Pages

17 July 2013

blogger ni memang suka berlagak kan?

benda paling lama ambik masa nk tulis.

Adik perempuan saya yang bongsu pernah cakap kat saya. actually, dah lama gile dia tegur saya pasal benda ni.

"adik tak faham. blog tu sebenarnya ape? diari ke? buku online rujukan ke?"

"bergantung kat tuan blog la.. kalau dia rasa nak jadikan diari, so, ape yg dia buat, ape yg dia makan, mana dia pergi, semua dia tulislah"

"tapi kebanyakkan blog yg adik selalu jumpa jenis yg diari ni, kalau betul nak jadikan diari, kenapa dorang mcm xjujur je.."

"xjujur?"

"aah.. akak xperasan ke, kalau dia makan tempat yg best, mcm restoran mahal2, baru dia letak dalam blog. makan warung tepi jalan, xmasuk blog pun? atau dia g shopping beli handbag mahal, or jam mahal, baru masuk blog.. beli selipar jamban kat pasar malam, kenapa xmasuk blog?"

"ala, xkan semua nak masuk blog.. over la"

"so, hanya yg best2 je la masukkan dalam blog? tak takut ke jadi riak? bila kita bahagia, senang, dimurahkan rezeki, kita tunjuk pada 1 dunia. hakikat kehidupan sebenar kita dari sisi yg kurang kita suka, sisi yg kurang bahagia, kita simpan elok ke tepi.."

...............................................

hari tu, adik ipar meluahkan perasaan. we had a talk about her preparation untuk bersalin nanti. about the tips & experiences of other peoples.

"akak, sorry to say ye..saya selalu blog hopping..kadang2 saya rasa ada sesetengah blogger tu selalu rasa ape yg dia buat tu adalah "The Best". orang lain buat semua salah."

"nasib baik you choose the correct word. as you said, sesetengah blogger. so, akak xkecik hati.."

hahahahaha...

....................................................

So, saya tukarkan nama blog ini kepada "Bukan Diari". sekadar utk peringatan buat diri saya sendiri supaya kalau boleh, elakkan dari jadikan blog ni mcm diari. sebenarnya, mmg saya xnak terjebak dengan penulisan mcm diari ni. mmg niat asal dulu waktu awal2 tulis blog ni sbb nak share pengalaman uruskan majlis kawin sendiri sbb kebanyakkan sumber rujukan masa tu, semua majlis kawin grand2.. sedangkan saya orang biasa je, majlis biasa2.. jadi saya rasa nak share pengalaman majlis kawin mampu milik. hihihi..

Entri pertama blog ni pun saya dah cakap awal2 tujuan tulis blog ni. yup, saya ada 1 blog yg saya buat macam diari. makan best? update. beli barang mahal? update. pergi bercuti? update. tapi dah lama saya privatekan bila tersedar blog tu akan mengundang perasaan negative pada sesiapa yg xkenal saya lebih dekat. jadi sy privatekan blog tu hanya utk tatapan sepupu2 & saudara mara terdekat saya yg sama2 menulis blog. salah satu cara keluarga besar kami keep in touch selain dari medium telefon, fb, whats app & twitter. instagram juga! hahaha..

sbb dgn blog mcm diari tu, tgk sepupu g holiday, terus whats app, 

"hoi, best bercuti. hotel tu mahal x? brape?"

atau sepupu beli barang best,

"mak ai~~ puan sri skrg.. aku pernah tgk kat 1 kedai ni, boleh dapat murah sikit dari yg ko bli"
"apasal x inform?"
"dah ko tak tanya..hahahah"

macam tu lah.. dgn saudara mara sendiri, xdelah sampai terasa dia sedang membanggakan diri kan? 

tapi apape pun, marilah kita berblogging dengan cara yg sihat. 

tak yahla kita bc blog officemate pasal dia beli kereta baru, kita pun sibuklah nak jugak kereta baru. kalau xmampu, kita tulislah blog pasal kenkonon kita sayang sgt dgn kereta lama kite tu. defensive dengan diri sendiri padahal xde sape kisah pun kalau kita beli kereta ke tak..hahaha..

lepas tu, kepada pembaca2 blog, please be open minded sikit..

kalau kau baca blog tu, asyik tulis pasal perkembangan anak, perkembangan hiasan rumah (ehem..rujuk diri sendiri leteww) jgnlah kau nak berfikiran ortodoks sgt pergi serang penulis blog cakap dia riak or menunjuk2. lagi 'sakit jiwa' kalau kau rajin sangat buat counter entri. haih~~

cuba baca dari sudut positif sikit. mungkin cara ko didik anak, cara A. lepas tu, jumpa blog didik anak cara B. xyah cepat melatah nak cakap cara B tu over. lebih baik, duduk diam2, fikir dalam2.. mungkin kau boleh gabungkan cara A (cara kau) dengan cara B maka terhasillah cara C, yg mungkin sangat superb utk perkembangan anak kau.

atau pun, kau hias rumah pakai perabot murah je. lepas tu jumpa blog hias rumah cantik pakai perabot mahal. xyahlah nak melatah "bolehlah hias rumah cantik. dia kaya. perabot semua mahal2". ini dah tunjukkan yg sebenarnya kau jealous. dari buang masa & stress menjealouskan diri tgk hidup orang lain, baik gunakan masa tu utk fikirkan cara terbaik supaya perabot murah kau tu boleh nampak macam mahal dengan sedikit sentuhan lain.

senang, kan?

ada lagi sebab kenapa tukar nama kepada "Bukan Diari". tak lain tak bukan sbb nak ingatkan diri sendiri supaya menulis sesuatu yg boleh dimanfaatkan pada orang. contoh macam tips ke, petua ke, or ilmu yg kita tahu. bukan nak tunjuk pandai. tp sekadar berkongsi.

seronok sangat baca blog2 yg secara tak langsung berdakwah. adalah beberapa blog yg saya suka baca sbb boleh menambahkan pengetahuan terutama tentang ilmu agama. mungkin 1 hari nanti, saya juga mampu utk menulis blog yg mcm tu.sapa tahu, kan? tapi, iyalah. nak menulis ni, perlu ilmu. dan nak dapatkan ilmu tu, perlulah banyak membaca & bertanya pada yg pakar.

Jom, blogging cara sihat!

6 comments:

  1. sekadar pendapat,ada jgk yg sy jumpa realiti xsama langsung dengan blog..dalam blog bercerita mcm diri tu terlamapau perfect,tp bila tgk luaran diri sendiri pun xboleh nak urus...lagi pening...mcm mana nak tunjuk teladan kpd pembaca2..dan ada jgk kdg2 komen2 penulis blog ni kdg2 menghina org lain wlaupun xnyatakan nama..(mungkin berbeza pendapat,tp jgn la sampai menghina terutama berkaitan dgn keluarga/anak)..mgkn sstgh pembaca wlaupun dia xde blog tp tiba2 terbaca komen2 tu agaknya ape perasan diorng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius?!

      maka, sebagai pembaca, jomlah kita berfikiran positif. mungkin masa dia tulis blog tu, dia sedang menulis 'fairy tales'.. hihihihi...

      Delete
  2. hehehe...hanya bloggers sahaja yang memahami bloggers...peace...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebanyakkan masa, yes!. tapi ada jugak blogger dengan blogger 'bercakaran'.. ni jenis yg rajin buat counter entry..

      Delete
  3. kita bloggers semua kawan tak mau lawan...tak tahulah kalau yang terlebih femes tu...mungkin berlagak kot...

    ReplyDelete
  4. masing-masing punya pendirian dan tanggapan terhadap dunia blog terpulang. terpikir jugak kadang2 blogger ni xjujur sebab kedai mhl2 tulis g kedai mamak taknak ckp sbb tkut jatuh standard pada mila pulak kalau kedai tu makanan sedap dan best kenalah promote supaya org tau kewujudan kedai tu. tapi depend pada org, tujuan apa dia nak up cete2 mcm tu.nak menunjuk dan riak tu dah salah konsep tpi kalau sekadar berkongsi tak salah rasanya. Yang mana betul dan oke kita ambil yang salah dan tak betul tu kita abaikan. Kalau disudut positif blog ni banyak bagi ilmu pengetahuan sebenarnya.

    ReplyDelete