Pages

25 April 2013

TTC #3 : macam mana mahu cari gynae?

Salam

Masa kami decided mahu dapatkan rawatan, kami memang blur.. semuanya main redah je. memang knowledge and info nearly to zero! hihihi... dengan hanya berbekalkan hasil carian dari google, saya decide utk pergi private hospital. dapat je persetujuan dari husband, terus laju saya mendail Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah.

sebab, saya pernah dengar ibu saya bercerita dengan makngah saya pasal kakak sepupu saya (ibu Al-Fatih) yg tengah consult dengan gynae from Az-Zahrah. jadi saya terus search website Az-Zahrah utk ambik no phone.

saya terus je cakap saya nak buat rawatan kesuburan & operator tu sambungkan ke bahagian O&G. lepas tu saya pun cakap yg saya nak buat rawatan kesuburan utk dapat baby sbb dah setahun lebih kawin tapi belum pregnant. nurse terus tanya saya mahu gynae mana. saya blur. siap tanya "boleh pilih ke?". nurse gelak. dia bagitau ada 2 gynae kat sana. saya tanya lagi "doktor perempuan ke?" "iye Puan. kami sediakan doktor muslimah sahaja utk kes begini". boleh pulak lupa ye, dah terang2 Pusat Rawatan ISLAM.. hihihi..

saya mmg x survey langsung pasal gynae yg ada. maksudnya tahu background doranglah. kalau sebut nama Dr. Hamid Arshad, mmg dah terkenal dalam bidang ni. orang lama. jadi, saya pilih gynae mana yg boleh saya buat appointment paling awal. makanya, saya pilih Dr. Fazlina.

...........................................................

macam tu lah pengalaman saya mendapatkan gynae. itu apa yg saya lalui berbekalkan info yg sangat sedikit. so, berdasarkan pengalaman, saya ingin kongsikan beberapa tips atau perkara yg boleh di'improve'kan dalam memilih gynae.

1. kalau boleh, pilihlah yg dekat. yang senang untuk berulang alik. sbb pergi bukan sekali dua. tiap2 cycle period kene 2-3 kali utk pantau perkembangan kita.

sbb saya xde pengalaman & xde sesiapa utk dijadikan rujukan, saya main redah je pergi ke Az-Zahrah nun jauh kat Bangi tu. padahal ada je gynae yg lebih dekat.

2. kalau boleh, pilihlah gynae yg korang selesa. sbb nnt gynae tu dah kira bff dah.. silap2 jumpa gynae lagi kerap dari jumpa bff kita.

3. kalau boleh, pilihlah yg 'mesra' poket.. supaya x stress.. hihihi.. stress adalah musuh utama dalam TTC.

4. pasal gynae lelaki or perempuan, muslim or non-muslim tu, terpulang pada pilihan masing2. tapi saya pernah terbaca urutan keutamaan dalam memilih doktor berdasarkan syariat Islam sperti berikut:

1. Doktor perempuan Islam
2. Doktor perempuan bukan Islam
3. Doktor lelaki Islam
4. Doktor lelaki bukan Islam.

Wallahu'alam.

1 comment:

  1. alhamdulillah.. eloknya macam tu kan? kita pun lebih selesa. Saya di KL, suka dengan Al Islam Specialist Center atau dulu nama Kg BAru Medical Center (KBMC). Harga sangat berpatutan, Dr sangat berpengalaman.

    ReplyDelete