23 April 2012

Madela FS, Spectra 3 & Spectra Dew 350?

Hi,

saya mmg berazam nak breastfeed Little Caliph sampai umur 2 tahun. mudah2an dimurahkan rezeki dengan susu yang banyak utk Little Caliph. jadi, saya mmg memerlukan breast feeding set termasuk breast pump, storage bottles, warmer & lain2. Sebagai anak sulung, mmg xde rujukan pasal breastfeeding ni. lagi2 kawan2 office semua belum kawin. yang dah kawin pun xde anak lagi (-_-") nak tanya ibu, dolu2 mana ada benda2 ni semua.. yg ada breast pump manual je.

lainlah kalau ada kakak sendiri yg ada anak. bolehlah kan pinjam set breast feeding kalau dia dah xpakai lagi, kadang2 ada jugak yg pinjamkan stroller lah, car seat lah.. wah..wah.. wah.. berjimat betul adik2 ni! hehehe..

jadi, saya nak mintak pendapat lah kat sesiapa yg ada pengalaman, breast pump apa yg best & berbaloi? setakat pembacaan saya, macam dah terjatuh hati kat Madela Freestyle. yup, harga mmg, wallah!

saya suka pasal dia double pumping, ringan, kecik, senang bawa, boleh pakai electric & batery.. lagi2 after baca Husna punya blog ni.. pump sambil discussed hal kerja dgn orang pun, org xperasan..

As suggested by SIL, ok gak after baca review pasal spectra 3 ni. tapi rata-rata kata pump ni berat almost 2kg? betui ka? mmg beratlah mcm tu nak usung hari2.. plus, dia xde bateri.. buatnya hari ujan, jalan jem teruk gila, susahlah nak pump dalam kereta.. tapi saya ada baca, boleh beli adapter utk pakai spectra 3 dalam kereta.. mcm charge hp dlm kete la gayanya..

setakat ni 2 pump ni lah yg under consideration.. setakat ni lebih kepada spectra 3 sbb harga lebih affordable and takde pengalaman lagi.. tapi mana tahu rezeki lebih time nak beli nanti ter'ambik' Madela FS ke, kan?

sekarang tgh confuse pulak antara Spectra 3 dengan Spectra DEW 350.. nmpak gayanya kene pergi kedai survey tanya org kedai tu lah kot.. anyway, sesiapa ada pendapat atau pengalaman ttg breast pump, boleh x kongsi dgn saya? kalau malas nak tulis panjang2 kat komen, bagi link pun xpe.. nnt saya pergi baca=)

terima kasih..

7 comments:

  1. kalo bajet lebey,go to medela fs.best!cari yg bole buat installment if u cant afford to byr segedebuk.spectra 3 i xde pngalaman so xtau.hehe..slmt mcri bpump idaman hati! =)

    ~nuwul

    ReplyDelete
  2. Ramai syorkan madela FS..

    Installment? ayah Little Caliph xbagi la.. even credit card pun xleh pakai utk barang Little Caliph..

    mudah2an ada rezeki Little Caliph..

    ReplyDelete
  3. Kalau ada budget berbaloi beli FS. Macam nak jalan-jalan xde le gelabah nak cari tempat pam yg ada suis. Kat mana2 pun ok. Skrg kat FB ada byk yg buat kutu.

    https://www.facebook.com/profile.php?id=100001862694257 (ni ada buat kutu)

    atau yang ni dulu saya beli dari dia

    https://www.facebook.com/FaheemWardrobe

    ReplyDelete
  4. kutu?

    hehehe..1st time dengar..

    yelah, orang cakap nak bf ni xleh stress2.. so mmg kene betul2 pilih supaya & menyesal & x stress dgn pump yg dibeli.. nnt effect milk production pulak, kan?

    ReplyDelete
  5. Tak penah dengar main kutu ek? Hehehe.. macam installment le tapi ni ramai2. Kira kawan2 kutu kita le bayarkan dulu.

    ReplyDelete
  6. Seronok nak share kisah penyusuan ni. Jemput le baca.

    http://ai7611.blogspot.com/search/label/Breastfeeding%20Story

    ReplyDelete
  7. try survey for unimom allegro.ramai bagi review bagus.lagipun murah and boleh guna elektrik n battery.ringan lagi spectra.saya dah beli unimom sebab nak tgk milk production camne.if ok baru igt nak upgrade ke madela fs ;P

    ReplyDelete