04 June 2014

Trauma anak jatuh katil terus deko jadi bilik anak dara

Salam.

Bulan lepas, Humaira jatuh dari katil masa napping. Padahal ibu dia pergi ke dapur sekejap je. tu pun dah siap buat 'tembok china' keliling katil. cepat2 pergi bawak jumpa doktor dan alhamdulillah, xde pape yg seriuos.

macam biasalah. makbapak. mmg akan risau terlebih kalau bab anak2. terus dorang pergi beli katil untuk Humaira.

Eh, silap. bukan katil. tapi baby coat. Sejak lahir tak pernah masuk baby coat. dah nak setahun, baru beli baby coat. pastu, bukan Humaira yang tidur. tapi Barney =) hahaha..

Sebenarnya, perancangan untuk setup bilik Humaira memang dah ada. cuma ibu & abah Humaira belum berkesempatan lagi nak realisasikannya. Since waktu malam Humaira masih co-sleeping dengan ibu dia sebab menyusu susu ibu, maka baby coat tu letaklah dalam bilik yg akan jadi bilik Humaira. Konon2 time napping boleh tidur dalam bilik.

Barney, setia jadi pak guard bilik Humaira.

Disebabkan kejadian jatuh katil tu, maka ibu & abah Humaira kene speed up decorating the room! dengan pantas dan tuntas, terus g beli cat dan cat sendiri. Mulanya disebabkan adik saya sibuk, maka ibu saya suggest untuk upah orang catkan bilik tu. tapi adik saya kata dia nak cat sendiri bilik anak dia.. nak sentimental value lettew.. good! spread the 'aura' dalam bilik anak!

Kerja mengecat taklah seteruk mana. cat pun tak perlu banyak sebab dalam bilik Humaira ni 1 bahagian dinding dah penuh dengan build-in wardrobe, walkway dari pintu bilik pun ada build-in wardrobe jugak, pastu 1 lagi bahagian dinding dah ada pintu bilik air & tingkap. jadi tak banyak ruang yang tinggal untuk di cat!

Tapi disebabkan abah Humaira bukanlah pro, maka kerja mengecat bukan sesuatu yang mudah.

Yang bahagian color hijau ni ialah feature wall utk bilik Humaira. Abah Humaira yang design. So, untuk hasil setelah siap, kita tunggu entri akan datang bila bilik Humaira dah settle semuanya!

Design bilik Humaira tu mmg sesuai sangat bilik untuk anak dara. wardrobe dia banyak ruang untuk simpan koleksi baju hokeh! pastu pintu untuk wardrobe kat bahagian walkway tu tu, pintu sliding yg full cermin dari atas sampai bawah! boleh telek dari hujung rambut sampai hujung kaki before keluar bilik.

Harap nanti besar, anak dara ni tak bersiap berjam2 sampai 'panas' ibu & abah tunggu.. hihihi

1 comment: