Salam
Laamaa betul dah takde update perkembangan disini. ok, mungkin tak de orang pun nak ambik tahu pasal kita pun bukan artis. tapi sejujurnya, saya memang akan refer balik blog ni, bila nak rujuk sesuatu perkara. Bukan semua perkara kita ingatkan. kadang2 ingat2 lupa. jadi tgk balik blog ni.
Alhamdulillah, after D&C bulan puasa aritu, Allah beri lagi rezeki. tak tersangka jugak. dalam keadaan hidup kelam kabut, ada 'kehidupan' sedang berkembang dalam rahim. sekarang dah 12 minggu.
Ini free apps dari Apple Store. ibu-ibu yg tgh pregnant, boleh download sekarang=)
lepas UPT di rumah & muncul double line (16.12.14), watlek watpeace je kat rumah. tak g pun klinik utk pengesahan. tunggu hujung minggu, terus g klinik pakar wanita yg kami pergi masa 2nd pregnancy dulu. "So, Fatiha, ni 3rd pregnancy kan?" , rasanya sesiapa pun boleh terharu kalau dapat doktor prihatin blm bukak file, tgk muka kita je pun dah boleh ingat history kita=')
terus doktor scan dan nampak kantung at 4weeks+. Katanya nampak normal & healthy sac. InsyaAllah takde apape masalah. dia ingatkan utk tak terlalu risau perkara dulu berulang lagi. just enjoy the pregnancy. plus, nothing much can do if the pregnancy got problem in early stage. peringkat awal ni, semuanya kuasa Allah.
Sebulan selepas tu, jumpa doktor lagi sekali. Scan dan terus nampak fetus lengkap dengan heart beat=') Alhamdulillah..
Scan 9 minggu.
Terus bukak buku kat klinik tu. makanya, for this pregnancy check -up kat klinik ni la. husband pun agree. setakat ni, takde perancangan lagi nak bukak buku kat KKIA since the procedure dah lain dari zaman Ziyad dulu. i did called KKIA Tangling. katanya dah takboleh based on alamat office lagi.. must go to KKIA Kampung Pandan. dari situ, baru mintak transfer to Tangling.. itu pun kalau di benarkan.
Since husband pun bagi green lite check-up kat private clinic & willing to bare the costs, ok lah kot.
Lepas bukak buku hari Sabtu, hari tengah2 malam hari isnin malam selasa, Ziyad muntah2. we suspected sbb angin sbb Ziyad mmg jenis susah makan dan sepanjang hari tu dia makan sikit je tapi minum susu banyak. perut pun kembung. jadi mmg ingat muntah anginlah.
Alhamdulillah, siang selasa tu semakin kurang muntah2. husband takda waktu ni. outstation. jadi saya ingat esok tu, Rabu dah boleh kerja. tiba2 pukul 4.30 pagi rabu tu, Ziyad muntah. badan dia start panas & gatal2. bagi makan ubat demam & mandikan sebab tgk dia pun tak selesa gatal2. lepas mandi, badannya bengkak2 merah. nak kata kene gigit semut, macam kejam sangat semut tu. dan dia mula cirit.
lepas subuh suhu badan turun & Ziyad tido. pagi2 tu saya terus bawak dia ke klinik Idzham & doktor kata dia kene gegata. mungkin alahan pada makanan atau persekitaran. suhu badan 37.9. demam lagi tu. mungkin kesan ubat demam yg makan waktu subuh tu dah habis.
Doktor bagi ubat & jika masih muntah sehingga petang, kene dtg balik & doktor akan bagi referral letter to hospital. tapi saya request nak referral letter siap2 sebab Ziyad pernah ada history febrile fits. jujurnya saya fobia & takut fits akan berulang yg mmg tak bagus utk dia. nasib baik doktor bagi jgk surat.
Terus ke Pusrawi since dulu dia ada rekod disana waktu jangkitan Rotavirus.
pergi Pusrawi awal sangat, jadi Paeds masih belum masuk klinik lagi & badan Ziyad dah panas & dia pun tidur. macam tak bertenaga. kaunter pendaftaran nasihatkan ke Emergency utk ambik ubat demam dulu since last Ziyad minum ubat demam pukul 6 pg..
Masa di Emergency, suhu Ziyad dah 40.1 C and surprisingly doktor kat emergency tu suruh balik. lepas bertegas nak blood test, baru dia bagi. bacterial infection resultnya and stil, the doktor suruh balik even dah explain Ziyad pernah kene febrile fits dan condition dia muntah2, cirit dan kulit gatal2.. last time the same symptoms pun Paeds suruh masuk wad.
saya bertegas nak masuk wad under paeds supervision. dipendekkan cerita, dapatla masuk wad. 4 bedded sbb yg lain dan penuh.
Last time warded kat hospital ni, mmg puas hati dengan layanan wad kanak-kanak. just this time agak malang sikit dengan layanan & sikap sambil lewa doktor kat emergency tu. layan macam klinik pesakit luar je. emergency tapi kene ambik nombor ok! & tunggu berjam juga.
sebelum pindah masuk wad, husband dah sampai KL. bila dapat katil, terus request kat nurse nak masuk waiting list for single room since saya tgh pregnant & Ziyad cirit birit masa tu.. kalau single room, husbnad blh jaga & overnite sama. lepas maghrib, dapat tukar bilik. 2 bedded. single room masih penuh.
Malam tu, saya seoranglah menjaga Ziyad. memang tawakal lah setiap kali dukung dia dgn drip ditangan, dgn meragam tak sihat utk cuci setiap kali dia cirit. terima kasih jugak kat org sebelah katil sebab bertahan dengan kami. setiap kali Ziyad cirit, dia akan jerit menangis sbb pedih bontot dah melecet dan tak tahan gatal 1 badan. masa tu saya masih mabuk2 lagi..
tapi the nurses semua mmg komited. semua nurses dah tahu saya pregnant & selalunya mabuk waktu malam. dengan suhu badan Ziyad masih roller coaster, saya mintak nurse selalu dtg check in case saya 'terpengsan' tgh malam & tak dapat nak monitor suhu badan Ziyad.
Kuasa Allah, bila anak sakit, kita automatik bertenaga. malam tu, saya boleh tidur2 ayam. biasa kalau tak rumah mmg dah tidur mati. dan nurse mmg menepati komitmen dorang. datang setiap sejam utk ambik suhu.
Malam kedua, dapat transfer single room. husband overnite sama & malam tu mmg saya pengsan. tak sedar langsung bila nurse dtg. husband yg sedar.
mungkin boleh jadi panduan bila anak demam:
suhu ziyad kali ni mmg tinggi. yg saya perasan, kalau suhu 37.5C (demam) ke atas, dorg bagi ubat demam syrup. bila suhu 38C ke atas, dorang akan bg ubat bontot & mandikan. pernah suhu Ziyad 39.7C terus masuk ubat bontot dan nurse mandikan ziyad kat atas baby cot terus. kuyup.. dan nurse hanya bagi pakai pampers saja sampai suhu turun.
one thing yg saya bersyukur, Ziyad tak diserang fits. dulu suhu dia 38C masa kene fits. harapnya fits tu hilang teruslah. mmg itu doa saya hari2.
hari ketiga dah discharge bila suhu badan dah stable (ubat demam & ubat bontot), alahan gegata dah hilang (doktor bagi krim sapu & ubat alahan melalui drip), cirit birit dah stop (ubat cirit & sakit perut oral), muntah dah hilang (ubat tahan muntah).
perasaan setiap kali orang tanya masa dalam wad 2 bedded tu:
"boleh ke jaga Ziyad?" "larat jaga Ziyad?" "boleh ke dukung2 ni? berat tu"
jawapan saya "boleh, InsyaAllah"
dalam hati sambung 'mudah2an adik ziyad dalam perut ni kuat. kalau jadi apapa pun (merujuk kes D&C lepas), anggaplah belum rezeki nak tambah anak'.
Tawakaltu 'alallah.
salam ziarah.
ReplyDeletesyafakillah.
semoga kalian segera sembuh :)
Sesungguhnya Allah sedang menunjukkan kasih sayangNya kepada kalian.
Allahualam