11 October 2011

Majlis Adik : Baju Pengantin

Salam

Ok, adik nak kawin, kakak dia yg over excited! siap mimpi adik berarak masuk dgn si cilik didepan pakai baju kurung plain, berkain batik & siap dgn cucuk sanggul menabur2 hirisan daun pandan dgn aroma air mawar. paling xboleh tahan, tah kenapa dlm mimpi tu seperti cerita P.Ramlee.. Hitam putih! hahaha.. tema tradisional yg di request mcm amat2 berkait rapat dgn cerita2 P.Ramlee..

Bila dah ada tema, barulah boleh difikirkan color2 utama yg memainkan peranan utk menghidupkan tema tersebut. saya ada baca dlm 1 artikel (mcm biasa, selalu lupa dari sumber mana), kebanyakkan orang terlalu ghairah dalam menentukan tema sesuatu majlis perkahwinan berdasarkan kepada warna. dan kebiasaannya warna tema yg dipilih terdiri dari 2 warna. bila sesuatu majlis terlalu terikat dgn warna2 tertentu, dikhuatiri suasana nampak 'kaku'.

Dalam artikel tersebut ada bagi sedikit panduan pasal tema. sbnrnya kita harus tetapkan dulu konsep perkahwinan samada mahu tradisional, modern, balinese, javanese, arabian, gardens, etc. bila dah ada konsep yg diinginkan, barulah dipilih warna2 yg melambangkan atau dapat memainkan peranan utk menonjolkan konsep yg dah dipilih.

Saya sedang memikirkan warna2 yg sesuai utk menghidupkan suasana majlis perkahwinan melayu tradisional. agak susah sbb saya kurang minat sikit dgn konsep ini.. rasanya kamu semua boleh agak yg saya lebih minat kepada yg moden & lebih kepada konsep gardens. sama jugak dgn ibu saya. siap nak pujuk adik saya supaya tukar konsep memandangkan dia dah spend RM utk 1 set pakaian yg sesuai dipakai utk majlis kawin dia nanti.

tapi sesuatu yg pasti, utk kelihatan benar2 seperti raja & permaisuri, haruslah baju kawin kena pakai songket warna kuning di raja!

Kuning diraja mcm baju kawin aqasha. gambar dari google.

Baju Kurung Pahang. Nampak klasik & elegen. Yg penting, sopan & xterlalu ketat ikut bentuk badan.


Kebaya Labuh

Untuk baju kebaya labuh dlm gambar diatas, kami dah tak perlu bimbang tentang aksesori sekiranya adik saya ingin menempah & bukan sewa dari kedai. semua aksesori lengkap maklong saya dah ada sbb masa anak dia kawin haritu, dia beli di Jakarta. skrg kalau ada saudara mara nak kawin, boleh pinjam.

kalau tgk potongan kebaya labuh ni, amat sesuai utk orang macam saya. badan bentuk pear.. hehehe, kene admit potongan badan bukan cun sgt mcm model. untuk bakal pengantin nanti, ok, kita perlu tanya dulu cita rasa dia mcm mana.

Ok, sekian utk idea baju hari ini=)

No comments:

Post a Comment