Pages

15 May 2014

Proses kenalkan susu formula untuk Ziyad

Sebenarnya, saya dah mula mencari susu formula yang sesuai untuk Ziyad sejak beberapa bulan lepas.
Kenapa?

Sebab selain bekalan EBM yang dah tahap pump hari ini utk esok, saya juga tak mahu Ziyad kekurangan susu atau hilang rasa 'suka/minat' minum susu. Tak tahu kenapa. Tapi kalau boleh, saya nak anak-anak saya terlatih mengamalkan minum susu sampai ke besar. Saya taknak anak-anak jadi orang yg tak minum susu atau tak suka susu. Jadi, saya tak mahu terlalu berkeras bertahan taknak bagi formula milk semata-mata sebab nak mempertahankan 'penyusuan lengkap sehingga 2 tahun'.

Mungkin, saya berpegang kepada 'penyusuan lengkap sehingga 2 tahun', JIKA MAMPU. Maksudnya, saya perlu berusaha sehabis mungkin dulu dan jika ditakdirkan rezeki saya sampai takat itu, maka saya redha. Susu ibu ni juga bergantung pada rezeki. Saya percaya tu. Besides, sebelum ni pun saya dah tegaskan susu ibu adalah susu terbaik, tapi susu formula juga bukanlah racun sampai perlu dimusuhi.

Sebab lain juga ialah, umur dah nak masuk 30an tahun ni! kene speed-up sikit berusaha nak tambah anak!

hihihi..

THE PROCESS

Jadi, untuk permulaan, saya ambil sample dulu. Tapi biasanya sample dapat 2-3 sachet saja. Cukup untuk test Ziyad suka x taste susu tu tapi tak cukup utk tengok side effect/ tindak balas badan Ziyad terhadap susu tu.

Mula-mula, saya belikan susu Dutch Lady. Atas nasihat ibu saya. Sebab Ziyad banyak ikut saya masa kecik dari segi alahan kulit. Masa kecik dulu saya minum Dutch Lady. Zaman 80an mane ada banyak choices susu mcm sekarang. Lagipun, Dutch Lady senang dapat dan harga lebih berpatutan. Ibu kata, "mula-mula takyah ajar yang mahal2 dulu. Nanti terbiasa, yg murah tak pandang. Tak semestinya yg murah tu tak elok" ayat keramat ibu saya=)

Saya beli pek kecik. Mmg Ziyad refused. Banyak kali cuba. Rasanya setengah bulan jugaklah. Tapi masa tu mungkin tak cukup 'firm'. Bila Ziyad reject xhabiskan susu, dia masih dapat EBM. 


Disebabkan selalu tak habis dan membazir je, maka saya tukar susu lain. Friso Gold. Sebab dulu, susu yg recommended by hospital masa Ziyad lahir dulu ialah Frisolac. Adik beradiklah dengan Friso Gold ni. Tapi sebab saya pilih utk breastfeed, jadi hospital bagi setin baru bawak balik rumah.

Wah..dengan Friso, berdesup je sekali minum dah habis. Tapi susu ni mungkin taste tekak Ziyad tapi bukan taste badan Ziyad. Ziyad susah berak. Sembelit dan akhirnya demam. So, berbalik kepada EBM balik.


Lepas tu, Klinik Idzham dekat rumah saya ada display kotak kecil susu Anmum. terletak elok je kat kaunter pendaftaran xde orang ambik. Rupanyanya tu sample free. Mmg letak kat situ utk patient/visitor klinik tu ambik tapi xde sape pun ambik. xtaulah kot orang xminat atau dorang ingat kene bayar, padahal free!

sejak tu, saya ambik je sample Anmum dari Klinik Idzham. mula2 sekotak dulu, ada 4 sachet dan Ziyad boleh terima taste susu tu. Then saya try lagi beberapa kotak utk tgk kesan pada Ziyad. Alhamdulillah, Ziyad seperti serasi dengan Anmum. Terus saya dan husband belikan setin besar Anmum stage 3.


Saya ada juga try bagi susu kambing kat Ziyad. Mula2 ingatkan nak bagi Karihome. Biasalah brand ni famouskan untuk susu kambing budak2. Saya tahu pasal Karihome pun sbb anak buah saya minum susu ni sebelum saya pregnantkan Ziyad lagi.

Tapi, bila belek2 Karihome, dia ada jenis2 jugak. ada untuk kanak2 dan orang dewasa. Then, saya dapat tahu melalui kawan saya, dia beri anak dia susu kambing brand Purenat. anak dia lactose intolerance dan ada eczema. Alhamdulillah, anak dia sesuai dengan susu ni dan the best part is, susu ni sesuai utk budak 1 tahun ke atas sampai dewasa. so, kawan saya ni share susu ni dengan anak dia.

wah, ini option yg bagus! in case Ziyad reject susu ni, saya boleh habiskan=) alternatif lain kepada susu Hi-Goat yang selama ni saya minum. dan, seperti yg dijangka, mmg Ziyad reject. so, mmg stick la Ziyad minum susu Anmum.

Minggu lepas, saya ambik keputusan utk stop pumping di office since ibu saya kata Ziyad selalu minum EBM tak habis. kadang2 nangis2 tak bagi ibu panaskan EBM. dia tarik tangan ibu tunjuk susu tin Anmum. Start Sabtu lepas, 10 May 2014, saya mula latih Ziyad minum susu formula sepenuhnya. Alhamdulillah, takde masalah. 

Masalahnya bila nak tidurkan dia waktu malam, dia masih request nak menyusu dengan saya. biasanya saya bagi dia minum susu formula dulu, kalau masih tak boleh tidur, baru saya bagi dia menyusu dengan saya. sekejap je terus tertidur. mungkin dia dah tak perlu sangat susu saya utk tidur. just dia mungkin masih perlukan rasa secure bila saya peluk dia ketika menyusu =')

tapi bila tengah malam, Ziyad takde masalah waktu minum susu diberi susu formula. dia minum je pgg botol susu sambil mata pejam=)

Mungkin ambil sedikit masa utk Ziyad boleh tidur dengan sendiri tanpa perlu menyusu dari saya. perlu sedikit lagi kesabaran. InsyaAllah.

2 comments:

  1. luth kalau sy ada kt rumh.. jgn harap dia nk isap botol..

    tp sy sehr keluar hospital dah bg susu formula.
    skrg 9buln pun masih menyusu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sekurang2nya masa keluar hospital, dah merasa susu formula, tapi luth masih nak susu ibu.. baguslah. kadang2 ada yg dah merasa susu formula, xmo dah susu ibu.

      Delete