26 February 2015

14 weeks dan bleeding

(Entry xde gambar - untuk rujukan masa depan)

Salam..

Bleeding masa pregnant memanglah nightmare untuk mana2 preggers. lagi2 bila pernah bleeding dan berakhir dengan D&C.. ia ibarat menonton sebuah video yang di rewind.

Approaching 2nd trimester sedikit sebanyak melegakan saya. Bersyukur sebab kali ni both ibu & baby can survived the 1st trimester dengan kadar alahan yg agak minima berbanding masa mengandungkan ziyad. cuma, masa mengandung ni, selera makan memang totally out. bila makan je, terus rasa nak muntah. dan saya alah terhadap bau. rasanya alah kat bau lebih teruk dari alahan yang lain kot. dan sampai sekarang saya tak tahu saya alah kat bau ape.. yang saya tahu, bau orang memasak, sangat busuk.. just tak tahu samada menumis tu yg busuk ke or keseluruhan proses memasak tu yg busuk.

berat badan turun 2kg. masa ziyad pun sama.. doktor kata normal sebab 1st trimester bila ada alahan memang berat akan turun. masa ziyad, ada selera makan tapi selalu muntah balik. kali ni, selera memang takde langsung.. camne nak tambah kilo?

CNY yang lalu sepatutnya saya bekerja. macam tahun2 sebelumnya, mmg time CNY saya kene standby as management office still kene bukak sebab bahagian operation operate macam biasa dengan extended 1 hour lagi.. hari pertama CNY saya bekerja macam biasa. banyak spend time kat office.

waktu tidur, tetiba saya rasa basah. tak expect pun perkara buruk jadi. just macam blur2 'eh, aku terkencing dalam seluar ke? Ya Allah, buruknye perangai.. camne boleh tak sedar ni'. rush to toilet sekali tengok, darah! fresh blood dan still ada darah yg masih meleleh lagi.. rasa nak pitam kejap.

terus kejutkan husband. lepas gtau, terus kaki rasa lemah & terduduk. tah kenapa kali ni rasa tak kuat pulak. i cried. kalau saya menangis, tu maksudnya saya mmg tak boleh tahan. sbb saya jarang sangat2 menangis. anak sulung kot. keras hati & kebal emosi. hahah..

tapi bila terkenangkan ziyad tgh tidur, takkan nak heret dia pergi hospital pagi2 buta tu.. masa tu pukul 3 pagi. last2, saya decide tunggu siang hari je. pakai pad dan baring semula.. tak boleh nak tidur pun.. risau. sambil tangan letak kat perut selawat tanpa henti, doa tanpa putus moga baby sihat kat dalam.

memandangkan public holiday, pergi hospital pun kalau masuk emergency, tak semestinya boleh dapat doktor sakit puan. klinik yg biasa kami buat check-up pun, tutup. last2 kami ambil keputusan ke klinik pakar wanita.. merata pergi. paling dekat pun klinik sakit puan depan rumah. Poliklinik Joe, 24 hours. tapi malangnya aritu gynae takde. merata kami pergi cari, semua klinik wanita pun bukan gynae yg in charge. semua doktor locum. sakit am. bukan sakit puan.

sampailah ke klinik idzham taman melawati, dapatlah doktor perempuan yg boleh scan baby tapi tak boleh nak tolong banyak pasal dia bukan gynae. alhamdulillah, hasil scan, baby ok. cuma doktor dapat detect placenta ke bawah (low-lying placenta).

balik rumah, bleeding dah stop. lega. tapi the next day, ada brownish discharge. masih nervous, pergi klinik Joe dan kali ni betul2 jumpa gynae. doktor explain panjang lebar & alhamdulillah, puas hati.

pendarahan yang saya alami, mungkin disebabkan oleh:

1. low-lying placenta : hasil dari scan, mmg placenta ke bawah dibahagian kanan dan menutupi pintu rahim tapi takleh declare as placenta previa yet sebab masih ada masa utk placenta bergerak ke atas. unless dah masuk 3rd trimester, placenta masih kat bawah, itu baru kene risau sikit. buat masa sekarang kita doa, doa, & doa. doktor advice utk tidur mengiring ke kiri utk encourage placenta bergerak naik & tak menekan kedudukan placenta dikanan (hasil scan) semasa tidur.

2. random checking guna kertas litmus, saya prone to get GDM again (-__-") tapi still ada peluang utk control since last time saya hanya control melalui diet tanpa cucuk insulin.

3. sedikit infection yg didetect melalui air kencing. yg ini mungkin disebabkan kandungan gula dalam badan tinggi, so memudahkan terjadi infection.

4. Imbalance hormone. ini biasalah waktu mengandung, hormon mmg ting tong sikit & boleh menyebabkan pendarahan.

so, saya dibekalkan dengan ubat Duphaston untuk 3 hari (2 biji sehari) dan bedrest for 3 days jugak.

mudah2an dipermudahkan semua nanti..

*placenta ialah uri & uterus adalah rahim
*GDM ialah Gestational diabetis melitus a.k.a kencing manis sewaktu hamil saja
*D&C ialah Dilation & Curettage a.k.a cuci rahim.

No comments:

Post a Comment