Pages

12 January 2010

mas kahwin Selangor


oohh..sudah lama tak update ini belog..sebab si penulis belog sibuk duduk atas pelamin sambil sengih-sengih setiap kali ternampak kemera depan mata..harap maaf ya readers..

tak sabar nak open this blog to public and sharing whatever my experience dalam preparation majlis kahwin sendiri..baik manis mahu pun pahit..ya! pahit..i akan share juga..because i dont want to be a hipocrite..just cerita yang best-best..yang sedap didengar..yang jadikan diri terlalu excited..sedangkan hakikat and realitinya, ada pahit yang tersembunyi di celah-celah kemanisan yang dikecapi..

alhamdulillah..majlis akad nikah berjalan dengan lancar..sekali lafaz..if kamu semua perasan, bila habis je akad nikah, orang tak tanya "heh, baju apa ko pakai masa akad?"..or.."berapa ratus ko tempah baju nikah?"..or.."grand gile tak akad nikah ko?"..

dear, percayalah..hanya ini soalan yang orang akan tanya "alhamdulillah..selesai..berapa kali lafaz?"

ya! inilah dia soalan yang hampir 100% orang akan tanya bila jumpa kamu suami isteri selepas akad nikah...soalan ini tak akan basi untuk tempoh sebulah berkahwin (kot)..

untuk pengantin perempuan yang berasal dari Selangor, saya rasa kamu patut tahu yang nilai mas kahwin kita telah berubah..dari apa yang saya faham seperti yang diterangkan oleh jurunikah kami adalah macam ni:

nilai minimum untuk mas kahwin bagi negeri Selangor adalah RM 300.00 seperti yang dilaporkan.

tetapi sekiranya kamu membawa bersama wang hantaran yang selalunya bernilai ribu-ribu semasa majlis akad nikah, maka jurunikah akan menggunakan nilai wang hantaran sebagai mas kahwin dan akan dilafazkan dalam akad nikah. maka, duit ribu-ribu itu hanya boleh digunakan oleh pengantin perempuan sahaja..orang lain, tak boleh guna..

ada sesetangah orang pula, wang hantaran telah diserahkan awal-awal semasa bertunang..maka semasa akad nikah, hanya mas kahwin RM 300 sahaja yang dibawa..

sekiranya pihak lelaki ingin memberikan barangan kemas seperti cincin, gelang atau rantai, maka nilai mas kahwin yang dilafazkan adalah mengikut harga barangan kemas tersebut.

inilah yang saya faham mengenai nilai mas kahwin di Selangor..memang jurunikah tu terangkan betul-betul sebab saya nikah pada 1 Januari 2010..hari pertama sistem mas kahwin baru ini dikuatkuasakan..

No comments:

Post a Comment