Pages

30 January 2013

pengalaman bersalin part..

Salam..

Yeay!! finally dapat habiskan jugak cerita pengalaman bersalin setelah lama terperap dalam draft.
semoga Ziyad dapat baca segala coretan dalam blog tu.

perancangan saya, InsyaAllah, saya akan jadikan blog itu sebuah buku untuk Ziyad.
saya akan cetak. jadikan buku & delete blog tersebut.
Kenangan dari ibu untuk Ziyad.

InsyaAllah..


21 January 2013

yup! carseat adalah 1 keperluan..

Salam

Ingat post lama saya pasal hal ini?

Jawapan bagi stroller & car seat setakat ini adalah PERLU!
just baby cot je masih xnmpk keperluannya utk ziyad.

2 minggu lepas, husband berjaya beli carseat utk ziyad setelah tertangguh2 sejak sekian lama disebabkan kesibukan yg melanda ibu & ayah ziyad. xsempat nak survey model ape yg bagus utk ziyad.
pergi kedai, selalu pulang dengan tangan kosong sbb tak tahu nak decide (-_-")

mungkin sbb xjumpa promoter/salesperson yg bagus, tu yg xleh nak decide.. semua pun xreti nak explain product sendiri, so saya xdelah keyakinan nak beli..  last2 husband pergi seorang je. saya pantau dari jauh melalui whats app di office. ok, sila jgn salahkan saya sbb kerja menimbun jadi kene ke office jugak. hihihi.. pergi 3 buah kedai.. tiap kali pun ambik gambar.. lepas ambik, whats app kat saya & call saya baru explain ape yg promoter explained.

bertindak cepat sbb mmg agak susah jika saya or husband nk drive. lepas ni bolehlah drive seorang diri sambil bawak ziyad=) zaman sekarang ni dah xhairan suami/isteri drive sendiri2.. jarang sgt nak jumpa family muda baya2 kita ni yg wife xreti drive. apatah lagi wife yg ada lesen tapi jadikan 'hiasan' dalam purse saja. mungkin ada la wife yg mcm tu sbb belum ada keyakinan or takut nak drive. tapi jaranglah.. sekarang ni.. semua wife2 dah berani tau!.. dah jadi superwomen gitu!..hihihi.. tu yg carseat ni dah jadi keperluan jugak.

salah satu gambar yg di hantar husband masa proses membeli.. xkanlah nk upload semua gambar yg husband whats app..isk..rasanya ni kat one baby world..

last2 inilah carseat bertuah yg menjadi pilihan kami. sesuai untuk infant hingga 18kg (appoximate 4years old toddler) kalau anak dah besar, dah toddler, boleh cabut lapis yg pertama tu..

dalam post yg lama tu, saya ada kata nak beli yg boleh attach dgn stroller kan?
ok, itu namanya travel system & yg attached dengan stroller tu bukan carseat namanya, tu namanya carrier.
kalau tgk, carrier biasanya ada pemegang macam bakul tu. some carrier boleh jadi rocker.

ikut pemahaman saya, carrier xleh pakai lama. just untuk infant, sesuailah. sedangkan keperluan kami lebih kepada carseat.sbb kalau boleh nak pakai lama sikit.

1st time ziyad duduk dalam carseat. waktu malam. otw balik kampung ayah utk kenduri aqiqah sepupu ziyad. 

reaksi ziyad? dia duduk diam. sambil pegang tangan saya. bila kereta gerak, makin kuat genggaman tangan dia.. gayat mungkin. 1st time tu saya biasakan dia dulu.. xpakaikan pun seat belt.. lama2 ziyad tertidur! hihihi.. sampailah depan umah atuk, baru bangun!

sampai sekarang, tiap kali duduk dalam carseat ni, mesti tertido dengan lenanya=) nmpknya carseat ni lebih comfy utk ziyad tidur.

semalam husband kata pilihan carseat ni adalah tepat sbb ziyad macam suka duduk dalam tu.. tiap kali ddk, mesti tidur. sbb semalam kami ke JJ. perjalanan xsampai 5 minit dari rumah pun ziyad boleh tidur.. last2 saya seorang masuk jj, husband teman ziyad tidur dalam kereta.

husband kata nanti ziyad dh besar sikit, boleh simpan carseat tu. saya pulak kata, saya mahu fully utilized kan  carseat tu.. kalau boleh sampai ziyad 4 tahun! tapi husband kata comfirm ziyad xnak.. budak2 mane boleh ddk diam dlm kereta. maka, saya pun kata

"boleh ddk diam kalau ajar dari kecik.. kalau dari kecik kita latih dia duduk properly dalam kereta, insyaAllah, dia boleh faham yg dalam kereta kene duduk diam. kereta adalah kereta, bukan taman permainan yg boleh panjat sana sini, usik sana sini"

husband diam.. ok, ai dah cakap awal2, ai mmg garang sikit eh, bukan garang, tapiu tegas..=)

17 January 2013

tips melahirkan anak soleh

Salam

imam muda in making.. InsyaAllah..
-sesi mengukur kepala untuk kopiah air tangan ibu Ziyad-

(tajuk entri mmg nak gempak je, padahal xde kaitan dengan isi kandungan entri kali ini. saya juga seperti kamu, sedang berusaha mencorakkan kanvas hidup Ahmad Zahin Ziyad, zuriat yg Allah pinjamkan, untuk dijadikan anak soleh.. InsyaAllah.. kita sama2 berusaha)

15 January 2013

Ameda Lactaline Dual Breastpump : the review

Salam

Yup! review Ameda lactaline breastpump.

Sebesar mana breastpump ni? tgk gambar. kecil sikit dari kotak tisu.
Berat? Berat dari Medela FS, tapi ringan dari Spectra 3.

Sila jgn terpedaya dengan saiz beg biru. kalau tgk beg biru, nmpk mcm sama besar dengan kotak tisu. tengok bahagian breastpump je cukup. oh, beg biru tu bukan dari ameda.

Taraaa... beg biru ialah cooler beg free dari 100Plus.

Ini corong Ameda yg standard 25mm. kat atas tu adalah diaphagram yg membezakan closed system dengan open system. kalau tengok video post yang lepas (Breastpump: Ameda Lactaline Dual Breastpump? tak fofular pun) boleh tahu yg diaphagram ni boleh menghalang susu dari masuk ke tiub & merosakkan motor. kira no backflow la..

ini pulak ialah membrane dia. kalau tengok parts Ameda ni, memang senang cuci.. xde lubang kecik2.. semuanya sedang elok je utk dicuci pakai berus botol yg kecik tu.

ini sambungan lengkap dengan botol storage. bottle wide neck mcm avent mmg xmuatlah kalau nak direct masuk. tapi muat utk masuk storage bottles Autumz. try kat storage botol Medela (dari Medela harmony saya) mmg xboleh. longgar. nasib xbeli storage botol medela banyak. kalau x, leceh nak transfer2.. ni lepas pump, boleh terus ttp botol & simpan dalam peti sejuk office.. balik rumah baru kita rearrange balik ikut keperluan anak minum 4oz per session. jimat sikit masa di office.

ini penutup diaphargram td yg bersambung dengan motor pump melalui tiub mcm biasa.

ini gambar hari pertama pumping dengan Ameda di office.

dah siap pasang semua, bolehlah start sesi pumping. kalau tgk, Ameda boleh laraskan suction dan speed.
masa baru nak start pumping, biasanya saya pakai speed paling maksimum untuk initiate LDR. bila dah LDR, baru tukar speed kepada yg sederhana ikut keselesaan. utk suction pulak, biasanya saya guna yg sedap2 saja.. xnaklah terlalu kuat or terlalu lembut.. mana yg selesa.

Alhamdulillah, harap Ameda dapat berbakti kepada saya dengan lebih lama & xbanyak kerenah.

=)




12 January 2013

Rumah Kedua

Salam

Kami sedang mencari rumah kedua.
Kali ni budget nak beli rumah flat saja.

kalau2 ada sesiapa tahu ada rumah flat untuk dijual, inform, boleh?
area Pandan, Ampang, KL.

TQ.

~ sedang gigih cari online jugak..

11 January 2013

Breastfeeding : Ameda Lactaline Dual Breastpump? tak fofular pun..

Salam

As mentioned before, 1st breast pump saya beli masa kandungan baru nak masuk 5 bulan. beli spectra 3. Tapi pakai xlama sbb sakit. xsesuai dengan badan saya kot. saya beli Medela Harmony & sampai sekarang masih dengan Harmony without any electric breast pump. dan Spectra 3 dah selamat dijual.

after lebih sebulan masuk kerja, manual breast pump is not a good choice lebih2 lagi kalau nature of work yg sibuk dan perlu kerja in door and out door macam saya.. time consuming!.. elok pakai elektric/battery operated breast pump.. tapi double pumping la.. kalau single pumping, sama je masa pakai manual.

rutin mengepam saya di office adalah setiap pukul 11 pagi, 2 petang & 5.30 petang. office hours 9am-6pm. biasa kat office saya memang setkan time 15minit for each breast. setiap kali sesi pumping, saya akan kunci pintu bilik. officemate semua dah faham.. kalau pintu bilik tertutup, maknanya tgh proses susu la tu. sbb biasanya pintu bilik memang bukak.. senang orang keluar masuk.

all these while, saya memang aimed nak Medela FS.. kalau ikut post saya pasal breastfeeding, rasanya kamu pun tahu kan? hihihi.. suka sebab battery operated. selain good review pasal suction yg lembut, senang & mudah. mmg xpernah nampak bad review/comment pasal FS. Kemudian saya sibuklah search sana sini untuk tahu lebih lanjut terutama pasal warranty tu.

masa majlis adik tu, had a chance utk borak2 dengan cousin. cousin sy seorang doktor & pengguna FS.. saja nak tanya lagi pendapat. dia suggest saya pakai Ameda. 

so, saya start goggle pasal ameda. and saya terjumpa dengan artikel ini!



baru tahu breast pump ada 2 systems. and baru tahu beza 2 systems tu. and the most important thing is, saya dah x berminat dengan FS! hahaha..cinta beralih arah ke Ameda. lebih selamat, & lebih murah compared to FS.. My husband should be the most happiest person bila kata nak Ameda & harga lebih murah from FS! hihihi.. sebenarnya, dari riak muka dia, macam dah malas nak layan pasal breastpump ni.. tapi saya beria-ia nak sbb menjadi keperluan saya. alhamdulillah, murah rezeki saya. xperlu tunggu bonus, dapat jugak beli.

Yes!

Ameda lactaline dual breast pump in the house!
ni gambar sesi pertama pum di office pakai Ameda pada 26 Dec 2012 yg lalu.ambik gambar sebab nak whats app kat husband.. hahaha..
setakat ni masih berpuas hati. cuma saya perlu beli extra breastshield and flanges saiz 28.5mm.. sbb masa guna harmony pun saya tukar corong ke size L (27mm). baru lebih productive. dah order flanges and breastshield size lain utk ameda.. baru sampai semalam. belum berkesempatan nak sterilized.

Review would be on other post.. hihihi..

tapi saje nak bagi korang lagi jealous, sila tengok video ni..


hahaha..

maybe not as popular as medela FS, but as long as i know this is the best breastpump for me,
itu lebih baik!
=)

09 January 2013

Anak : Lelaki vs Perempuan

Salam

Sumber : Lupa dah!

Saya save gambar ni walaupun masa tu saya belum pregnant & tengah bergelut dengan treatment di Az-zahrah.. tapi xsalah kalau kita simpan untuk buat panduan dimasa akan datang sebab rezeki Allah, kita tak tahu bila..

kanvas putih.. terpulanglah nak corakkan macam mana pun..

08 January 2013

Panggilan dari anak

Salam

Meneliti balik post2 lama


rupanya saya pernah tulis yg saya mahu dipanggil ibu oleh anak2 saya.
harapnya ziyad boleh pronounce 'ibu' dengan baik

sebab anak buah saya, diajar panggil mak dia 'ibu',
tapi dia tetap sebut 'Ma'
so, sekarang dah panggil 'Ma'

07 January 2013

Baby meragam sebab nama xsesuai?

Salam

Pernah dengar?

Dulu masa sekolah, pernah tengok birth cert kawan. ada akuan bersumpah kat belakang birth cert dia. akuan tukar nama. budak2,pelik. kepochi tanya member "eh, kenapa awak tukar nama?" "mak kite kata nama kite xbest tu sebab kite asyik nangis & sakit.. kenelah tukar nama.. pastu bapak kite kene angkat sumpah sebab nak tukar nama kite".

mungkin betul. nama tu panggilan kita. apa yg orang panggil, itu adalah doa untuk kita. tulah sebabnya kenapa lebih afdal kita panggil nama penuh dengan sebutan yang betul. barulah membawa makna yang mak bapak kita inginkan. bukan senang ok nak bagi nama kat anak (berdasarkan pengalaman sendiri)

mmg saya xnak nama anak lebih dari dua suku kata.. sbb nama saya ada 3 suku kata & kecenderungan orang nak singkatkan nama saya ke 2 suku kata, sangat tinggi. contoh fa-ti-ha (3 suku kata) membawa maksud 'Pembukaan'.. orang suka2 je panggil ti-ha (2 suku kata)..xtahu apa maksud (-_-")

Husband dah cakap awal2, untuk anak lelaki, dia nak ada nama Muhammad or Ahmad didepan. Katanya nanti kat padang masyar, Muhammad/Ahmad akan dipanggil dulu. saya pulak request nak nama Imtiyaz dibelakang nama setiap anak. dapat ilham masa pergi treatment kat Az-Zahrah ternampak nama ni. unique sbb menggabungkan nama saya & husband serta mempunyai maksud "pilihan". so, if baby boy, anak kami dah confirm2 nama Muhammad/Ahmad _____ Imtiyaz. Fikir2, panjang bebenar.

Bila scan, nampak boy. after lebih dari 3 kali scan nampak boy, memang boylah kot. so, standby nama boy. langsung xterfikir if tiba2 keluar girl, mmg xde nama lagi. hehehe..

one find day, saya bagitau husband, i'm so interested with 'Ziyad'.. memenuhi criteria saya. 2 suku kata & mempunyai maksud. the best part is 'Ziyad' and 'Yazid'(nama husband) adalah sama.. tukar susunan alphabet je.

"bestkan? dalam 'Ziyad' ada 'Yazid'"
"Ziyad Yazid"
"Muhammad Ziyad bin Mohamad Yazid"
"xnaklah. kita letak Ahmad Ziyad Mohamad Yazid"
"Ok"

so, family saya semua dah start panggil2 Ziyad eventho baby dalam perut lagi.

bila dah sarat, masih lagi belek2 buku nama2 yg ibu saya hadiahkan. actually nak get ready nama baby girl. just in case.. kot2 terkeluar gegirl. tapi memang berharap boboy la.. anak sulung lelaki,konon boleh jadi imam for adik2..InsyaAllah..

Still. xdapat cari nama perempuan. tah kenapa semua nama perempuan dalam buku tu xsedap bagi saya..hahaha..pengaruh hormon mungkin. boleh pulak terjatuh cinta dengan nama 'Zahin'.

"boleh x nak selit nama 'Zahin'?"
"xpanjang sangat ke nanti nama dia?"
"panjang"

malam sebelum husband pergi JPN untuk register, husband tanya lagi.

"confirm ye Ahmad Ziyad"
"Ahmad Zahin Ziyad, boleh?"

Yeayy.. finally dapat Ahmad Zahin Ziyad!

After registered, kami umumkan kat family nama anak kami ialah Ahmad Zahin Ziyad.

Yup! 1st reaction, 'kenapa panjang sangat?'

Ibu saya suka dengan nama Zahin. Jarang nama Zahin katanya. lagipun nama Ziyad agak famous dikalangan saudara mara kami. sepupu saya punya anak dah ada 3 orang nama Ziyad. Ziyad Iman, Thouriq Ziyad, Ziyad Zuhayr. Ziyad..Ziyad..& Ziyad.. so, ibu cadangkan panggil Zahin.

Kalau refer previous post pun, mmg saya panggil Zahin.

Mungkin kebetulan kot. masa dalam pantang, Ziyad susah nak tidur malam.. dia xnangis. Alhamdulillah, dia mmg jarang nangis. tapi dia akan berjaga start pukul 3 pagi lepas minum susu sampai next session pukul 5 pagi!.. bila dia xtidur, saya & ibu pun xdapat nak tidur.. risau kan.. pangku, tepuk2, dodoi2 pun xjalan.. terkebil2 dia tengok kita. masa nilah saya ambik kesempatan buat power pumping. Ya, saya start amalkan power pumping since dalam pantang. Alhamdulillah, wujud kesedaran dari awal utk banyakkan susu badan berdasarkan konsep demand n supply.

lepas bercukur, ziyad demam. kulit kepala naik ruam. kesian tengok dia.

tah macam mane, 1 hari tu ibu kata tukar panggil Ziyad instead of Zahin.

kata ibu, dari dalam perut dah panggil Ziyad. tiba2 bila lahir, panggil Zahin. tah2 baby ni confused. hihihi.. ada ke baby dalam pantang dah faham? takpelah, kami pun tukarlah panggi Ziyad.

Alhamdulillah, Ziyad mmg xbanyak ragam. tidur malam kami lena sekali. kalau ziyad jaga pun utk minum susu je.. tu pun dia xnangis.. just tendang2 badan saya je.

Mungkin kebetulan je kot. dan ziyad sangat rapat dengan ayah dia. mungkin sebab maksud nama mereka adalah sama. 

Ziyad & Yazid bermaksud Yang bertambah/pertambahan.

Kebetulan atau suratan : rabu lepas, adik saya tunjuk gambar surat beranak anak kawan dia yg masa tu baru 9 hari lahir. tertera nama Muhammad Ziyad Zahin! APAKAH?!