Pages

15 January 2013

Ameda Lactaline Dual Breastpump : the review

Salam

Yup! review Ameda lactaline breastpump.

Sebesar mana breastpump ni? tgk gambar. kecil sikit dari kotak tisu.
Berat? Berat dari Medela FS, tapi ringan dari Spectra 3.

Sila jgn terpedaya dengan saiz beg biru. kalau tgk beg biru, nmpk mcm sama besar dengan kotak tisu. tengok bahagian breastpump je cukup. oh, beg biru tu bukan dari ameda.

Taraaa... beg biru ialah cooler beg free dari 100Plus.

Ini corong Ameda yg standard 25mm. kat atas tu adalah diaphagram yg membezakan closed system dengan open system. kalau tengok video post yang lepas (Breastpump: Ameda Lactaline Dual Breastpump? tak fofular pun) boleh tahu yg diaphagram ni boleh menghalang susu dari masuk ke tiub & merosakkan motor. kira no backflow la..

ini pulak ialah membrane dia. kalau tengok parts Ameda ni, memang senang cuci.. xde lubang kecik2.. semuanya sedang elok je utk dicuci pakai berus botol yg kecik tu.

ini sambungan lengkap dengan botol storage. bottle wide neck mcm avent mmg xmuatlah kalau nak direct masuk. tapi muat utk masuk storage bottles Autumz. try kat storage botol Medela (dari Medela harmony saya) mmg xboleh. longgar. nasib xbeli storage botol medela banyak. kalau x, leceh nak transfer2.. ni lepas pump, boleh terus ttp botol & simpan dalam peti sejuk office.. balik rumah baru kita rearrange balik ikut keperluan anak minum 4oz per session. jimat sikit masa di office.

ini penutup diaphargram td yg bersambung dengan motor pump melalui tiub mcm biasa.

ini gambar hari pertama pumping dengan Ameda di office.

dah siap pasang semua, bolehlah start sesi pumping. kalau tgk, Ameda boleh laraskan suction dan speed.
masa baru nak start pumping, biasanya saya pakai speed paling maksimum untuk initiate LDR. bila dah LDR, baru tukar speed kepada yg sederhana ikut keselesaan. utk suction pulak, biasanya saya guna yg sedap2 saja.. xnaklah terlalu kuat or terlalu lembut.. mana yg selesa.

Alhamdulillah, harap Ameda dapat berbakti kepada saya dengan lebih lama & xbanyak kerenah.

=)




2 comments:

  1. Salam sis, nak tanya pump ni jenis silent ke? So far guna ada mslh x..? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      Nak kata betul2 senyap, xla.. ada bunyi jugak.. tapi alhamdulillah, setakat ni takde masalah. saya pakai sampai anak umur 1 tahun 7 bulan tak pernah ada masalah motor rosak or backflow sblm stop pumping sbb pregnant aritu..

      Delete