Sorry naa..
sekarang tengah survey meja makan. sebenarnya kami tgh plan nak beli meja makan utk rumah AG. selama ni xdak meja makan yg proper pun.. pakai meja jepun je. dah lama plan nak beli, tapi asyik tertangguh dengan hal2 yg dpt dielakkan. kumpul duit, dah cukup, ada pulak hal, pakai balik duit kumpul tu.. gitu lah kisahnya. kami tak kaya. haruslah berdikit2 siapkan rumah.
tahun ni, nekad dah, harus beli meja makan jugak!
ada rezeki lebih, baru buat wardrobe utk 2 bilik kat rumah AG. Quotation untuk wardrobe mahu makan 6-7k jugak.. fengsan! kita hold dululah wardrobe ni pasal ada acara penting utk Ziyad tahun ni.
haruslah rancang betul2 since rumah AG ni rumah utama kami walau tak duduk hari2..
Lepas berfikir2 dan observed, kami plan nak beli meja makan yang simple saja.
1. 6 seaters only. mula2 dulu tamak sangat nak 8 seaters. 6 seaters pun ok jugak sbnrnya. kalau family datang, xmuat meja makan, xyahlah duduk. kita makan buffet ja. ataupun tolak meja makan tu, kita dok bersila.
2. kayu biasa. tak perlulah nak kayu jati ka, nyatoh ka.. berat! nnt meja makan tu pegun kejung cmtu ja. tak larat nak alihkan sbb berat. at least kalau ringan, bolehlah jadi meja buffet kalau ada kenduri. tp point penting yg sebenarnya nak kayu biasa ialah, ia tak berapa nak tahan lama. kalau beli kayu jati, tahan lama, alamatnya xdapatlah mak nak bertukar meja makan noks=) kalau kayu biasa ni, agak2 dah nak rosak, or dah tak sesuai nak guna, xdelah sayang sangat nak ganti baru.
3. table surface haruslah tampered glass. supaya kalau tumpah lauk ke ape, boleh lap saja. xdelah meresap dalam kayu meja. kalau ambik surface marble, akan menyumbang kepada berat meja. kan dah kata xmo meja berat2 susah angkat.
4. kerusi xyah kusyen kot. rasa mcm xnak kusyen. tapi kalau xde kusyen takut montot kematu pulak duduk kerusi kayu keras. tapi, lama sangat ke kau nak duduk kat kerusi meja makan sampai kematu montot? ok, bab ni, KIV dulu.. hahaha..
Ruang makan ni nampak neat n clean. tenang je rasa. |
agak klise sikit almari/console table kat bawah then cermin besar kat dinding ruang makan. selalu kan nampak macam ni? tapi cermin besar perlu utk beri impak 'ruang nampak lebih besar'. |
Kita tengoklah macam mana nanti. husband kata nak hold dulu meja makan. nak pasang aircond dalam bilik rumah 350 dulu. kalau cmtu, 2 bijik dah aircond kat umah tu padahal umah flat ja.. siap sedia jelah bil elektrik bulan2..
sikit2..nanti insyaallah boleh beli.. saya setakat ni makan kat lantai je..hehe
ReplyDeleteyg second last tuu ok..
ReplyDeletenmpak simple jee