Pages

10 November 2010

remeh : akad serah hantaran

Salam

Penyambut hantaran

Selalu orang lupa pasal penyambut hantaran. Yang selalu orang ingat penyambut tetamu atau pembawa hantaran.

Apa tugas penyambut hantaran?

Sebagai wakil tuan rumah untuk menyerahkan hantaran dari pihak pengantin lelaki/perempuan kepada pihak sebelah pengantin lelaki/perempuan.

Penting sangat ke?

Sebagai Melayu dan sebagai orang beradab, mesti kita malu nak ambik barangan tanpa sesiapa mempersilakan dulu. Walaupun semua sedia maklum hantaran tu memang akan bertukar tangan akhirnya. Tapi lebih molek jika diserahkan dgn elok. Sedangkan nak ambik anak dara orang pun dgn lafaz akad nikah, jadi nak ambik hantaran pun mesti ada akad nya,kan?

Contohnya, 

Kalau hantaran diberikan semasa majlis nikah, dah elok2 display hantaran cantik2, sebelah menyebelah, takkan nak biar je sampai ke sudah.. habis majlis, masing2 angkat sendiri2 hantaran tu.

Eloknya sediakan seorang sebagai wakil tuan rumah. Eloklah yg tua sikit. Lelaki. Lepas majlis batal wudhuk, sarung cincin, gelang or rantai depan deretan hantaran tu, wakil penyambut hantaran dari pihak lelaki bolehlah melakukan upacara menyerah hantaran.

Ayat simple2 je mcm,

“saya diwakilkan oleh pihak pengantin lelaki utk menyerahkan *berapa* bekas dulang hantaran ini sebagai hadiah utk pengantin perempuan sekeluarga. Juga sebagai symbol tali persaudaraan yg baru terjalin hari ini. sudikanlah kiranya pihak pengantin perempuan menerimanya”

Dibalas,

“saya diwakilkan oleh pihak pengantin perempuan, berbesar hati menerima pemberian *berapa* bekas dulang hantaran ini.jutaan terima kasih diucapkan. dan sudilah kiranya pihak sebelah sana menerima *berapa* bekas dulang hantaran dari pihak kami”
Majlis kami

Masa majlis kami dulu hantaran dari pihak lelaki diberi semasa majlis bersanding.

Depan pintu dewan/pintu gerbang/arch. Pengantin perempuan di dalam depan dewan, pengantin lelaki kat luar depan pintu dewan. Paklong sebelah Incik Asben wakil pihak keluarganya utk bacakan pantun. Sebelah saya pulak, wakilkan paklang.

Berbalas pantun. Pantun semua disediakan oleh paklang saya. Jadi saya takde copy nak share kat sini. Wakil family Incik Asben just baca je pantun yg dah disediakan oleh paklang saya & diberi awal2 sebelum majlis.

Penting : sediakan pentun utk kedua-dua belah pihak jika merancang nak berbalas pantun. Jgn syok sendiri nak jual pantun tanpa jawapan. Nnt memalukan pihak sebelah sana. Tak elok.

Yg saya ingat semuanya berkisar mengalu-alukan kedatangan rombongan pengantin lelaki. Lepas tu saya bersalaman dgn suami & bergandingan tangan.

Masa ni baru masuk pantun serahkan hantaran.

Dan balasan hantaran dari pihak perempuan akan diberikan semasa Majlis Bertandang minggu hadapannya. Semuanya dinyatakan secara berpantun.

Lepas tu, Maklang saya, selaku wakil keluarga kami menyambut hantaran satu persatu & pass kan kepada sepupu2 saya sebagai dayang2 pembawa hantaran.

Susunan berarak masuk:

1. Dayang pembawa hantaran. Kalau ada sirih junjung, ia patut dibarisan paling depan sbb sirih junjung adalah simbolik sebagai ‘kepala’ hantaran mengikut adat Melayu.

2. Flower Girls. Flower girls saya dgn ayunya taburkan bunga rampai sepanjang berarak masuk.

3. Pengantin. Penting : pastikan ada jarak yg sesuai dari flower girls kat depan. Pasal nanti OP susah nak ambik gambar pengantin berarak. Mcm saya (-_-“)

4. Pengapit. Suruh pengapit jalan belakang pengantin. Kalau sebelah, semak.

5. Rombongan keluarga pengantin lelaki.

6. Kumpulan kompang. Kalau ada. Saya takde kompang. Pasal semua sepupu2 saya mengiringi kami dgn bacaan selawat. Semua sepupu lelaki bergabung membaca selawat. Xperlu kaset/CD. Mantap! 

rujuk sini dan sini
  
DeepInsideMyHeart : pernah kami pergi majlis kahwin. Penat gile menatang dulang hantaran nak bagi pihak perempuan. Tak tau nak letak mane, bagi kat sape. Pihak sebelah sana semua buat don’t know je. Mcm tak pandang je keluarga kami dtg jauh2. Sampai dah beranak 2 pun, makcik2 saya stil ingat kejadian tu.

4 comments:

  1. thanks share pasal ni.mmg sgt2 berguna =)

    ReplyDelete
  2. betul..sgt berguna..kdg2 mende remeh ni..perlu juge di beri perhatian kn..supaya majlis lebey teratur & sempurna..thanks juge 4 sharing..=)

    ReplyDelete
  3. info yang sangat berguna!thanx my dear...

    love part yang kezen2 baca selawat..

    ReplyDelete