03 December 2010

persedian kahwin: ape yg patut difikirkan?

Salam

Pagi tadi sebelum ke office, tengok MHI. Eh, bukan tengok.. tapi dengar. Pasang volume TV kuat2 sambil bersiap2 ke office.. hehehe..

Topik hari ni pasal persediaan kenduri kawin. Tetamu jemputan adalah seorang Datin dan wedding planner nama Raja Andak atau Pak Andak. Host pulak ialah Wardina. Jadi saya kongsikan sikit tips2 yg saya dengar hasil perbincangan dari MHI selama lebih kurang 15 minit tu.. kejap je pun..

Tips dari Pak Andak (Wedding Planner) :

Berbincang 

pengantin kena berbincang dgn keluarga tentang majlis mcm mane yg dia impikan.

Mungkin boleh share majlis. Dua belah keluarga share utk satu majlis sahaja. Lebih menjimatkan.. *tapi saya rasa ni praktikal utk pasangan pengantin yg tinggal dikawasan berhampiran antara satu sama lain. Takkanlah the bride duduk Johor, the groom pulak duduk Perlis, pastu korang nak share majlis. Memang tak kene gaya..*

Budget 

masa berbincang, factor budget perlu diambil kira.

Buat persediaan lebih awal 

Pak Andak tu suka guna perkataan “berdikit-dikit”. Dari start dah terbukak hati nak kawin, eloklah simpan duit. Boleh jugak start beli barang2 sikit2.. taklah terasa sangat. Oh, dia pun ada ingatkan, duit tu bukannya nak kasik perabih utk majlis yg satu hari tu je.. yg penting lepas kahwin tu nanti, pun nak pakai banyak duit *which is saya rasa sgt tepat! Dan saya rasa bersyukur saya tak berhabis-habisan utk majlis kawin dulu. Sekadar apa yg termampu dan apa yg paling menjimatkan. baik duit tu kumpul byk2 beli rumah sebijik!*

Praktikal 

contoh dia bagi ialah doorgift. Ramai yg tak sedar pembaziran selalu terjadi dlm hal doorgift. Tips pilih doorgift, kasiklah yg praktikal. Tetamu bukan mintak sangat doorgift merepek2. Dia siap bwk contoh doorgift yg dia rasakan membazir. Termasuk sapu tangan yg gam kuat sgt dgn riben sampai tak boleh bukak.. dia rasa itu tak praktikal.

Datin tu pun ada tambah, dia lebih suka kalau doorgift tu barang makanan. Masa adik Datin ni kawin, dorang jadikan limau Sunkist dgn gula2 sebagai doorgift. Sbb Datin ni rasa majlis kahwin adalah majlis meraikan pengantin dan menjamu orang makan.

Komersil

Pak Andak kata sekarang ni majlis kawin orang Melayu dah berubah dgn mendadak berbanding dulu. Dia dah 29 tahun jadi wedding planner. Perubahan mendadak ni buat dia rasa yg majlis kahwin tu sesuatu yg telah di komersil kan.

Walaupun bagus sbb dpt lahirkan ramai usahawan dlm bidang ni, tapi eloklah elakkan pembaziran.

Loan

Ada jugak yg sanggup buat loan sbb nak kawin. Tulah sbbnya Pak Andak ni nasihatkan supaya mula menyimpan dan merancang lebih awal. “berdikit-dikit”. Tapi kalau boleh elakkanlah buat loan ni. Buat setakat yg mampu saja.. nnt dah kawin, susahlah nak byr installment je kejenye..

Jadi, kesimpulan yg saya dapat ialah:

Perancangan yg rapi amat penting utk elak pembaziran.

Biarlah orang nak kata majlis kita ni cheap ke, sengkek ke, ape ke..
janji kita tak berhutang..
janji kita hidup aman damai lepas kahwin tak payah fikir pasal nak bayar hutang.
Paling penting, lebih berkat jamu orang makan bukan pakai duit hutang..

Ikut kemampuanlah kan? biarlah orang nak mengata.. dia yang dapat dosa..=P

5 comments:

  1. hi..
    sy baru je melawat blog ni.

    betul la..bia ape org nk kate majlis kite simple ke, murah ke..kan.

    sy pon pening..walaupun kawen nextyear....aduh

    ReplyDelete
  2. setuju!! perlu ukur baju di badan sdiri kan..ingatan pada diri sendiri juge..=)

    ReplyDelete
  3. Ini adalah artikel bagus untuk dibaca, terima kasih untuk berbagi.

    ReplyDelete
  4. betul2..jangan nak diikutkan kehendak nafsu sangat...nanti kemuadian, kite gak nak kene menanggung hutang..

    ReplyDelete