Pages

30 October 2014

ternganga tengok cheeky dance

Salam

Kitorang terima jemputan dari kakak sepupu saya utk birthday anak dia di KFC. Earlier, bapak mertua pulak beriya-iya ajak pergi Jengka utk overnite and attend kenduri kawin. dan kami broke masa tu T___T

Lama jugak husband tanya nak pergi mana 1 sedangkan saya dalam keadaan serba salah yg amat. fobia ziyad masuk hospital belum hilang lagi. jadi, bab pemakanan & air adalah amat penting.

Jadi, setelah difikir2kan, kitorang decide utk datang 2-2 sekali. the reason is, birthday at KFC adalah fun! i can still remember masa kecik attended birthday party kat A&W dan McD. banyak games, ada mascot, walaupun makanan xdela mengenyangkan perut sgt. and this is the 1st time for Ziyad gets experience. skrg matlamat kami nak tingkatkan social skil Ziyad. lagipun, jarang-jarang weh, org nak jemput birthday kat tempat limited cmtu..
  
duduk sopan penuh ketekunan makan meals dia dengan sepupu-sepupu yg lain. banyak jugak dia makan. Alhamdulillah..

Kebanyakkan games xsesuai sangat dgn Ziyad. sbb kecik lagi kot, tak faham bahasa lagi kekdahnya. mungkin bila dah umur 3-4 thn, baru pandai main. so, dia main belon je la..tu pun bukan main meriah & seronok.

dengan Cheeky paling dia suka. tapi saya control bagi pegang kejap2 je pasal cheeky tu dah berkeladak sangat. tah berapa tahun xbasuh. so far, Ziyad xde masalah dengan animals. maybe dari dalam perut dah diberi 'pendedahan' kot.

Masa ni budak2 semua ambik group foto. tetiba ada 2 org mak budak kat situ -__-"

Pagi ahad keesokkanya, kami bergerak ke Jengka. balik hari je. and the best part is, kami saja yg pergi. yang lain2 cancel. agak meletihkan & Isninnya saya sakit tiba2..MC 2 hari.. nasiblah saya yg sakit, asalkan bukan Ziyad. Alhamdulillah..

15 October 2014

Sambungan dekorasi bilik Humaira

Salam

Sambungan dari cerita pasal bilik Humaira


Sebenarnya dah lama pun bilik siap.. tapi saya yg lambat kongsikan. hasil kreativiti abah Humaira.. Biasa mak-mak yg hover sikit bab2 deko bilik anak tapi ni terbalik..

Feature Wall

Yang ni sebelum siap


Hasilnya..


Bilik ni memang dah siap dengan build-in wardrobe.. Gambar bawah ni ialah bahagian tepi tingkap yg mungkin akan jadi meja study Humaira.. Gambar bawah adalah semasa proses transformasi..


Gambar bawah ini adalah selepas proses transformasi. Khabarnya langsir akan ditukar dengan yg baru yg lebih kemas & sesuai. buat masa sekarang, bahagian para/rak ditempatkan koleksi free gift yg 'rare' macam lori Milo, Hello Kitty dan Doraemon. Nanti dah start masuk sekolah, rak ni simpan buku la kot..


 itu sajalah setakat ni. nak kongsi susun atur wardrobe macam melampau pulak sebab wardrobe bilik ni memang besar. tapi setakat baju Humaira kalau isi dalam wardrobe tu, setakat 2% je kot.. jadi, takyahlah dulu.. tunggu dia jadi anak dara dulu.. hihihi

10 October 2014

kenapa suka makan?

Salam

Selamat Hari Raya Aidiladha yg dah berlalu. maaf terlewat.

Raya kali ni turn sebelah family saya di KL. jadi pada malam raya kami berkumpul adik beradik dan berbuka puasa bersama. selepas Isyak, kami adakan bacaan tahlil utk arwah abah. untuk menu berbuka puasa, ibu buat Nasi Bryani Pakistan bersama ayam goreng, kari kambing, arca sayur dan sweet sour crab.

lepas tahlil & makan2, masing2 balik ke rumah masing2. rumah dekat2 je kan. dan mulalah saya menyiapkan Triffle atas permintaan ramai nak makan lagi triffle ni.

yg sebenarnya, saya buat triffle pertama kali masa bulan puasa. Sebab bila dah jadi mak-mak ni, bila ada makan2 atau kenduri kendara saudara mara, macam tak sedap pulak kalau xde buah tangan atau asyik beli memanjang je buah tangannye. jadi saya berazam nak ada 1 signature dessert gitew.. alah, triffle je pun..hahaha..

masa adik saya buat makan2 kat rumah dia raya puasa yg lalu, saya buat la triffle ni bawak ke sana. kemudian utk raya haji ni, kami buat makan2 adik beradik sebelah ibu saya di rumah maklong saya. jadi, makcik saya request nak triffle macam kat rumah Qaiyum raya puasa aritu..

dapatlah 4 bekas triffle ni hasil dari 2 adunan.



Menu aritu adalah steamboat, BBQ dan nasi kandar. macam ramailah kan adik beradik ibu padahal 4 orang je.. ternyata dari menu yg dihidangkan, mmg kami kuat makan.. hihihi...


Petang tu, kami terus bergerak balik ke kampung husband pulak. bawak 1 bekas triffle utk mertua. perjalanan sejam setengah, jadi triffle masuk sejuk lagi.. lagi2 kalau simpan dalam cooler bag Tupperware, mmg tahan sejuk lebih lama.. tetiba promote tupperware (0 v 0)

dah makan banyak, memanglah mengantuk. Ziyad dah selamat beradu. saya pun dah tersengguk2 mengantuk. tanya husband, dia pun kata mengantuk sikit. jadi saya suruh dia pasang radio utk hilangkan rasa mengantuk kami. tapi dia pasang cerita P Ramlee.. saya bgtau saya bertambah mengantuk. tapi cara husband hilangkan ngantuk, cmtula.. bukan tgk pun cerita tu, dengar je pun dah cukup hilangkan ngantuk dia. iyelah, cerita dah berpuluh kali tgk, dengar je pun dah boleh gelak sbb dah dapat bayangkan pun..
 tak lama lepas tu, saya mmg lelap.

kami tidur di kampung 1 malam & esoknya balik ke KL semula.

gitula cerita raya. apasal rasa bosan sangat pulak ni? -___- 


03 October 2014

wake me up when september end..

Salam

Dekat 2 bulan owh tak tulis apape. macam2 hal berlaku sebenarnya. kerja di office memang bertimbun. biasalah kan.. kerja mana pernah habis..

Anak bertuah, Ahmad Zahin Ziyad masuk hospital 2 kali. jadi hidup agak tunggang langgang risau fikir anak.


Alhamdulillah, dah beransur sihat.

Malang tidak berbau, kereta park elok2 lurus masuk kotak pun kalau dah namanya takde rezeki, camtulah. orang langgar. masa tu tgh bawak ibu pergi Nagoya beli kain nak buat stok jubah. tiba2 kawan ibu yg merupakan jiran kami, call. mintak maaf sebab suami dia langgar kereta saya yg sedang parking elok kat kawasan rumah.



Makcik tu suruh repair & claim duit dengan dia nanti. tapi masih tak berkesempatan nak repair pasal kami laki bini sibuk. 'cedera' macam ni, mmg kene masuk workshop berhari2 la.. husband outstation sepanjang minggu ni. jadi husband guna kereta dia. takdapatlah saya nak pinjam. eh, tapi kalau husband bagi pinjam pun kereta dia, saya pulak yg tak confident nak drive kereta dia. myvi tetap dihati. comel, mudah nak mencelah=P

Gitu la update sikit. ok, bye. nak g meeting dah.