya bila anda beli dari kedai menjual barang kek.Cuma tambah pes strawberi kedalam jelly yang sedang dididihkan.

Lapisan ke tiga -Tabur buah-buahan tin jenama SPC dan tuang kuah kastard ke atasnya dan aturkan potongan buah peach (dalam tin). (Cara membuat kuah kastard, didihkan satu tin susu cair jenama ideal dan 1 cawan air serta 5 sudu makan gula pasir dan masuk 3 sudu makan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit air.Boleh tambah tepung yang dibancuh dengan sedikit air sekiranya kuah kastard terlalu cair.Kacau dengan api perlahan agar tidak berkerak. Bubuh secubit garam untuk lebih rasa lemak.

Lapisan ke empat - Tuangkan whipping cream yang telah diputar. Banyak whipping cream mengikut kesukaan anda. Taburkan kacang makadamia.

Lapisan ke lima - Tuangkan semula baki konyaku jelly tadi. sekiranya telah terbentuk menjadi jelly, panaskan semua agar dia sedikit cair dan tuang menutupi lapisan cream. Atur hirisan buahan peach dalam tin untuk hiasan paling atas. Tabur dengan buah strawberi segar. Sejukkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidang selepas makan tengahari. Itu pun kalau boleh bersabar setelah bangun pagi dan menjenguknya di dalam peti sejuk. hehe."

No comments:

Post a Comment