Pages

15 January 2010

Akad Nikah - Part 1

Ok..marilah kita bercakap soal makanan yang disediakan dalam majlis..

Majlis Akad Nikah pada 1 Januari 2010 (Jumaat)

Memandangkan majlis ini berlangsung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan waktunya pula adalah pada jam 3 petang, maka ada juga saudara mara yang mencadangkan untuk memberi jamuan makan kepada tetamu terlebih dahulu. Tambahan pulak menu yang kami order dari caterer adalah nasi putih dengan 4 jenis pilihan lauk-pauk. Jadi amat sesuailah dijadikan santapan makan tengahari.

Mula-mula saya fikir hanya mahu kan menu minum petang. Cukup dgn mihun goreng, karipap & the o panas. Sesuai lah dengan waktu jamuan pada 3.30ptg iaitu selepas selesai akad nikah. Tapi kata ibu & abah, biarlah jamu nasi putih..kenyang sikit orang dari jauh datang.

After a few discussion and lepas terima macam-macam cadangan & pendapat, maka inilah hasilnya.

Lokasi jamuan, di kawasan pinggir masjid. Tak naklah pasang khemah kat rumah & susah-susahkan tetamu ulang alik dari masjid ke rumah or dari rumah ke masjid.. Lepas dapat maklumat dari pengurusan masjid, boleh sewa tapak letak kereta masjid utk jamuan makan. Hanya tapak saja..kerusi, meja & khemah cari vendor lain. Cara lain lagi, boleh sewa ruang makan yang disediakan pihak masjid.

akhirnya my auntie advised..tujuan utama/nawaitu kita ke Masjid adalah untuk majlis akad nikah..manakala jamuan makan hanyalah perkara sampingan..sebagai tanda kesyukuran selesainya akad nikah itu..so, kami pun decided untuk menjalankan akad nikah pada jam 3 petang & diikuti dgn jamuan makan tanda meraikan selesainya majlis akad nikah tersebut..

lokasi makan adalah di ruang makan yang disewa dari pihak masjid..duduk bersila di atas tikar..

No comments:

Post a Comment