Pages

10 December 2010

Remeh : Pak Guard Kereta

Salam

Kembali ke label REMEH.

Kebiasaanya, majlis kahwin di dewan, antara perkara yg harus diberi perhatian ialah mengenai carpark. cukup atau tidak kawasan utk tetamu meletakkan kereta. 

Paklong saya sangat2 particular bab ni. even siap berpesan supaya sediakan orang utk jaga parking pada setiap majlis anak2 buahnya. dulu, sebelum paksu Epul saya berkahwin, beliaulah orang yg paling boleh diharapkan mengetuai bab jaga parking ni. ingat tetamu dalam dewan je ke perlu usher/usherette? kereta tetamu pun perlu tau.. supaya tetamu tahu kemana hala atau arah utk parking.

Tapi masa majlis saya, paksu Epul dah kahwin & ada anak kecik seorang.. haruslah dia busy jaga anak kecik dia dari dok jaga parking kereta(-_-"). jadi saya hanya letakkan signboard "MORE PARKING" bersama arrow utk tunjuk arah parking dari pintu gerbang Institut Perguruan *tempat majlis berlangsung*. kadang2 adik lelaki saya yg akan keluar dewan utk check parking & laluan kereta supaya tak sesak.

beliau sedikit bengang pasal takde orang nak tolong jaga parking. takpe, nanti majlis korang, akak upah orang luar utk jaga ye.. yelah, budak2 muda zaman sekarang, mane boleh berenyah sikit..

jadi, diringkaskan cerita, untuk majlis keluarga yg terbaru ni, pihak keluarga pengantin menolak utk sediakan orang jaga parking atas alasan lokasi majlis *Bora Ombak* mempunyai parking yg luas & banyak. saya pun agak bersetuju sbb tempat parking betul2 depan dgn Bora Ombak.

bak kata ibu, lain kali kalau orang yg lebih tua bagi cadangan, bagi pesanan, eloklah bincang elok2. jgn tolak mentah2 kata semua dah settle. dgn kuasa Allah nak beri pengajaran pada kami, kereta Paksu saya kena pecah. padahal beliau letak kereta betul2 depan pintu masuk sport center tu.

 pro tak pro lah.. siap bukak seat utk access ke bonet kereta & ambik handbag maksu saya yg ada handphone, rantai emas & cash money. quite a lot jugak amount cash tu pasal maksu saya plan nak turun KL shopping barang2 anak beliau nak kawin bulan 2 nanti. 

orang akan tanya 'la, kenapa letak handbag dalam kereta?'.. ok, meh saya tlg jwbkan.. sbb maksu saya berniat nak menolong waktu majlis. jadi beliau takut handbag tu letak merata tempat sampai lupa letak mane. jadi, beliau minta anak beliau simpankan dalam kereta.

jadi saya nak sharekan kat sini, eloklah kamu semua sediakan orang utk membantu menjaga keselamatan kereta-kereta ini. bukan kereta orang pun, kereta tetamu kamu jugak yg semestinya terdiri dari saudara mara, jiran dan sahabat handai kan?

DeepInsideMyHeart : nanti adik2 saya kawin, saya plan nak upah orang luar je jadi pak guard. mintak tlg staff tempat kerja saya sape yg nak buat part time jadi security guard.. sekarang saya sedang busy siapkan tempahan bunga gantung.

08 December 2010

Mencemar Duli

Salam

Sabtu lepas, kami menghadiri majlis kahwin sepupu saya. saya share kan disini sebab majlis ni penih dgn protokol segala.. dah nama pun majlis berprotokol, haruslah bersopan santun even dalam mengambil gambar!.. harap maaf atas kualiti gambar yg tak berkualiti sbb tak dapat gerak dari kerusi nak merayap2 ambik gambar.. kan kena sopan santun..

Lokasi berlangsungnya majlis.. ini majlis waktu malam. kami sampai ke Dewan lagi beberapa minit sebelum azan maghrib. ada surau disediakan. elok je azan, terus solat & bersiap2..

Ayat-Ayat Cinta Bercerita Cintaku Padamu

ini didepan pintu masuk sebelum naik tangga pusing2 mcm cerita Cinderela..

inilah tangga pusing2..

Sampai je tingkat atas, terus nampak benda ni yg menyambut tetamu..

masa kami sampai, belum ada dayang2 dan pahlawan2 berbaju melayu pink. kosong je.. kami disambut oleh mak bapak pengantin perempuan dan beberapa orang saudara mara pihak perempuan yg menunjukkan kedudukan surau.. dekat betul dewan ni dgn surau.. selesa..

senarai nama tetamu serta nombor meja di tampal pada pintu masuk.. kami adalah dalam kategori 'keluarga Amirul' si pengantin lelaki..

dalam dewan.. pinky pinky... keluarga pengantin lelaki masuk awal.. lepas selesai solat je terus masuk.. dalam kul 730-745 baru start tetamu jemputan masuk & dewan penuh sedikit demi sedikit..




bila semua meja hampir penuh, ada pengumuman supaya handphone di off kan atau letak dalam silent mode. masa ni Sultan Selangor dah berada dalam Auditorium yang terletak bersebelahan dgn dewan..


Ketibaan masuk Sultan Selangor tak dapat nak capture.. just snap kat screen projector je lah.. walaupun sebenarnya meja kami dekat je dgn walkway dan pelamin. tapi sebab semua tetamu berdiri masa ketibaan Sultan, terus saya jadi pendek (-_-")

 nasib baik meja kami berdekatan dengan pelamin dan walkway. jadi bila perarakan masuk pengantin, masih boleh zoom.. tapi tetap kualiti gambar, teruk! ish..


pengantin diiringi oleh 7 orang dayang dihadapan, diikuti oleh pengapit, ibu bapa pengantin perempuan dan seterusnya adik beradik pengantin perempuan selaku tuan rumah majlis..

baju pengantin perempuan sangat cantik! bila tengok live, berkelip2 bersinar2 details pada baju dia.. rasa macam nak tanya 'eh, ni batu Swarovski ke?' =P


selepas bacaan doa, majlis menepung tawar diadakan. dimulakan dengan Sultan Selangor kemudian barulah Datuk & Nenek pengantin perempuan, Ibu bapa pengantin perempuan dan ibu bapa pengantin lelaki.


terus ke meja santapan untuk bersantap bersama Sultan.. semasa makan, tetamu dihidangkan dengan dendangan nyanyian band dari MPPJ. sangat best sbb muzik dia sedap didengar.. tak bingit.. sedap2 je.. kemudian ada video majlis pernikahan dan persandingan yg diadakan seminggu sebelum ini. 27 November 2010.  mereka dinikahkan pada jam 10 pagi dan bersanding pada jam 1 ptg hari yg sama. majlis ni diadakan dirumah pengantin perempuan.

setiap meja ada kotak comel ni.. dalamnya ada fruits cake. sangat praktikal bagi saya sebab kek boleh makan & kotak tu pulak boleh dijadikan kotak utk isi jewelery sbb penutupnya bermagnet.. paling penting, cantik!..

lepas ucapan dari ibu bapa pengantin perempuan selaku tuan rumah, acara memotong kek pulak. lepas je siap potong kek, pengantin berangkat keluar meninggalkan dewan..

keberangkatan Sultan Selangor.. ramai tetamu ambil kesempatan utk bersalaman dgn Sultan. Menteri Besar Selangor pun ada.. sebenarnya pengantin dah berada di luar pintu dewan utk bersalaman dengan semua tetamu & mengucapkan terima kasih serta bagi doorgift berupa paperbag ada air bikarbonat, kerepek & telur rebus..

lepas acara habis, kami ambik kesempatan bergambar bersama ahli keluarga yg lain..

HAPPY 27TH ANNIVERSARY UNTUK IBU & ABAH
yang jatuh pada hari tersebut
4 Disember 2010

Fuh~~ panjangnya review.. ok, nanti ada masa kita share pulak majlis sebelah pengantin lelaki yg diadakan pada keesokkan harinya di Bora Ombak, Ampang. Daaa...

03 December 2010

persedian kahwin: ape yg patut difikirkan?

Salam

Pagi tadi sebelum ke office, tengok MHI. Eh, bukan tengok.. tapi dengar. Pasang volume TV kuat2 sambil bersiap2 ke office.. hehehe..

Topik hari ni pasal persediaan kenduri kawin. Tetamu jemputan adalah seorang Datin dan wedding planner nama Raja Andak atau Pak Andak. Host pulak ialah Wardina. Jadi saya kongsikan sikit tips2 yg saya dengar hasil perbincangan dari MHI selama lebih kurang 15 minit tu.. kejap je pun..

Tips dari Pak Andak (Wedding Planner) :

Berbincang 

pengantin kena berbincang dgn keluarga tentang majlis mcm mane yg dia impikan.

Mungkin boleh share majlis. Dua belah keluarga share utk satu majlis sahaja. Lebih menjimatkan.. *tapi saya rasa ni praktikal utk pasangan pengantin yg tinggal dikawasan berhampiran antara satu sama lain. Takkanlah the bride duduk Johor, the groom pulak duduk Perlis, pastu korang nak share majlis. Memang tak kene gaya..*

Budget 

masa berbincang, factor budget perlu diambil kira.

Buat persediaan lebih awal 

Pak Andak tu suka guna perkataan “berdikit-dikit”. Dari start dah terbukak hati nak kawin, eloklah simpan duit. Boleh jugak start beli barang2 sikit2.. taklah terasa sangat. Oh, dia pun ada ingatkan, duit tu bukannya nak kasik perabih utk majlis yg satu hari tu je.. yg penting lepas kahwin tu nanti, pun nak pakai banyak duit *which is saya rasa sgt tepat! Dan saya rasa bersyukur saya tak berhabis-habisan utk majlis kawin dulu. Sekadar apa yg termampu dan apa yg paling menjimatkan. baik duit tu kumpul byk2 beli rumah sebijik!*

Praktikal 

contoh dia bagi ialah doorgift. Ramai yg tak sedar pembaziran selalu terjadi dlm hal doorgift. Tips pilih doorgift, kasiklah yg praktikal. Tetamu bukan mintak sangat doorgift merepek2. Dia siap bwk contoh doorgift yg dia rasakan membazir. Termasuk sapu tangan yg gam kuat sgt dgn riben sampai tak boleh bukak.. dia rasa itu tak praktikal.

Datin tu pun ada tambah, dia lebih suka kalau doorgift tu barang makanan. Masa adik Datin ni kawin, dorang jadikan limau Sunkist dgn gula2 sebagai doorgift. Sbb Datin ni rasa majlis kahwin adalah majlis meraikan pengantin dan menjamu orang makan.

Komersil

Pak Andak kata sekarang ni majlis kawin orang Melayu dah berubah dgn mendadak berbanding dulu. Dia dah 29 tahun jadi wedding planner. Perubahan mendadak ni buat dia rasa yg majlis kahwin tu sesuatu yg telah di komersil kan.

Walaupun bagus sbb dpt lahirkan ramai usahawan dlm bidang ni, tapi eloklah elakkan pembaziran.

Loan

Ada jugak yg sanggup buat loan sbb nak kawin. Tulah sbbnya Pak Andak ni nasihatkan supaya mula menyimpan dan merancang lebih awal. “berdikit-dikit”. Tapi kalau boleh elakkanlah buat loan ni. Buat setakat yg mampu saja.. nnt dah kawin, susahlah nak byr installment je kejenye..

Jadi, kesimpulan yg saya dapat ialah:

Perancangan yg rapi amat penting utk elak pembaziran.

Biarlah orang nak kata majlis kita ni cheap ke, sengkek ke, ape ke..
janji kita tak berhutang..
janji kita hidup aman damai lepas kahwin tak payah fikir pasal nak bayar hutang.
Paling penting, lebih berkat jamu orang makan bukan pakai duit hutang..

Ikut kemampuanlah kan? biarlah orang nak mengata.. dia yang dapat dosa..=P

01 December 2010

nak pilih color ape?

Salam

nak padankan color kadang2 pun memang jadi masalah. kalau tersalah padan, boleh jadi SUPER cantik ataupun SUPER hodoh..hehehe.. tulah sebabnya bukan senang nak padankan warna.. kalau jadi SUPER cantik, oklah.. kalau SUPER hodoh, mcm mane?

jadi, mari kita kongsikan bersama tips2 untuk mendapatkan padanan warna. walaupun mungkin tak dapat yang SUPER cantik, tapi sekurang2nya taklah SUPER hodoh..

ingat dua WARNA PENYELAMAT ini..
BLACK & WHITE 

bagi saya cream bukanlah warna penyelamat. sbb warna krim sangat subjektif. ada krim cair, sederhana atau pekat.

sebab saya pernah terbaca, tapi dah lupa kat mane. padanan warna membantu menaikkan mood sesuatu ruangan. dan berkait rapat dlm mempengaruhi keadaan sekitar secara psikologi..

MAKSIMUM 3 WARNA UTK DIPADANKAN
tapi kalau berani mencuba dan kena gaya, padanan lebih dari 3 warna juga akan jadi superb! 

tapi kalau bab nak pilih color baju, bukan saje padanan warna yg cantik je diambik kira, padanan dengan warna kulit si pemakai pun perlu diambil kira..

Sekian. 

29 November 2010

Tips untuk flower girls

Salam

perlu ke flower girls ni?

terpulang.. ada yang suka pakai si budak kecik jadi dayang2 pengiring tapi ada jugak suka anak2 dara.. haha.. ada yg tak suka langsung ada apape yg menghalang laluan pengantin. ikut masing2 lah

saya tanya kawan lelaki, bridesmaid tu ape?

orang gaji pengantin kot.

(-_-")

harap bakal isteri dia nanti bersabarlah terangkan terms kawin2 ni.. haih~ direct translation betul!

pada saya, saya suka ada flower girls. sbb saya tahu tiap2 budak perempuan, kebanyakkannya mmg suka pakai cantik2, jalan sama2 pengantin. baju gown ala2 princess.. ada hairband cantik.. make up cantik.. jadi apa salahnya menggembirakan hati kanak2, kan? besar pahalanya membahagiakan kanak2..

ada je bridal house buat package masukkan sekali 2 orang flower girls.. kira sewa budak & baju budak sekali lah.. tapi saya suka flower girls dikalangan keluarga.. terpulang.. nak upah orang atau nak bergembira bersama ahli keluarga lakukan bersama.

bagi saya, maksimum 2 orang flower girls jalan seiring di red carpet, adalah paling cantik.. maksudnya berjalan beriringan berdua-dua lah.. kalau bilangan flower girls ada ganjil, biarlah yg ganjil tu jalan paling depan.

kalau boleh, flower girls yang berpasangan tu sama tinggi, memang cun!

kalau boleh lagi, flower girls jgn tinggi sangat. nnti tutup pengantin.. paras pinggang pengantin, paling sesuailah kot.. tak tutup bunga tangan dan muka pengantin.

nampak? inilah contoh tak baik.. hahaha.. si flower girls dahlah 2-2 org tak sama tinggi. yang berdiri depan saya tu pulak tinggi sampai nak tutup muka pengantin. so, kita ambik pengajaran dari sini ya..

utk baju, tak kisahlah.. ikut tema masing2lah.. ada yang suka flower girls pakai gown, ada yg suka lebih tradisional pakai baju kurung or kebaya.. tapi apape pun, tolonglah jangan men'seksi' kan kanak2 bagi pakai baju jarang.. atau mem'badut'kan mereka dgn baju warna warni.. atau men'jahanam'kan kecomelan semulajadi kanak2 dgn make-up tebal. mereka masih lagi kanak2, terlalu 'naif' utk dilakukan begitu.. lagipun, kecomelan semulajadikan lebih bagus..

itu je nak share.. nanti kalau2 saya ada lagi apape nak share, saya tulis ya.. tata..  

*sbnrnya ada je gmbr yg lebih cantik dari ni..ni gambar yg direject oleh OP..hehehe.. tapi sebab nak tunjukkan dgn lebih jelas apa yg saya maksudkan, terima jelah gambar 'parkinson' yang blur & malap ni..*

24 November 2010

tips bilik pengantin

Salam

pada saya, yang nikah & jamuan makan di masjid serta majlis di dewan, bilik pengantin TIDAKLAH PENTING.. betul.. buat apa? make-up nikah je kat rumah. sedangkan masa majlis di dewan, tetap jugak bersiap di bilik yg disediakan dkt dewan.

TAPI

bagi makcik2, nenek2 saudara, bilik pengantin adalah penting. kesimpulannya, bagi orang tua lah.. senang cakap.

tanya ibu, kenapa penting sgt nak berbilik pengantin ni?

ibu kata, mungkin sbb adat Melayu yg si lelaki akan bagi duit hantaran utk si perempuan. duit hantaran tau. bukan mas kahwin.. tu dah lain. biasanya zmn dulu duit hantaran pakai utk 'belanja hangus', maksudnya utk dibuat belanja kenduri lah.. beli ayam, lembu, beras.. yg tu lah..

dan sbb adat Melayu jugak,

orang memberi, kita merasa
orang berbudi, kita berbahasa

jadi utk 'berbudi bahasa', ibubapa si perempuan biasanya akan sediakan bilik pengantin yg indah sbgai simbolik menerima kedatangan menantu dgn gembira, yg akan jaga & bimbing anak perempuan mereka nnt. sebagai tanda utk menyatakan bahawa ibubapa si lelaki tak payah risau sbb seluruh keluarga si perempuan akan melayan si lelaki mcm anak mereka sendiri.

dan, si lelaki dah tunjukkan komitmen sediakan duit hantaran banyak2, takkanlah lepas nikah kau nak bagi dia tidur dgn bini dia dlm bilik buruk mcm reban ayam.. setakat hiaskan sikit takkan tak mampu kot. mcm tulah kira2nya dalam bahasa pasar & kasarnya.

jadi, saya ikutkan aja..  google cari idea dan hasilnya..


apa yg saya fikirkan sepanjang proses jadikan bilik ini sebagai bilik pengantin

1. bilik ini kecil je, jadi ruang terhad. so, saya hanya beli 3 unit perabot je. katil, almari sliding door utk jimatkan ruang & chest drawer

2. saya tak beli almari solek pasal dlm almari sliding door tu dah ada sekali almari solek. kalau tak puas hati jugak, beli cermin panjang, lekat kat dinding. puas hati nak tgk 1 badan bila bersiap nnt.

3. utk jimat, saya tak ambik pakej yg biasa ditawar oleh kedai perabot. dan, saya tak pergi kedai perabot yg byk branch mcm cavenzi ke, court mammont ke, lorenzo ke. saya pergi kedai perabot cina depan rumah je.. sbb kedai takde branch ni biasanya senang nak tawar menawar.

4. kalau boleh, pilihlah perabot yg boleh pakai lama & praktikal. saya pilih perabot color gelap pasal tahu dah kawin nnt takde masa nak lap selalu perabot supaya kekal putih bersih..

5. bedside table bukanlah sesuatu yg wajib ada. jadi kalau ruang terhad, tak dpt masukkan bedside table, jgn sedih. saya gantikan bedside table dgn chest drawer sbb mmg teringin nak letak lampu tidur ala inggeris tu dlm bilik pengantin.

6. jgn penuhkan bilik pengantin dgn barang2 tak releven mcm kotak doorgift lah, kotak bunga telur lah.. walaupun kotak2 tu semua mmg utk majlis kamu. kalau boleh, tumpanglah kat bilik lain yg ada dlm rumah tu. bilik pengantin mesti bilik paling kemas & cantik. bukan bilik stor barang kenduri kawin.

7. pilihlah cadar dari jenis cotton. tak perlu membazir beli cadar satin kilat2 bersinar2 dgn rambu ramba segala. nnt nak tidur kamu jugak yg miang.. haha.. paling baik, beli cadar 100% cotton yg plain *baru ada mood mcm bilik pengantin*, dan 350 treads count. barulah basuh tak berbulu. boleh pakai lama. tidur pun sejuk je cadar. takpe mahal sikit, tapi berbaloi pakai sampai beranak pinak.

8. cadar tak semestinya putih. asalkan plain je, dah cukup. pasal kalau putih suci pun sayang nak tidur. sebab bersih sangat! haha..

9. sediakan haruman/ air freshener. tak sedaplah bilik pengantin bau kedai perabot.. haha.. saya beli aromaterapi oil & burner. pasang dari malam sebelum majlis. tapi tetap jugak letak air freshener bau lavender. nak letak bunga rampai pun boleh.. baru ada feel nak kawin..

itu je lah kot setakat ni yg saya ingat utk di sharekan bersama.. nnt ada lagi, saya sharekan..

nah, tgk post dulu2 pasal bilik pengantin ni..

22 November 2010

remeh : mangkuk tingkat

Salam

bila dah terpatri ikatan perkahwinan, maka dgn rasminya kita bukan sahaja mengahwini seorang lelaki. tapi kita mengahwini seluruh hidupnya. termasuk yg ada disekelilingnya. keluarga, kerjaya, sahabat handai, kelebihan & kekurangan diri. semua lah.

biasannya kita akan sediakan goodies special utk rombongan pihak sebelah, kan? terpulanglah pada masing2 nak bagi apa.

majlis kami dulu, saya bagi kek, puding, cookies dan air mineral yg diletakkan didalam paper bag utk setiap ahli rombongan. sebagai bekalan sebab mereka dtg satu bas. jadi dlm perjalanan pulang, bolehlah buat kudap2. saya juga bagi cenderahati utk dibuat kenangan memandangkan makanan tu nanti selamat masuk perut & dihadamkan. jadi saya bagi sabun wangi ini.

  

Sabun wangi ini adalah hasil DIY. boleh refer kat bahagian DIY sebelah kanan anda.. cewah.. oh ya, kalau nak tempah, boleh. Mak Uda saya ambik tempahan sabun wangi ini. sila email saya ya kalau berkenan..

tapi utk keluarga mertua, saya sediakan mangkuk tingkat.. a'ah, mangkuk tingkat. diisi dgn nasi minyak dan lauk pauk kenduri yang dah diasingkan awal2 lagi.  

abang ipar saya bersama mangkuk tingkat di tangan kirinya keluar dari dewan..

ini apa yg kami dapat hasil dari post-moterm majlis saya dulu. untuk majlis akan dtg *utk adik2 saya lah*, kami akan order extra 50 pax khas utk rombongan pihak sebelah dan 50 pax lagi khas utk orang pangkal/penanggah bungkus bawa pulang.dah siap asingkan awal2. bukannya dah habis kenduri baru bungkus. tu sisa namanya.

masa majlis saya dulu, Alhamdulillah, makanan semuanya cukup dan habis bila majlis selesai. ramai yg puji caterer tu pandai masak. sedap. ramai yg tambah 2 kali. adik saya sendiri perasan ramai yg makan bertambah. ada seorang jiran bagitau mak saya dia menyesal pasal dia ambik nasi sikit je. dia takut tak sedap sbb biasanya lauk orang kawin biasa-biasa je rasanya. sekali makan, kena dgn tekak dia. nak tambah segan. walaupun dia sendiri nampak ramai yg bertambah.

jadinya, selesai majlis, makanan pun habis. senang tu mmg senanglah pasal tak membazir & tak perlu nak bawak balik. tapi kalau ada yg dibungkus2, boleh bagi saudara mara bawak balik. kami sendiri pun boleh makan lagi utk dinner lepas kenduri, kan?

tapi saya memang puas hatilah dgn service dari caterer. kalau nak tahu, bantal nikah saya guna kat masjid masa akad nikah tu, caterer tu bagi pinjam free.. takyah bayar sewa.. kalau kat bridal house yg saya ambik tu, dia charge RM50 utk sepasang kalau tak silap.. save RM 50..

Jadi, apa yg kamu bekalkan pada keluarga mertua?

19 November 2010

Hi-Tea Party

Salam

dalam merealisasikan kerja kawin, mesti ramai yang sudi menghulurkan bantuan. walaupun sekarang banyak dah pakai khidmat caterer & agak kurang dah aktiviti rewang gotong royong memasak utk kenduri, tapi masih lagi kan ada rewang. tapi bukan memasaklah. rewang kerja2 ringan macam packing goodies, bunga telur & macam2 lagilah.

biasanya mereka ini terdiri dari saudara mara & jiran tetangga lah. sebagai pengantin memanglah kita amat berterima kasih pada mereka semua. tak terbalas rasanya pertolongan yg diberikan. tak salah juga kalau kita nak berikan sedikit penghargaan untuk mereka kan? yelah penat2 tolong jayakan majlis kita..

macam mana kamu menunjukkan penghargaan pada mereka?

berkunjung je rumah saudara mara secara personal selepas berkahwin adalah adat biasa. ini dah cukup untuk menghiburkan hati & menunjukkan penghargaan serta penghormatan kita memperkenalkan ahli keluarga baru. biasanya bawalah sedikit buah tangan kan. parents i begitu excited kalau ada cousin2 yg baru kawin bertandang ke rumah. "pengantin nak datang".. sibuklah masak2 padahal yg dtgnye berdua je pun=)

ada jugak yg sponsor baju utk dipakai semasa majlis. secara personal, saya tak gemar nak sponsor baju kemudian suruh pakai masa majlis. biar nampak seragam. bosanlah dtg majlis kahwin kena paksa pakai baju yg disediakan. ape salahnya beri kebebasan pada tetamu nak pakai baju ape kan?


macam masa majlis saya dulu. ada jugak yg suggest dayang2 pembawa hantaran ni pakai baju sama. kiranya saya sponsor kainlah utk dibuat baju. baru nampak cantik seragam je. disebabkan saya sendiri tak suka dipaksa utk pakai baju yg disediakan, jadi buat apa saya nak paksa orang lain buat apa yg saya tak suka kan? kalau flower girl tu, ok lah. kalau dayang2 ni saya upah orang, bolehlah paksa pakai baju sama. kita dah sewa khidmat dia. 

ini sbb dah cousin2 sukarela nak bawakkan hantaran, jadi mcm tak sampai hati nak paksa pakai baju seragam. cantik kan subjektif. mane tahu dah siap2 beli kain utk bagi buat baju, kita rasa cantik, tapi orang yg terpaksa pakai tu rasa kurang cantik..tak syoklah mcm tu.

ni personal thought je tau. jgn terasa hati. sebab ada jugak yg suka bila pengantin sponsor baju. dpt baju free!=) 


corsage/ rozek.. selitkan RM pada corsage pun ok jugak. tapi kadang2 kurang enak dengar cik kiah & cik bedah bergosip pasal nilai RM pada corsage. jadi saya tak letak langsung RM pada corsage. bukan sebab kedekut. cukuplah corsage tu disisipkan pada baju utk beritahu tetamu bahawa inilah orang yg anda boleh harapkan utk bertanya/ minta pertolongan sepanjang majlis sbb mereka telah diberi briefing semasa makan pangkal sebelum bermulanya majlis.

jadi, diringkaskan cerita, saya membuat satu lagi majlis utk mereka2 yg banyak membantu. ya, Majlis Penghargaan.  satu majlis yg mereka hanya perlu dtg, makan, bersantai, berbual2 saja. dah tak perlu berpeluh ketiak jaga perjalanan majlis.

concept majlis ni adalah hi-tea. bertempat di sebuah restoran yang telah di booking awal2 lagi.

Venue : Hornbill Restoran & Kafe, Taman Burung Kuala Lumpur
Date  : 17 Januari 2010 *seminggu selepas Majlis Bertandang*

 from Incik Asben

 my turn..
ucapan dari kedua-dua pengantin. sebenarnya kami plan utk shoot post wedding pada pagi hari yg sama sebelum majlis Hi-Tea ni. sebab majlis pukul 3 ptg. jadi sempatlah..lagipun parent saya ada jemputan anak jiran kawin pada hari tu. kena jugaklah jengahkan muka kan. silaturrahim tu haruslah dieratkan. dosa besar putuskan silaturrahim! Nauzulbillah..

tapi pagi2 lepas subuh, dpt call dari kampung, my MIL kena strok & masuk hospital. jadi terus je sarung baju ape yg ada, pecut pergi Hospital Slim River. pukul 4 ptg baru sampai KL balik. jadi mcm malas & xde mood nak tukar baju, terus pergi restoran.. lepas majlis, kami pulang ke hospital semula..

kami booked utk 60 pax. 10 pax dikhaskan utk pihak lelaki. just family Incik Asben & 4 orang kampung. yg lain semua saudara mara saya yg banyak membantu. pilih restoran yg special sikit.. tapi sebab family Incik Asben takdpt dtg, jadi yg ada hanyalah family saya sahaja.

majlis bermula pada jam 3 petang. tapi kami sampai kul 4. sebelum kami sampai, ada majlis sambutan hari jadi ibu saya. surprise. sebab semua ni maklong saya yg plan. jadi sambut 2 hari lebih awal sbb birthday ibu saya sepatutnya 19 Januari.




dan utk Majlis Penghargaan ini, saya bagi mini sejadah. mula2 ingatkan nak bagi kain pelekat utk pakcik & kain batik utk makcik. tapi mcm susah nak kira berapa nak kena beli kain pelekat & kain batik.. fikir2 baik bagi something yg memang dua-dua jantina boleh pakai. jadi beli mini sejadah ni. awal2 dah beli, ikat riben siap2, simpan utk majlis ni. tinggal nak beli paper bag. ingatkan nak beli pagi tu, sekali dah ada hal emergency kat kampung, terus lupa nak beli paper bag.. haha..ibu nak bising pun tak sampai hati kot.. kalau tak mesti kena tembak buat kerja last minit!





ramai ingat majlis Hi-Tea ni company saya tanggung. tak! boss saya just bagi extra good service je.. chinese kalau bab business ni, faham2 je lah ye..
bagi kami sekeluarga, tak kisah nak keluarkan ribu RM asalkan perkara tu tak membazir & gembirakan orang.

sedikit ringkasan aturcara Majlis Penghargaan

1. ketibaan tuan rumah. ye, tuan rumah kena sampai dulu termasuk pengantin. pasal sekarang ni, pengantin nak meraikan dan menghargai orang2 pangkal. dulu masa kawin, orang pangkal tunggu pengantin, sekarang kena terbalik. *tapi kami berdua ada emergency case. jadi wakilkan ibu abah & adik2 utk sambut tetamu*

2. ketibaan tetamu

3. bacaan doa utk memulakan majlis & mohon majlis diberkati.

4. ucapan mak ayah pengantin. *diselitkan sekali sambutan birthday utk ibu. maklong tolong belikan cake. saya tak sempat nak beli. kira surprise utk ibu lah*

5. akhiri ucapan dgn menjemput tetamu nikmati hidangan makanan.

6. bila tetamu dah nak habis makan,mulakan ucapan dari kedua-dua pengantin. spontan gila masa ni.. nasib agak dah biasa berucap depan orang ramai. kami tak sempat buat teks ucapan..kalau kamu nak selitkan ucapan dari tetamu pun boleh.. kot2 ada lagi nak bagi cadangan or pendapat ke walaupun dah lepas sesi post moterm..

7. bacaan doa dari pengantin lelaki. lebih kepada menyatakan kesyukuran atas kelancaran majlis dan mohon keberkatan serta keselamatan.

8. aktiviti bebas.

tulah sedikit sebanyak pasal majlis ni. rasa ganjil sikit pasal selalunya tolong buatkan majlis utk customer. kali ni kita pulak yg jadi customer.. hehehe...

16 November 2010

tips pilih pengapit

Salam

Pengapit – selalunya kita akan pilih sahabat baik kita jadi pengapit. Ada jugak yang mintak adik jadi pengapit. Jarang mintak kakak jadi pengapit.

Tapi apape pun, mesti nak MUDA BELIA REMAJA.

Kepercayaan orang lama

Kalau pengapit tu anak dara, nnt ‘berat’ jodoh.

Kalau boleh pengapit biarlah orang yg ada ‘ilmu pendinding’. Pasal zaman dulu2 selalu sgt org menghantar ‘barang’ ditujukan ke pengantin. Jadi pengapit mesti jadi bodyguard zahir & batin utk pengantin. Ni zaman dululah. Zmn sekarang ada lagi ke orang pakai bomoh2 nak rosakkan pengantin?

Apape pun, bagi saya, pengapit mestilah

1. Seorang yang tahu perjalanan majlis dari awal sampai akhir
2. Sentiasa alert dgn hal2 yg tak dijangka. tolong cover utk pengantin.
3. Faham diri pengantin
4. Biar pengantin nampak lebih cantik dari diri dia sendiri. letih weh, kalau pengapit asyik dok lap peluh sendiri, kipas diri sendiri, jaga baju sendiri, pengantin terbiar! Org nak tgk pengantin ke pengapit?
5. Seorang yang tak tarik perhatian org. biar focus semua kat pengantin sorang je.

Penampilan,

1. Kalau boleh lebih kurang sama tinggi dgn pengantin. Kalau boleh.. tak boleh, takpe..
2. Tak boleh lagi cun/handsome dari pengantin. nnt orang asyik tgk dia je, tak tgk kita! haha.. ok x tips ni?
3. Baju tak boleh sama color dgn pengantin. penting : pasal saya tgk gambar saya, pengapit pakai baju color hampir sama dgn saya, tak naik. Kalau contra sikit, mesti cun!
4. kalau boleh elakkan pengapit pakai color putih pasal kebiasaannya pengantin sinonim dgn putih. Takut org salah anggap.

Majlis kami

Pengapit utk saya, saya pilih. Untuk pengantin lelaki, dia pilih sendiri.

Nikah

Maklong saya yg jadi pengapit masa dlm masjid. Yeah,sbb saya nak seorang yg dah ada pengalaman & kuat utk saya bergantung emosi waktu itu. Taknak bebankan ibu saya yg pastinya emosi beliau pun sama ‘hebat’ mcm saya waktu tu. Tapi ibu tetap ada sama dengan saya.

Pengapit kena make sure pengantin sentiasa anggun..ok? 

tiga beradik. dari kiri, maklong, ibu saya & makngah saya.

Photographers salah anggap adik lelaki saya sbgai pengantin lelaki pasal dia pakai baju putih mcm nak menikah sama!

Sebenarnya tak byk sgt pun tugas pengapit masa ni. Duduk je dlm masjid.

Majlis Bersanding

Makcik saya yang muda 4 tahun dari saya yg jadi pengapit. Dia dah biasa jadi pengapit dan sgt pro jaga pengantin. dia tahu dimana dia patut berdiri, bila patut tolong pegangkan bunga tangan, mcm mana nak kipas dgn baik, jaga veil, jaga kain, mcm2 lah.

 nasib ada dia. kalau tak ada jugak pengantin jatuh terpijak kain sendiri.. hehe..

kanak2 sebenarnya paling happy kalau majlis kawin. nk jadi flower girls la, nak bwk bunga manggar lah, nak tolong bagi doorgift lah.. dah siap pengantin berarak masuk, ramai2 cabut bunga manggar buat pedang main lawan2 (-_-")

pengapit saya jugak pandai kawal flower girls dua orang tu jgn over. Hahaha..kanak2 kalau dah excited, atas pelamin pun nak bertekak tau. Berebut2 nak bagi bunga telur padahal dah pesan bagi gilir2 ikut turn biar seimbang kiri kanan bunga telur.

ingat! pengantin tak boleh marah2.. nanti tak ayu lah.. jadi wakilkan pengapit je utk marah.. kan pengapit kena faham diri pengantin..hehehe

Majlis bertandang.

Pengapit yg sama masa bersanding. Takyahlah tukar2 orang. Leceh.

pengapit alert! bende kecik lekat kat veil pun boleh nampak.. haha.. takut bridal house marah i lah tu kotorkan veil.. 

dah, itu je nak share.. kalau ada nak tambah, sila kan..