18 July 2014

Ramadhan : Dilation & curettage (D&C) atau cuci rahim

Sebenarnya, saya sangat berdebar2 untuk jalani D&C. start google cari info masa bedrest seminggu tu. ada yang kata tak sakit sebab tak sedar apapa. tapi ada yg kata sakit contraction macam nak bersalin.

Memandangkan saya dah ada experience bersalin, jadi saya ingin kongsikan pengalaman D&C atau cuci rahim pulak. rentetan cerita macam mana & kenapa kena cuci rahim, boleh rujuk entri sebelum ni. kalau flashback lagi sekali, panjang berjela pulak entri ni.

hari Selasa tu, start pukul 5 pagi saya dah start berpuasa. Bulan Ramadhan kan, kira lepas sahur dengan suami, saya berpuasalah tapi bukan niat puasa Ramadhan, tapi puasa sebab nak bius utk D&C tu.. syaratnya kene puasa at least 6 jam sebelum D&C. D&C saya dijadualkan pukul 12 tengahari.

InsyaAllah, ada rezeki yang lebih baik selepas ini.
pagi tu sebelum pukul 8 dah sampai hospital. masuk day care saja sebab petang nanti dah boleh balik rumah. lepas register semua, nurse masukkan ubat untuk induce bagi pintu rahim terbuka dan 'lembut'. macam masa lahirkan ziyad dulu pun saya kene induce jugak. lps masuk ubat xboleh bangun or pergi toilet sebab takut ubat jatuh & tak berkesan. dalam pukul 9.30pagi macam tu, saya dah terasa mild contraction. kemudian Dr. Sudha datang utk check. tak lama lepas tu, anaesthetist datang untuk explain procedure dan ambik tandatangan kebenaran.

contraction. memang ada. tapi tak sehebat contraction masa kita betul2 bersalin ada baby kat dalam perut. mungkin waktu bersalin tu, berganda2 sakitnya sebab surges dari baby jugak. jadi, bila dah lalui sendiri baru tahu yg contraction utk D&C ni tak sama macam contraction bersalin. saya agak nervous pada mulanya sebab ada terbaca kat mana tah, katanya contraction sama mcm nak beranak. huhuhu...rupanya, bagi saya tak sama pun. contraction nak beranak, MAHA hebat, ok..

11.30pagi, dah siap2 untuk ke Operation Theatre (OT), sekali lagi jumpa anaesthetist yang sama, Dr. Zuraina. Dr. Zuraina siap2kan pakai drip, masukkan ubat bius/tahan sakit sementara ada 5 lagi nurse yg lain tengah sibuk2 setting alatan pada badan. kemudian, saya nampak Dr. Sudha. Dr. Sudha usap lengan saya & cakap "everything will be fine, dear.. keep praying". walaupun berlainan agama, tapi setiap agama pun ada Tuhan untuk bergantung harap,kan?

the best part yg rasa touching sangat masa Dr. Zuraina bagitau,

"saya nak masukkan ubat tahan sakit ni ye.. baca bismillah & mengucap syahadah"..

seriously, masa ni tersedar, i cant take this for granted. buatnya lepas kene bius, terus tak sedar2 langsung, cmne? sebab sebelum ni, bila dapat tahu perlu buat D&C, saya nervous sgt. tapi selalu pujuk diri "alah, cuci rahim je pun.. minor operation".. lagi2 bila baca dan dengar pengalaman orang lain, rata2 cakap "alah, cuci je.. takde pape. tak sedar..tak sakit pun". tapi bila Dr. Zuraina suruh mengucap tu, saya sedar, anything can happen & saya imagine the worst it can be.. sedangkan doktor yg hari2 dok bius orang tu pun masih serious dengan D&C ini. inikan pulak saya yg baru 1st time jalani operation.

lepas tu nurse suruh sedut gas. "ini gas oksigen ye, sedut dalam2".. rasanya 2 atau 3 kali sedut kot, saya pengsan.

Tau2 je, Dr. Zuraina kejutkan suruh bangun. semua orang hilang. tinggal seorang nurse je dekat sisi saya.

"dah siap ke nurse?"

"dah"

"dah? pukul berapa sekarang?"

"1"

lepas tu saya mintak nak tengok 'hasil' cuci tu. nurse tunjukkan. memang hancur. bukan berketul ke ape. tak lama lepas tu, saya dibawak balik ke wad day care. husband memang menunggu temankan dari pagi. kalau bersalin, bolehlah husband teman sampai labor room. tapi untuk D&C ni tak bolehlah masuk OT.

rehat & nurse suruh tido. tapi saya takleh tidur pun.tak lama lepas tu, Dr. Sudha datang melawat. dia bagitau yg rahim saya mengembang besar sejajar dengan usia kandungan nak masuk 12minggu. bila dengar ni, makanya, saya tahu, saya patut berpantang utk kecutkan balik rahim.

"your rahim besar ye. match dengan 11-12weeks."

"got baby tak doktor?" kalau ada betul ada pun, mmg dah tahu tak dapat diselamatkan. tapi tah kenapa spontan pergi tanya lagi.

Dr. Sudha hanya gelengkan kepala saja. lepas dah discuss pasal MC, next appointment semua, Dr. Sudha bagi discharge tapi perlu kebenaran dari Dr. Zuraina pulak. kemudian, nurse kata kalau dah tak rasa pening, dia akan orderkan makan. boleh makan & tengok muntah ke tak. kalau tak, boleh tukar baju & kencing. mesti kene kencing, baru boleh balik. hahaha..

lepas dah makan & tukar baju semua, bagitau nurse saya nak discharge. Dr. Zuraina datang utk check & bagi kebenaran utk balik. tapi stil tak boleh buat kerja berat & tak boleh memasak utk hari tu sebab kesan ubat bius akan hilang selepas 24jam. takut tgh masak, tiba2 pitam or pening, bahaya.

Alhamdulillah, sampai rumah pukul 5ptg. dan bermulalah episod cuti rehat selama 2 minggu..

macam tulah pengalaman saya Ramadhan kali ini.

#PrayforGaza
#PrayforMH370
#PrayforMH17
#PrayforSabah

2 comments: