19 November 2009

hati2 dgn harga walaupun sekeping!

Sebelum ni saya ada cerita perihal hadiah daripada Albert. Custom design invitation card. Bila dah siap & tinggal nak hantar printing, ayah saya beri kat kawan dia, A sebab A ni ada business printing. Lepas 2 hari, si A membawa contoh card yg siap di print. Dia bagi harga rm1400 utk seribu keping kad. Maksudnya, sekeping rm1.40!

Saya memang tak setuju sebab contoh yg dia bagi guna glossy photo paper 80gsm. Maknanya sangat lembik! At least, untuk card, harusla guna 230gsm. Ni pun berat minimum utk kad. Bila tanya kenapa mahal padahal kita dah siap2 kan semuanya, dia juz print kan je..map takyah lukis, takyah buat2 draf. Sbb Albert memang bagi dah siap design 100%, si A kata sbb ini custom made.huhh~~

Lagipun, bila fikir2, orang biasanya tak simpan pun kad jemputan. Lepas majlis, rata2 penerima kad mesti buang. Jarang di simpan. So, bagi saya rm1.40 sekeping utk kualiti begitu adalah mahal.

Masa dah suntuk..ohh..ini jgn ikut saya ye bakal pengantin..sgt tak bagus buat kerja last minit. Cara terakhir, contact supplier yang buat brochure utk park. Kebetulan, kami memang nak hantar calendar 2010 utk di print. So, mintak quotation sekali utk kad kawin saya..

Nak tau berapa saya dapat? Rm450 utk seribu keping kad siap dgn envelope! Rm0.45 je sekeping..memang berbaloi2la kan? Lagi-lagi 3 hari je boleh siap. Lagi berbaloi2..kualiti pun ok sbb dia bagi paper 230gsm matte.

Syukur sgt tak terjerat dgn si A. Saya dapat jimat rm950 dgn kualiti yg lebih baik! Custom design dgn harga rm0.45, bagi saya ok la sbb saya survey kat kedai guna ready made design pun paling murah rm0.60 & saiz lebih kecil berbanding saiz yg saya pilih

So, berhati2 membuat pilihan.

DeepInsideMyHeart : nanti ada masa, saya upload gambar yer..saya sendiri muntah tengok blog sendiri full dgn fonts. tapi apekan daya, update blog pagi2 buta pukul 1pagi..mata pun tak larat bukak & berpinar2 lagi buat drgft yg colorful mcm color aiskrim tu!

No comments:

Post a Comment