24 October 2011

Double standard?

Salam 

Entri ini ditulis pada 28 September 2009..

Saya dah siapkan lebih kurang 500 pcs of handmade doorgift for my Big Day. TIDAKLAH SECANTIK OR SE’GRAND’ MANA,TAPI IA IKHLAS DARI KAMI SEKELUARGA..Masih kekurangan beberapa ratus pcs..rasa2 macam dah tak larat nak buat..then inform kat big boss (my father la kan) that I decided to buy the readymade doorgift yang berlambak2 boleh jumpa kat Jalan TAR or Nilai 3. In fact, saya dgn pandai2nya dah beli 400pcs of readymade doorgift sbb terpengaruh dapat harga murah gile masa bershopping di hari raya! *orang raya, I sibuk bershopping kawen bersama En. Tunang..kedai lengang gile takde orang* Then I wish to have VVIP doorgift too. Kebiasaan orang kahwin bagi something special utk orang2 tertentu (VVIP guest).


But big boss said:“kalau boleh, doorgift yg nak bagi kat tetamu biar sama..semua orang dapat yang sama..bagi yang mana mampu kita bagi..no double standard..jgn nak buat mcm2 doorgift untuk mcm2 kategori tetamu..tak elok..”


“cuba fikir ape perasaan orang bila tgk orang ni dapat yang besar, cantik n mahal..tapi orang ni pulak dapat yang kureng skit..bagi sama adil..jgn memilih orang..jgn memandang orang2 tertentu..jgn meng’kategori’kan orang2..pada hal semua tetamu tu adalah saudara mara kita,kawan2 kita..kenapa nak beza-beza kan?”


DIAM..ya! saya hanya diam sebab mmg betul! Saya tak fikir pun itu semua..yg saya fikir,saya mahu semua gembira dgn majlis tersebut..tanpa sedar,membeza-bezakan doorgift hanyalah satu trend yg boleh membuatkan orang terasa hati, berkecil hati dan bersedih hati!

Hint disini : saya akan kembali sibuk bersengkang mata membuat doorgift dgn lebih byk lagi supaya semua boleh dapat yang sama..saya cuba ya! Tapi apa saya patut buat dengan 400pcs of readymade doorgift hasil dari ketidaksabaran *or sebenarnya hasil terover excited?*  saya itu?

2 comments:

  1. BETUL. dalam dunia ini x perlu ada doub;e standard. doorgift fariza pun semua sama, x kira sedara mara/belah lelaki/tetamu. semua dpt sama :)

    ReplyDelete
  2. ya Allah...mmg tak pernah terfikir psl ni...thanks..

    mmg tak patut dibeza2kan tetamu kan..

    ReplyDelete