25 November 2009

150 pieces to go..

hahaha..azam untuk siapkan doorgift before 22nd November 2009 but today already 25th November 2009 doorgift still tak siap2 lagi..tengoklah progress sehingga hari ini...

bunga2 ros hasil kerja kreatif ibu sudah lama siap..reben2 kertas buatan tangan sendiri setiap kali pulang dari kerja sehingga jam 1 pagi sambil menonton tibi..

bunga2 yang telah dicantum dgn reben kertas menggunakan hot glue..disebabkan suka membuat 2 kerja dalam 1 masa, tangan selalu melecur terkena gam panas..mata kat tibi, tangan pegang hot glue..padan muka!

ohh..kamu nampak kan betapa warna warni nya doorgift saya..sebab nak sgt concept ala2 english garden, semua barang pun guna kertas pastel color. kalau guna bahan2 yang ada blink-blink, takut org confuse ingatkan nak sambut Deepavali..

terpulangla ada orang suka, ada tak..mcm saya, saya suka colorful..nampak ceria & menaikkan mood..mungkin sebab cita-cita menjadi guru tadika yg suka hias classroom dgn colorful & ceria tak tercapai hingga hari ini..jadi aplikasikan dalam BigDay sendiri..

antara yang dah siap dicantum2...utk kelongsong bawah tu, yang color cream tu, insyaAllah, saya plan nak letak cookies..mungkin chocolate chips or almond flakes since english style ni memang terkenal dgn cookies, muffin, brownies & etc..kalau laratla nak mengadap oven panas..akak tak mampu la dik nak borong Famous Amos tu..kalau agak2 tak larat, borong je gula2 kat Kit Seng Jalan Pudu tu..terpaksa menghampakan harapan kawan2 ibu yg berharap dapat kuih bahulu sebb dorang suka bahulu celup kopi o panas..makcik, bahulu tu kalau concept tradisional, memang ngam! paling penting, saya tak pandai buat bahulu=)

nah..lepas habis kenduri, cookies pun selamat masuk perut atau mungkin gula-gula selamat dimakan *bergantung tahap kerajinan pengantin ni buat cookies* bolehla gantung doorgift ni kat tombol pintu..sesuaikan? doorgift letak kat door=)


memang pilih nak buat doorgift ni sebab saya selalu rasa bersalah bila terpaksa 'buang' bekas2 seramik or bekas2 mengkuang or bakul2 cantik or lilin2 pelbagai bentuk & pelbagai bau sampai saya yang berpenyakit resdung ini pasti akan terbersin!..bukan tak menghargai..malahan syg sgt sebab tau kos utk bende2 ni agak tinggi..lagipun benda ni hadiah utk tetamu pada hari bersejarah seseorang kan? tapi dah takde ruang nak simpan semuanya..jadi, selepas 1 tahun atau lebih tepat, saya akan simpan jadikan hiasan rumah sehingga tiba hari raya,lepas tu terpaksa let go semua utk bagi ruang kat goodies pengantin lain pulak..tapi bila gantung kat pintu mcm ni, rasaya tak 'makan' ruang kot..saya rasa la..

tapi kalau ada gak yg rasa mcm menyemak or sakit mata, terpulangla korang nak campak mane..yg penting saya ikhlas bagi & doorgift ni dibuat dgn sepenuh 'hati & kasih sayang'=)

DeepInsideMyHeart : nasib baik dalam family takde darah Jawa..so, takdela isu nak concept ala2 Jawa..kalau tak, memang saya akan cari pengusaha tempe utk order tempe sebagai goodies..hah, habis kenduri boleh goreng tempe kan? muka pun boleh jadi 'tegang' & anjal kalau suka makan tempe..*bukan saya cakap, tapi bekas menteri tu yang cakap* 

4 comments:

  1. salam... berapa bajet satu doorgift ni? idea yg menarik sgt..

    ReplyDelete
  2. zinnia-lyana : budget?tak dapat nak dinyatakan disini sebab ia 100% kerja tangan..tapi kalau kos bahan2 digunakan, bergantung kepada kualiti kertas yg dikehendaki..boleh survey di kedai..tapi kat Nippon, mungkin lebih mahal kot=)

    ReplyDelete
  3. hehe ok. bukan nk kawen kt nippon pun. ;p. nway, thanx =)

    ReplyDelete
  4. sgt suka dgn idea2 kamu...sgt kreative:)

    ReplyDelete