Pages

24 April 2014

Ruang makan harus ada apa?

Sorry naa..

sekarang tengah survey meja makan. sebenarnya kami tgh plan nak beli meja makan utk rumah AG. selama ni xdak meja makan yg proper pun.. pakai meja jepun je. dah lama plan nak beli, tapi asyik tertangguh dengan hal2 yg dpt dielakkan. kumpul duit, dah cukup, ada pulak hal, pakai balik duit kumpul tu.. gitu lah kisahnya. kami tak kaya. haruslah berdikit2 siapkan rumah.

tahun ni, nekad dah, harus beli meja makan jugak!

ada rezeki lebih, baru buat wardrobe utk 2 bilik kat rumah AG. Quotation untuk wardrobe mahu makan 6-7k jugak.. fengsan! kita hold dululah wardrobe ni pasal ada acara penting utk Ziyad tahun ni.

haruslah rancang betul2 since rumah AG ni rumah utama kami walau tak duduk hari2..

Lepas berfikir2 dan observed, kami plan nak beli meja makan yang simple saja.

1. 6 seaters only. mula2 dulu tamak sangat nak 8 seaters. 6 seaters pun ok jugak sbnrnya. kalau family datang, xmuat meja makan, xyahlah duduk. kita makan buffet ja. ataupun tolak meja makan tu, kita dok bersila.

2. kayu biasa. tak perlulah nak kayu jati ka, nyatoh ka.. berat! nnt meja makan tu pegun kejung cmtu ja. tak larat nak alihkan sbb berat. at least kalau ringan, bolehlah jadi meja buffet kalau ada kenduri. tp point penting yg sebenarnya nak kayu biasa ialah, ia tak berapa nak tahan lama. kalau beli kayu jati, tahan lama, alamatnya xdapatlah mak nak bertukar meja makan noks=) kalau kayu biasa ni, agak2 dah nak rosak, or dah tak sesuai nak guna, xdelah sayang sangat nak ganti baru.

3. table surface haruslah tampered glass. supaya kalau tumpah lauk ke ape, boleh lap saja. xdelah meresap dalam kayu meja. kalau ambik surface marble, akan menyumbang kepada berat meja. kan dah kata xmo meja berat2 susah angkat.

4. kerusi xyah kusyen kot. rasa mcm xnak kusyen. tapi kalau xde kusyen takut montot kematu pulak duduk kerusi kayu keras. tapi, lama sangat ke kau nak duduk kat kerusi meja makan sampai kematu montot? ok, bab ni, KIV dulu.. hahaha..

tengok pun dah tau meja ni mesti berat. tapi idea utk kawasan sekitar meja makan, agak berbeza n x cliche. cer tengok frame yg diletakkan di atas almari kecik tu. ohsem! sesuai dengan dasar kami, mengurangkan sebarang penebukkan paku/lubang utk hang gambar/frame.

Meja makan macam ni, ok. sesuai dengan ruang rumah yg ada. kalau boleh nak ada almari kat ruang makan. senang. simpan pinggan mangkuk yg jarang guna. bila ada tetamu, keluarkan je. iyelah, sekarang ni duduk bertiga, buat apa nak keluarkan semua pinggan mangkuk.

tapi x berkenan almari kaca cenggitu. mungkin akan tutup semua. buat apa haih nak tayang koleksi pinggan mangkuk? karang riak pulak.

Ruang makan ni nampak neat n clean. tenang je rasa.

agak klise sikit almari/console table kat bawah then cermin besar kat dinding ruang makan. selalu kan nampak macam ni?
tapi cermin besar perlu utk beri impak 'ruang nampak lebih besar'.


Kita tengoklah macam mana nanti. husband kata nak hold dulu meja makan. nak pasang aircond dalam bilik rumah 350 dulu. kalau cmtu, 2 bijik dah aircond kat umah tu padahal umah flat ja.. siap sedia jelah bil elektrik bulan2..

08 April 2014

Petua lagi.. secara rambang utk ibu ayah

Ibu saya membesar bersama dengan neneknya (moyang saya) setelah kematian mak(nenek saya) pada usia 7 tahun. jadi, bila membesar bersama nenek2 ni, byklah jugak petua2 yg diturunkan. tapi takdelah sampai tulis dalam buku buat rujukan turun temurun.

banyak petua2 ni yg ibu ada bagitau saya. semuanya secara x langsung. kadang2 sambil tgk drama tv, bila berkaitan & ibu teringat, ibu bagi tau lah kat kitorang. jadi, saya takut jugak kalau2 tak teringat. saya tuliskan disini sebagai perkongsian bersama & utk rujukan masa hadapan. moga bermanfaat.

Since ibu saya tengah jaga cucu perempuan, Aisyah Humaira, banyaklah jugak petua diturunkan. katanya baby perempuan ni banyak sikit petuanya compared baby boy.

1. TELINGA

Ibu saya sangat2 particular bab telinga. katanya, kalau girl, bolehlah cover telinga capang dengan selitkan kat anak tudung yg ketat bila besar, tapi kalau boy telinga capang, xde sapa pun nak kisah sebenarnya.. hihihi.. so, everytime Ziyad tidur masa kecik dulu, mmg ibu selalu suruh check telinga jangan bagi terkelepet..

selalu telinga capang ni bila baby tidur dalam buaian. some babysitter tak ambik peduli pun.. baby ni masih 'lembut', ibu kata senang di bentuk.

telinga Ziyad, xdapat diselamatkan. capang sudah. Nasib baik 2-2 belah capang. xdelah weird sgt. bayangkan kalau sebelah capang, sebelah tak. or senget sebelah?.
telinga Humaira.. masih cantik. ambik gambar, xnampak pun telinga.. maksudnye x capang la tu..
2. HIDUNG

Selalu tarik2 hidung bagi mancung. tapi hidung Ziyad xmancung pun.. asyik tidur meniarap, cmne tak peyek.. hidung Humaira agak mancung sebab hidung dia start tinggi dari tgh2 mata.. cuma bila ke bahagian bawah, agak kembang.. tu pun ibu selalu tarik2 jugak.. hahaha

3. MANDIKAN BABY, lepas basuh muka & kepala, terus lap dengan towel utk elak selseme & lelah. lepas tu barulah mandikan badan.

4. Gelek2 kepala baby dengan gayung utk bagi leher cepat tegap.

5. Baby boy kene rajin tuam terutama private part dia.. takut angin pasang katanya. tuam tu boleh buat sendiri. pakai biji lada hitam & bunjutkan dengan kain. tuam sekali kat bahagian perut & belakang badan.

tapi untuk baby girl, selain private part, perut & belakang badan, tuam sekali kat keliling dada/buah dada supaya nanti breast tak terlalu besar sangat and breast cantik.. hahaha.. sejak baby lagi nenek dah amalkan awet muda oh!

6. rajin picit2 breast baby girl. picit sampai keluar lendir2 macam jerawat nasik tu.. tu pun petua utk breast cantik bila besar.

7. jangan ikat rambut.

ibu kata kalau nak anak terus kiut miut & awet muda, jangan ikat rambut or pakaikan apape kat kepala dia. baby, urat2 dia masih halus. masih sensitive. kenapa nak tegangkan urat2 bahagian kepala & muka dia dengan mengikat rambut? belum sampai masa, urat2 semua dah x tegang akibat selalu ditarik waktu ikat rambut. hihihi.. petua nenek ibu dulu.. so, Humaira mmg ikut. tak salah kot ikut. lagipun bukan wajib kene ikat rambut baby.. agak panjang merimaskan, potonglah pendek.

no wonder masa saya kecik ibu tak pernah ikatkan rambut saya.. sentiasa rambut pendek. sampai dah habis sekolah rambut saya sentiasa pendek. just bila dah besar sikit, dah pandai melawa (konon) baru saya request nak simpan rambut panjang.. tu pun tak lama.. maybe dah terbiasa rambut pendek, bila rambut panjang, cepat rimas.. bila dah kawin ni baru tahan lama sikit berambut panjang..

itu saja petua yang saya ingat setakat ni. nnt kalau teringat lagi, saya share kan selain untuk rujukan kami adik beradik di masa hadapan.

04 April 2014

Bilik Ziyad (350) : membazir ke setup bilik anak ni..budak tu makin lama makin besar, tak sesuai dah..

setup bilik untuk anak, tak semestinya memerlukan modal yg besar & banyak. yang penting, kita kene put afford dan kasih sayang yg banyak dalam bilik tu.

as for now, inilah bilik Ziyad. kecil je.. sesuailah rumah pun flat 2 bilik. bukan bilik rumah banglo. langsir, saya recycle langsir lama. kalau tgk dekat2, mmg dah pudar sikit colornye. nantilah, ada rezeki lebih, kita tukar baru. Ibu & ayah nak maintain 2 rumah nak oi.. berdikit2 lah kita ye..


bakul rotan tu, rasanya dah berusia belasan tahun kot. tersimpan elok kat bawah katil rumah ibu & satu hari, ibu kata dia dah tak nak bakul tu. saya pulak sayang rasanya. bakul rotan tu.. barang rotan bukan murah & yg penting, tahan lama. jadi, saya kutip & simpan. akhirnya berguna utk simpan mainan Ziyad. actually bakul tu siap penutup. tak silap saya dulu ibu buat simpan baju adik2 saya masa dorang baby.


rak buku Ziyad, sebenarnya rak display barang promosi di pasaraya. sy jadikan rak buku utk Ziyad. tak banyak pun buku Ziyad.. saya sedang mencari idea utk tutup tulisan promosi kat rak buku tu.. belum ada masa terluang lagi.

cadar Ziyad, mcm yg pernah diberitahu, tu cadar pakngah Ziyad.


Bekas rabbit kelabu hujung kanan tu dulu simpan baju Ziyad masa baby. skrg simpan pampers je.


Jam Doraemon. hahaha.. ini gedik sebab anak belum pandai tgk jam. tapi takpelah.. beli dah lama. harga rugi sebab ada sedikit default. asalkan masih functional dan tujuan masih sama, beli je la..

 kadang2, gunakan semula barang2 lama ni, boleh bagi sedikit aura kasih sayang kekeluargaan. macam bakul rotan & cadar tu, ada nilai sentimental disitu.

ibu & arwah abah saya mmg jenis berpegang kepada prinsip "alah membeli, menang memakai". terutama arwah abah saya. bukan nak kata semua barang yg mahal tu berkualiti tinggi. tapi selalunya, macam tu lah. mahal sikit, takpe. yg penting ada kualiti & tahan lama & boleh turun temurun. sekarang ni bila dah ada anak, saya mula 'nampak' banyak barang2 yg suatu masa tu bagi kami adalah mahal & tak faham kenapa arwah abah pilih utk beli. rupanya boleh sampai ke anak cucunya.