Majlis Persandingan
Sabtu
02012010
Dewan Besar Institut Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur
Seawal 7.30 pagi kami sekeluarga dah bertolak ke dewan.. semua barang2 mmg dah dibawa ke dewan pada malam sebelum majlis & ditinggalkan di dalam rumah yg disediakan.. actually rumah tu adalah rumah utk guru2 yg menghadiri kursus di institut..since masa tu cuti sekolah & rumah ERT tu kosong, kami dapatlah guna..
rumah lengkap dgn perabot & ada 2 bilik tidur..memang selesa if nak bermalam tapi kami juz simpan barang2 for majlis je..
after breakfast with nasi lemak & susun2 barang *doorgift, centerpiece for every tables, paper bags & sabun riben for orang sebelah, & paling penting, tunjuk kat mane barang yg disimpan & disusun kat saudara mara y bertugas supaya senang dorang tak tercari-cari* Caterer datang at 10 am untuk setting buffet line n meja beradab..saudara mara terdekat juga sudah start dtg..
11.30am, jurumekap dah datang & start make-up.. my family pulak kul 10+am dah start bersiap-siap coz makan pangkal start at 11.30am..
Sementara saya bersiap2 dgn jurumekap, di dewan sudah penuh dgn saudara mara terdekat.. abah bagi briefing sikit & ucapan aluan2 penghargaan & harapan tuan rumah *kami sekeluargalah* atas kesudian mereka dalam menjayakan majlis ini..tak lupa juga bacaan doa..
tradisi keluarga..sebelum tetamu hadir, mesti ada 'makan pangkal'..maksudnya semua saudara terdekat yg akan bertugas nanti diberi penghormatan utk makan dulu..taklah perut kosong je kan..biasanya dalam 11am or 11.30am mesti dah start makan pangkal..
12.45pm, rombongan dah sampai menaiki 1 bas ekspress & diiringi 2 buah kenderaan..agak ramai..meriah!..semua rombongan dijemput ke rumah ERT utk menjamu hidangan ringan..kuih muih & air sebagai alas perut sebab mengikut kad undangan, perarakan masuk pengantin ke dewan pada jam 1.30pm.. jadi, harus tepati masa & janji pada tetamu melalui kad jemputan.. lagipun si pengantin siap mekap kul 1.10pm..
kul 1.15pm, saya dah keluar dari rumah ERT. berpecah dgn Inick Asben sebab Incik Asben ikut pintu depan dewan bersama rombongan beliau.. saya bertembung dgn rombongan..dorang sume tak tau kami ada dalam bilik kat rumah tu tgh bersiap masa dorang sampai=) saya pulak 'lari' ikut pintu belakang & masuk ke dewan ikut pintu sisi..takde siapa pun perasan i dok sorang menyorok..tapi akhirnya my maksu dari ipoh yang nampak dulu=) saya berjalan sorang2 di red carpet dari pelamin menuju ke pintu masuk utama dewan..menunggu Incik Asben di depan pintu=)
ohh..Cinta Hatiku dah sampai=) saya malu2 kucing..nasib si pengapit 'tutup' muka saya dgn kipas tangan tu=) lihat bebola daun saya tu! saya rasa macam comel betul 5bijik tergantung disitu=)
sempat lagi ber'gosip' dgn pengapit=)
hah..jawab..jawab..=) sebelum 'mengambil' isteri, haruslah bersopan santun & beradab sikit kan?..sesi berbalas pantun..wakil tuan rumah menjemput rombongan masuk ke majlis secara berbalas pantun.. penyerahan 7 dulang hantaran dilakukan..
barulah si isteri menjemput suami=) salam dulu=)
dayang-dayang pembawa hantarans mendahului barisan perarakan..ceceh..mcm perbarisan kawad kaki je..
si 'gadis bunga' yang tembam tersenyum girang sambil menabur-nabur bunga rampai yg terdiri dari hirisan daun pandan & bunga kertas yg tumbuh subur di rumah saudara mara..=) *antara hasil dari gotong royong malam sebelum majlis*
terus ke meja santapan..tak naik pelamin dulu.. makan dulu, pastu baru boleh meng'gedik' lama2 atas pelamin.. kalau naik pelamin dulu, kesian rombongan lelaki terpaksa tahan lapar..
Meja untuk rombongan di'reserved' awal2 dengan hidangan di dalam 'dome' makanan & paper bag serta sabun riben sebagai wedding favor dah siap di setup sekali..
majlis didahului dengan bacaan doa dan ucapan dari ayahanda tercinta..mengalu2kan kedatangan tetamu.. mungkin bakat 'public speaking' dalam diri anak2, diwarisi dari ayahanda..
pengantin masih kenyang sebab melantak nasi lemak 2 bungkus semasa sarapan paginya..jadi makan sebagai syarat saja.. seronok dilayan 2 orang waiters..tak yah susah2 cedok sendiri..
Abah & Ibu memberi restu..tiada upacara merenjis or tepung tawar.. hanya bersalam dengan pengantin & bergambar sahaja..
Atuk tersayang yang banyak berjasa.. dapat hadiah kawin best dari beliau=)
Abah & arwah mak mertua.. saya sempat rasai kasih sayang beliau walau untuk seketika..semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah..
sesi bersalaman diteruskan mengikut senarai nama yang diserahkan pada emcee sebelum majlis supaya lebih teratur & tersusun..selepas sesi bersalaman, sesi memotong kek..meriah betul kek ni dgn bunga2..color ikut tema pada kat undangan..hijau & pink=)
bersambung...=)
meriahnye kawen...alhamdulillah kan semua berjalan lancar. now dh jadi isteri. jd isteri yg baik yer...congrats fatihah
ReplyDeleteBaru tau, ada istilah namanya 'makan pangkal! '
ReplyDeleteMrs. Nazlin : Tahniah utk kamu jugak!..seronokkan sudah jadi isteri?=)
ReplyDeleteXora : a'ah..family sebelah ayah saya sebut acara tu as 'makan pangkal'..tak taulah tu istilah family buat or memang ada istilah tu..=) good luck to u Xora..
salam fatihah,dewan tu kalau org luar nak sewa macam mane yer?boleh email contact details tak..ctrohani82@yahoo.com..tq..:)
ReplyDeleteSalam ctrohani..
ReplyDeletemaaf, setakat ni setahu saya,dewan ni belum dibuka utk orang luar lagi..