Pages

28 November 2012

Breastfeeding: saya breastfeed anak, boleh x makan jamu?

Salam

Jawapan dari saya yg bukan doktor, boleh!

kalau, badan tahan, & baby tahan.

mcm mane nak tahu?

let's do experiment!

ni ibu saya yang ajar. saya memang xbeli apape set bersalin..langsung xde.. beli bengkung masa Expo kat mid valley.. beli sekali bunjut herba untuk mandi. lepas tu beli losyen pati hati mustajab yang color hijau, beli jamu mak dara gold 1 botol, pati halia Yusmira 1 botol.. tu je lah..


lepas seminggu lebih beranak, ibu tanya ada makan jamu x.. saya kata x.. sebab lupa.. lepas tu takut effect baby sbb ada yang kata jamu panas, takut baby xtahan boleh demam, cirit birit, etc.. takut jugak.. tapi ibu kata kene makan jugak jamu... nak moden mcm mana pun, jgn tinggal jamu time pantang.. nanti jadi mcm ibu sbb time pantang, tak pantang.. bila umur dah 40 thn, bdn semua dah kembang.. cepat sakit2 badan, cepat sejuk, cepat lenguh..

so, ibu nasihatkan makan sikit2 dulu. contohnya jamu mak dara gold ni ikut arahan dia kene makan 2 biji, 2 kali sehari sebelum makan. jadi untuk permulaan, ibu mintak saya makan sebiji sehari je dulu.. lepas beberapa hari, if xde pape kat baby, baru makan lagi sebiji.. jadi 2 biji sekali makan setiap hari.. lama2 bila makin yakin xde effect buruk kat baby, baru makan ikut arahan pada botol.. masih makan sampai sekarang..

sama macam pati halia Yusmira pun saya buat mcm tu jugak.. once dah stabil dengan Jamu Mak Dara Gold, saya try sikit2 pati halia ni.. ikut arahan 4-6biji sehari.. saya start dengan 2 biji sehari & makin naikkan dose bila baby xde pape effect.. bukan sekadar check effect pada baby je, tp saya juga observed susu badan.. Alhamdulillah, 2-2 produk ni xeffect production susu..

sampai sekarang pun masih amalkan jamu mak dara dan pati halia ni.. 

26 November 2012

Breastfeeding : Nursing Pad - disposable or washable?

Nursing pad.. kamu suka yang mana?

Saya suka pakai yang washable bila berada di rumah. sebab kat rumah xberpeluh sangat.. jadi selesa. kalau ke tempat kerja, kadang2 time kerja saya outdoor, saya akan berpeluh & nursing pad washable akan basah bukan sebb susu je tapi sebab peluh (--"), jadi xselesa.. nursing pad washable kan tebal sikit..

jadi kalau waktu kerja, saya prefer pakai disposable . tiap kali saya rasa xselesa ataupun selepas sesi pumping (11 pg, 2.30ptg & 5.30ptg), saya akan tukar baru.. macam tukar pad waktu period la.. lebih selesa.. lagi pun  yang saya perasan, disposable ni macam pad jugak.. buat kita rasa kering.. maybe material dia sama kot.

tapi sekarang, saya terfikir nak beli yang ini:

Medela Milk Collection Shells

Saya rasa bagus sbb taklah membazir susu yg menitik tu.. iyelah, kadang2 kita xsempat nak pumping waktu LDR (Let Down Reflex). harga rata2 tempat yang saya survey setakat ini, RM69..

ada orang yg pakai shells ni.. sekali time nak pumping, dia bukak & tuang dalam botol, dapat 2oz! ok, sekarang terfikir agak2 berapa oz susu yg terbazir masa LDR tapi xsempat cepat2 pumping & nursing pad basah..

ada sesiap pernah pakai? best x?

saya rasa mcm best..

23 November 2012

Breastfeeding : keperluan deep freezer untuk EBM

Salam..

saya tak tahu sebenarnya pakai botol lebih jimat space atau pakai plastic lagi jimat space?
ramai kata pakai plastik lagi jimat sbb boleh leper2kan plastic tu dan tindan2kan antara satu sama lain.

tapi saya ada masalah. plastic tu selalu melekat antara satu sama lain.. mmg mcm tu ke?
saya tak pernah lagi pakai brand lain kecuali Autumnz.. adakah bergantung kepada brand jugak? kalau ya, brand ape yg bagus? yg xlekat2 & tebal?

ini EBM Ziyad setakat 21 Nov 2012 (gambar diambil)

tak tahu dah nak susun mcm mana bagi jimat ruang sbb dah hampir xmuat dah freezer ni.. kalau susun berbaring, senang sangat dia menggelongsor jatuh. kalau x gelongsor, dia senang lekat2..

ataupun ini adalah petanda sudah sampai masa untuk invest deep freezer?

22 November 2012

Majlis Adik : kenapa majlis bergabung?

Salam

"dulu masa kakak nak kawin, dia rajin ambik gambar step by step letak kat blog.. sekarang abang kawin, kakak dah xde pun tulis kat blog dia"

komen ibu saya yg sememangnya suka skodeng blog saya=)

plan asal, majlis nak buat berasingan. dah siap beli bahan buat bunga telur (bunga tisu) untuk seribu pieces since adik saya nak tema tradisional. so, tradisional mestilah bagi bunga telur.. xkan nak bagi telur bungkus salam tisu macam zaman dulu.. nanti orang kata cheapsake sangat!

kemudian, bakal in laws adik saya mintak disatukan sekali majlis atas sebab saudara mara mereka yang jauh di Kedah dan Terengganu, juga atas sebab urusan pekerjaan bakal pak mertua yg super-duper busy dengan masalah negara... kalau majlis berasingan, nanti xde wakil pihak perempuan datang bertandang sebab masing2 dah balik terengganu dan kedah. juga sebab rumah ibubapa saya dengan rumah bakal mertua adik sangat dekat.. sekangkang kera je.. setakat melepasi 3 traffic lights dah sampai..

walaupun agak kurang bersetuju pada mulanya, akhirnya kami sepakat untuk satukan saja majlis resepsi mereka.. pada pandangan kami, memudahkan semua pihaklah hendaknya.

jadi, bunga telur yg sepatutnya dijadikan doorgift majlis pihak kami, akan dijadikan doorgift masa nikah. 200 pieces je.. yg balance, kami simpan.. mungkin boleh guna masa majlis aqiqah ziyad or majlis kesyukuran masuk rumah baru..atau majlis adik saya yg lain? tengoklah nanti.. barang xbasi.. so boleh simpan=)

sekarang ibu saya sedang busy buat bunga untuk dulang hantaran. kalau dulu kami duduk serumah, senang saya nak membantu. sekarang dah ada ziyad, masa nak membantu sedikit terhad. so, nak ambik gambar step by step utk buat bunga gim as requested by soooo many peoples (sampai sekarang stil terima email mintak tutorial bunga gim) agak impossible.. kalau ada, kalau sempat, ada la tutorialnya ya..

20 November 2012

Breastfeeding: tips memilih breast pump

Salam

macam hebat je kan nak bagi tips bagai padahal baru anak sorang, baru belajar breastfeed tu pun masih kekok lagi nak direct bf ziyad sebelah kiri.. ok, ini sebenarnya lebih kepada pengalaman saya je.. saja letak tajuk mcm tu, konon mcm post ni best la.. hihihi..

dalam post Persediaan Breastfeeding : apa yang perlu?, saya ada bagitau yang saya beli breastpump elektrik. spectra3 double pumping. masa tu kandungan awal lagi. tapi semangat punya pasal, beli jugak awal2. ada orang lebih suka memilih untuk beli pum manual dulu sbb tak tahu samada susu meriah atau x, kemudian baru mereka beli pum elektrik.

saya pulak terbalik. pergi beli elektrik dulu. siap double pumping lagi. saya start pumping hari ke 7 bersalin. tapi xguna spectra. guna pum manual jenama japlo yg agak murah. pum tu pun sebab nak stimulate susu keluar since masa tu ilmu cetak lagi, ingat susu xcukup utk baby padahal cukup je.. memangla awal2 susu xkeluar banyak sbb baby xminum banyak sebab perut dia kecik lagi. tapi masa tu, saya xtahu.

pum japlo ni, memang saya ragu2 tahap kebersihannya juga tahap keselamatan sebab getah yg digunakan tu agak meragukan. hihihi..
bila dah masuk minggu ketiga pantang, baru berani pakai spectra 3. xpernah guna pum yg lain selain spectra 3 & japlo yg murah tu, so xtaulah nak compare.. xkan nak compare spectra yg harga beratus dengan japlo yg harga xsampai RM20 tu.. 

masa tu, tiap kali pumping, saya rasa sakit. mungkin saya xpandai adjust suction kot tu yg sebab sakit.. mungkin jugak sebab badan saya xsesuai dengan barang2 elektrik ni.. macam mana saya tahu? sbb kalau saya pakai kerusi urut elektrik pun, bukan jadi sedap badan tapi jadi sakit badan.. so, tenaga elektrik sangat xsesuai dengan badan.

tah macam mana, saya tergerak hati nak beli medela harmony. saya fikir since dah ada elektrik, nak jugak yg manual yang elok sikit.. lagipun saya dah start rasa terbeban dengan spectra yg sedikit berat.. masa tu, saya pumping ikut suka.. kalau rasa bosan, saya angkat spectra, letak depan tv.. kadang letak kat bilik sebelah katil.. asyik berangkat2 spectra tu.. tu yg terasa berat. kalau manual, kan best sbb time pumping boleh jalan2 pergi sana sini dalam rumah..

saya pakai spectra kejap je.. dalam 2-3 minggu.. bila dah ada medela harmony, 1st time pakai, terus jatuh cinta. sbb saya xrasa sakit mcm saya pakai spectra. hasil susu pun banyak dari spectra. kalau saya cengan spectra, double pumping 20 minit, dapat 4oz utk 2 belah. tapi dengan harmony, 10 minit dapat 4oz utk 1 breast. 

dalam wishlist, nak beli medela fs.. tapi xtau sesuai ke x dengan badan.. mungkin saya hanya akan pakai battery saja.. kan medela fs boleh pakai battery or elektrik.. insyaAllah, ada rezeki lebih, bolehla..

spectra dah lama saya masuk kotak balik sejak dah xpakai. xterfikir pun nak let go until dalam fb ada orang nak cari 2nd hand breastpump, timbul idea utk let go..alhamdulillah, ada orang berminat..sold!

selain mudah nak bawak kemana2 medela harmony ni, 1 je keburukan dia.. pumping session waktu tengah malam.. kalau pump elektrik tu, kalau terlelap kejap, pump stil on.. tapi dengan harmony ni, kalau terlelap, tangan xjalan, so pump pun xjalan.. last2 tertidur.. bile tersedar, dah malas nak continue sbb rasa ah, xpelah, esok pagi jelah pump.. sejak pakai medela ni, xpernah buat power pumping.. dasar! hahaha..

production pun makin merudum.. kalau dulu bolehlah dapat 8-9oz sekali sesi pumping.. sekarang dapat 5oz je sbb timing pumping waktu malam, selalu je out sbb terlelap, xbuat power pumping dah, dah start keje so waktu siang pump 10minit je utk setiap breast setiap sesi.. ada 3 sesi spjg di office.. kalau kat rumah selalu buat 20minit setiap breast..

owh, betul2 mengidam medela fs!

dengar cerita, orang kata sambil driving pun boleh pum dengan fs.. kan syok tu.. tension2 hadap traffic jammed, sampai2 je tgk susu dah penuh 2 botol!

eh, mana tips nye ni?

heh..=)

ok, diringkaskan. tipsnya ialah

"kalau badan xtahan dengan mesin urut elektrik, besar kemungkinan badan xtahan dengan breastpump elektrik kot" - hipotesis rekaan IdeaKahwinSaya berdasarkan kajian keatas diri sendiri..

19 November 2012

Disebalik pindah rumah


Salam

Sabtu lepas, memang plan nak pindah barang masuk ke rumah baru. kisahnya, husband booked untuk sewa lori. lori ni actually bukan untuk lori sewa. tapi driver dia buat 'black market' guna lori syarikat untuk buat kerja tambahan. tulah sebabnya lori hanya boleh datang pukul 230 ptg, iaitu selepas driver habiskan kerja company dia.

konon2 ambik lori black market ni murahla. padahal, xpernah pun tanya lori yang betul2 kerjanya disewakan untuk orang pindah rumah. mungkin sebab kakak ipar pindah pun guna lori yg sama ni, husband terperngaruh disitu.

ziyad tinggal rumah nenek sementara ibu & ayah kemas rumah hari jumaat tu.. siap ambik cuti lg kami nak packing barang2.. ada barang dah packing sejak setahun yg lalu sbb plan mmg nak pindah.. tiba2 dpt berita saya pregnant, terus postponed.

dah hampir siap semua, dalam pukul 630 ptg, dapat call. lori cancel!!
terduduk jugak husband dengar.. iyelah, penat mengemas, rumah dah macam tu, kesian baby ziyad nak tidur dalam keadaan rumah macam tu.. mana nak cari lori lagi.

immediately, saya call abah mintak tolong. kot2 ada kenal mane2 lori sewa yg boleh disewa esok jugak.. tak sampai 10minit, abah dtg rumah bawak seorang lelaki. tokey lori sewa. namanya yusuf. pakcik yusuf tgk barang apa yg nak diangkat sebab lori dia ada 3tan & 1tan. so, barang kami muat pakai lori 1 tan saja.

guess what? the charges adalah sama dengan lori black market yg suka2 hati cancel last minutes.. dia ingat pindah rumah ni senang kot. plus, lori black market xsediakan orang utk angkat barang. kita kene angkat sendiri. rumah kami dahlah tingkat 4. nasib pindah ke rumah baru tu, landed house. kalau ke tingkat 4 jugak? fengsan!

lori pakcik yusuf ni pulak, kalau nak tolong angkat, add rm100. saya minta husband byr je sekali upah angkat.. additional rm100, bayar jelah.. since dah serik, takut pulak esok, tiba2 last minutes, xde orang nk tlg angkat.. so, better upah je orang terus.

the service memang tiptop!. tak sampai setengah jam, barang semua dah siap masuk lori. cantik je susun dalam lori. ada 3 orang tukang angkat yg gagah perkasa. sekali angkat minimum 2-3 kotak besar seorang. lepas dah angkat barang masuk lori, abah saya bawak mereka pergi breakfast. belanja minum kat kedai mamak depan rumah sementara husband tunggu ipar duai saya dtg.. sbb plan asal nak pakai lori black market, so dah mintak tolong abang ipar tolong angkat barang.

sekali, dengan kakak ipar saya yg masih dalam pantang pun datang. terharu =') 

apa lagi, ibu bagi tazkirah ringkaslah.. hehehe.. ok, lesson learnt! next time jgn guna black market sebelum survey yg pakar punya.. ada jugak hikmah lori black market cancel. after tgk org lori pakcik yusuf kerja, saya terfikir macam manalah kalau pakai lori black market.. tah2 sampai malam since yg angkt semua bukan pakar pun.. nak susun barang dalam lori lagi.. hahaha.. memang terkedek2 kot.

ok, sekarang memang tak sabar nak duduk rumah baru!

15 November 2012

pindah rumah, bukan senang..

salam..

sampai masa utk pindah rumah.. selasa lps, cuti deepavali, bwk 2 org budak form 4 n seorang bdk form 2 utk cuci rumah.. mereka ni kwn adik.. bayar rm 50 sorang, kawtim semua kawasan rumah, atas bwh, dpn blkg..

sabtu ni, angkt brg plk.. lori pukul 230ptg.. hope cuaca baik xujan..

angkat brg je dulu.. we still stay umh sewa until next month or lbh tepat lg sampai adik kawin sbb lps dorg kawin, dorang nk sambung sewa umh ni..

owh, kad jempitan kawin adik dh start distribute today.. bg kt jiran2 ibu dulu..

makcik2 bc nama kt kad, dh soksek2.. jemput dtg ye makcik.. kan makcik kata majlis kat kayangan pun makcik dtg.. xpercaya ke adik saya nk kawin?

owh ye, spectra3 sold! alhamdulillah.. harap dia berjasa kat ibu lain pulak..

10 November 2012

Evolusi Idea Kahwin Saya


itulah tujuan utama saya tulis blog ni masa tu.. sekarang, status dah berubah, rutin pun dah berubah so perkara2 dalam blog ni pun sedikit sebanyak dah berubah.. dah kurang hal kawin.. nak share pasal majlis adik pun, xde perkara yg boleh diupdate sbb majlis dah bergabung dan banyak perkara masih dibawah Akta  Rahsia.. hahaha.. besides, they have their own wedding planner, Uncle Roslan.

tajuk besar "Idea Kahwin Saya" dah tak berapa relevan dengan perkembangan blog.. jadi ditambahkan 'dan kehidupan berkahwin'.

hari ni, 10 November 2012.. genap 3 tahun Idea Kahwin Saya ditulis.
Selamat Ulang Tahun dan Selamat Berevolusi!

09 November 2012

persediaan breastfeeding: apa yg perlu?

Salam

* post ni ditulis sebelum bersalin. dah lama tapi xperasan terperap dalam draft. so saya publish je blk tanpa edit.. so kalau baca mcm pelik2 sikit tu, sbb saya belum bersalin lagi ye.. situasi dah lain sekarang.. hehehe

Rasanya semua ibu pun memang ingin susukan anak sendiri kan? lagi2 sekarang ni teknologi dah bertambah maju. ibu berkerja pun tiada halangan untuk susukan anak.

berbanding dengan zaman dulu.. dulu tu xdelah dulu sangat.. kira2 dalam zaman 80an & 90an. masa tu xde pump elektrik. yg ada pun manual. knowledge pasal penyusuan susu ibu bagi ibu berkerja pun xbegitu meluas lagi macam sekarang. tah2 dulu2 tak tahu pun yg susu ibu boleh disimpan & dipanaskan. itulah yg menjadi kekangan untuk ibu2 susukan anak.

Saya pun antara yang bersemangat nak susukan anak sendiri. mudah2an dimurahkan rezeki. kandungan baru masuk 5 bulan dah pergi beli set breastpump. walaupun ada yang kata, jgn beli breastpump awal2, takut xde susu nanti, rugi je beli pump ratus2.. baik beli manual je.. dah nak masuk kerja, baru beli pump elektrik.

benda2 macam ni la yg buat bakal2 ibu yg xde pengalaman macam saya ni confused. tapi saya nekad, nak jugak beli pump elektrik. saya cuti bersalin 2 bulan je.. pejam celik dah kene masuk kerja.. takut xsempat nak beli pump.. hehehe..

lepas tu ada jugak borak2 dengan kakak ipar pasal nak beli pump tapi takut beli mahal2 tiba2 takde susu. tapi kakak ipar cakap, kalau niat kita baik, nak susukan anak, insyaAllah, ada rezeki. mohon dipermudahkan.

mula2 mmg aimed nak beli Madela FS sebab tgk review semua bagi comments yang bagus. takpelah, invest lebih sikit untuk anak. tapi lepas hubby tanya saya soalan demi soalan, buatkan saya terfikir yg sebenarnya saya xperlukan sangat breastpump yang begitu canggih.

sebab,

1. tempat kerja saya xmemerlukan saya outstation macam husband saya. saya kerja swasta. memang xdelah company nak bazirkan duit pergi hantar kursus sana sini.. sekali je pernah kursus belajar taxiderm, tu pun org tu yg dtg tempat kerja kami bagi tunjuk ajar.

2. tempat kerja saya ada bilik sendiri, ada power point sendiri. jadi kalau breastpump elektrik pun boleh pakai dan pump ditempat sendiri. xmemerlukan bateri pun kalau nak pump di office. lagipun awal2 nak cakap dengan bos dan semua colleagues, i nak breastfeed my child.. please give support and respect..

3. mungkin kami tak memerlukan sesi pumping dalam kereta sebab jauh manalah sangat rumah parents saya.. kat KL je pun.. kampung husband pulak makan masa 1 jam setengah perjalanan.. xde maknanya nak pump dalam kereta. direct breastfeed je.

lastly, atas restu suami (hamboi, nak restu2 kan? tapi org nak beranak ni, redha suami adalah 'selusuh' yang utama) & recommendation dari kakak ipar, kami beli yang ini:

Spectra 3 =)

sebab kakak ipar ada pengalaman pakai breastpump ni. so anything happen, mcm nak service ke, ape ke, boleh tanya dia..ok, sebenarnya a few weeks ago dah pergi pun rumah dia angkut breastpump ni, mintak dia ajar cara guna (semangat x?)

setakat ni storage bottles beli 10 pcs je dulu. 50pcs pakai storage plastic je. nak tgk dulu mana yg convenient dengan cara hidup kami nanti. sbb lain orang, lain cara hidupkan. ada yg selesa pakai semua bottles, ada yg selesa pakai plastic sbb jimat ruang.. so, we'll wait and see..

Nursing bra pulak, beli beberapa helai. ramai kata better beli 1 size bigger dengan size kita pakai sekarang. nursing pad, setakat ni semuanya beli yg washable.. belum beli yg disposable.. tgklah mana yg sesuai dengan diri nanti..

Sterilizer dengan warmer pun dah beli. ada je yg rasa sterilizer macam xpenting sebab boleh je rebus botol2 susu tu dalam periuk mcm mak2 dulu buat. tapi saya rasa penting sebab nanti EBM saya akan simpan dalam peti ais yg sama dengan peti ais harian kami. jadi botol2 storage mmg terdedah dengan bahan makanan yang lain. husband kata kene tengok hasil stok susu dulu.. kalau memberansangkan, baru dia akan consider beli deep freezer..

Comel tak tok abah Little Caliph? abah saya bagi hadiah buku ni. katanya ni sebagai tanda beliau support usaha murni kami nak susukan cucu dia.. terima kasih abah..

Rasanya itu sajalah persiapan untuk perjalanan breastfeeding Little Caliph nanti.. nanti dah ada pengalaman, saya share lagi ye.. mohon doa kalian agar kami dimurahkan rezeki untuk menyusukan Little Caliph nanti..

terima kasih=)

07 November 2012

pengalaman bersalin part 1

salam..

nk tulis pengalaman bersalin tp xpandai pulak nk elaborate..rsnye lg senang kot tulis ikut kronologi.

Selasa, 4 Sept 2012

Suami isteri cuti sebab ada check up di Columbia dgn Dr. Norshida.. minggu sebelum tu, check dgn Dr. Nasuha sbb Dr. Norshida pergi umrah.. scan baby, berat baby dh jadi 3.6kg.. estimated je tu plus minus 500g.rupanya dlm rekod, Dr. nasuha dah letak KIV for induction of labor.. Dr. Norshida check, baby dh engaged cuma xde opening je lg. ok, 1st time kene seluk!

bile dktor kata nk seluk, terus seram.. sebab baca dlm blog2 sebelum ni, majoriti kata sakit.. tp alhamdulillah, bg sy xsakit sangat.. mungkin sbb ms treatment dulu, saya dah biasa kot kene trans vaginal scan. bg sesiapa yg biasa buat pap smear setiap thn pun mungkin akn rs seluk tu xla sakit sgt. mungkin jugak sbb dr. norshida ni pro, so dia buat sgt soft..

esok kul 8 pg dtg masuk wad. kita induce. doktor xnk tunggu lama coz baby already 3.6kg.. besar utk saiz bdn fatiha.. klu tunggu, tkt lg besar, nnt terpaksa czer.. lgpun baby dh engaged.. dah matured.. just kita induce utk bg pintu rahim bukak..

gulp!

ok? boleh x admit  wad esok?

silent

doktor isi borang ni, esok admit wad kul 8 pg..

induce tu mcm mane doktor?

doktor masukkan ubt melalui vagina utk bukk pintu rahim. klu pintu rahim dh bkk 3cm, doktor drip bg ubt utk cptkan lg contraction. tp klu lepas 6 jam ubt msk but pintu rahim stil xbkk, doktor masukkan lg ubt smpai 3x.. klu xbkk smpai 3cm, kite terpaksa c-sec.. doktor jangka paling awal fariha blh bersalin eso ataupun pg khamis.. kite tgk progress..

mcm mne nk bg pintu rahim cpt bkk? kne byk berjln ke?

doktor senyum je dlu before jawab mcm ni,

sebenarnya, xde kajian membuktikan pintu rahim cepat bukk klu byk berjalan.. xpe, blk rumh dulu, rehat byk2.. esok dtg msk wad ye..

keluar bilik doktor, dh ptg.. almost 4.30pm.. husband kelam kabut call office dia utk selesaikan beberapa urusan.. saya pulak just sms bos n kwn2 office.. kerja sy mmg hr2 sy update n tinggalkan notes ats meja supaya senang Dr. tini follow-up.

blk trs pergi rumah ibu bgtau.. lps mghrib, terus lepak kt pizza hut.. konon2 dating kali terakhir berdua sebelum kendung anak nnt.. selera mkn mmg dh out sikit.. risau nk hadap esok hari.. tp husband keep giving support n pujuk mkn supaya bdn sentiasa ada energy.. maklumla, ramai org pesan sblm g hospital mkn byk2 for energy..

gambar terakhir sebelum bergelar ayah. semasa tunggu nk jumpa doktor.

Malam tu, husband suruh tidur.. alhamdulillah, walaupun risau nak hadap hari esoknya, saya tetap tidur lena.. hehehe..

continue part 2.. the next day..




01 November 2012

petua hilangkan selseme baby

salam

tengah pumping masa taip post ni pukul 1 pg.. 

baby zahin selseme.. start dr isnin lps. suspected berjangkit from his cousin masa raya haji di kampung. cousin dia selseme agak teruk.. dok bersin2 tgk upin ipin sebelah zahin tido.

kesian pulak nk bagi zahin mkn ubt selseme. baby kecik tu, baru 54 hr. mlm td baby zahin xleh tdo.. xselesa hidung dia..

sangat kesian.. lagi kesian kene ddk dgn ibu dia yg dh pening2 lalat n sakit gigi.. kurang kalsium mungkin.. 

ibu saya bagi petua.. sruh sapu kunyit hidup kt batang hidung zahin. dari bawah ke atas.. jgn sapu dari atas ke bawah plk.. xjd nnt.. dh sapu kunyit kenelah bedung.. klu x, hbs mitten kotor kene kunyit.. style zahin tdo suka gosok2 muka.. so klu bedung, xleh gosok muka..

alhamdulillah berkurang.. mlm ni dia lena.. tu sbb ibu dpt pump smbil buat post pendek ni.. ok, susu dh penuh.. alhamdulillah, blh tido!