Pages

28 January 2010

bilik sudah setle!

atas beberapa sebab peribadi yang membuatkan diri ke hulu ke hilir di tambah dengan bebanan kerja maka niat hendak berbelog terbantut. tadi naik penimbang berat badan dan ambik! turun 2kg! tapi memang tak risau sangat dgn berat badan..sebab percayalah, bulan dpn, akan naik balik..senang naik tapi susah siiikiiitt nak turun=)

gambar yang ditepek adalah hasil tangan photographer tidak profesional. adik sendiri yg tgkp gambar..faham-fahamlah ye..gambar dari official photog masih belum dapat lagi sebab kami 'hutang' sesi outdoor shooting dgn beliau..hish..busy memanjang..ambik gmbr outdoor post wedding sendiri pun tak sempat!

ingat lagi perihal langsir bilir pengantin saya? ok, silalah rujuk pada label bilik pengantin utk kronologi penuh entri ini..

inilah dia bilik pengantin saya yang dihias sendiri oleh pengantin..

tirai hijau adalah hasil jahitan ibu tersayang..ya, kami sama-sama meredah kedai kain..sama-sama mengangkut kain langsir berpuluh-puluh meter ini bawak balik ke rumah..sama-sama belek-belek majalah, surat khabar, buku hiasan,blog, internet hanya semata-mata mencari ilham..semua ini menjadi kenangan terindah antara ibu & anak yg bila dikenang, menitis air mata.. *kan! dah meleleh..*

cadar hijau buruk walaupun sebenarnya baru juga ditemui secara kebetulan semasa jalan-jalan di Sogo..walaupun harga pada tag RM 600+, tapi macam biasalah, Sogo kan hari-hari pun jualan murah..tak tahulah bila jualan mahal=)maka sebab 'jualan murah' ini, dapatlah dgn harga RM 199.95. tak rasa pun diri beruntung pasal dalam hati memang rasa itulah harga sebenar..marketing strategy..

mula2 plan mahu saja recycle cadar masa bertunang dulu..putih suci disulami dgn rose maroon..masih memenuhi tema country english yg diinginkan..tp 'orang-orang lama' memang bising kalau find out benda-benda recycle terutama bab bilik pengantin..takde 'seri' kalau barang recycle..semua harus baru..lagipun duit hantaran ambik ribu-ribu dari lelaki, takkan bilik pengantin baru pun tak boleh bagi..nampak sgt mak bapak ambik semua...*memang susahkan deal dgn orang lama yang kuat sangat menjunjung adat ni?*

bantal-bantal kecil empat segi dibeli di Jusco dengan harga RM 6.90 sebijik..sarung bantal dibeli di kedai kecik milik rakyat china di dalam Tesco Ampang..harga ialah RM5 sehelai. 2 bijik bantal kepala adalah free gift dengan pembelian cadar hijau tu..barang-barang yang menyemak tu adalah hantaran..tidak termasuk dalam hiasan katil pun=)
Sedikit hiasan di atas chest drawer..lampu tidur corak floral dibeli di SSF masa bulan puasa. kebetulan keluar utk cari pelita elektrik utk hiasan hari raya restoran & park..ternampak lampu ini dgn diskaun 50%. berpatutan & keperluan, maka beli. pasu putih ditepi lampu tidur dibeli di KK Home Deko dpn Tesco Ampang..fungsi pasu tersebut dijual adalah sebagai tempat letak pisau. tapi saya guna sebagai hiasan=)plan nak letak fresh roses..tapi tahlah..tiba-tiba lupa nak beli=)takpelah..ok jgk letak mcm tu=) table runner dibeli di kedai kecil dalam Tesco Ampang dgn harga RM 15. sama corak bunga dgn bantal kecil dikatil.

perabot dibeli di kedai perabot depan rumah. semua perabot dibeli secara berasingan..bukan set bilik tidur..sebab ruang bilik terhad, jadi kurang sesuai mengambil set bilik tidur..hanya 3 unit sahaja..katil, chest drawer & almari pakaian ber'sliding door' (utk penjimatan ruang. dalam almari ada cermin panjang sliding.juga sudah jimat ruang utk almari solek tak payah beli). tokey bagi discount & free gift towel rack seunit. semua dari kayu & berwarna coffee mocha..

haih~~panjangnya description..harap dapat membantu bakal pengantin diluar sana..akan bersambung lagi jika ada perkara yg tertinggal yg ingin dikongsi..oh ya, kos keseluruhan, tak sampai RM 3k pun..

24 January 2010

senyap sunyi atau riuh rendah?

sejak abang sepupu saya kahwin menggunakan khidmat pemain musik gamelan, saya sudah jatuh hati pada gamelan..dan sudah berangan-angan nak ada gamelan juga masa my BigDay..sesiapa yang kenal dgn saya pasti tahu betapa saya bukan seorang penggemar musik..kalau kamu jumpa saya sedang menghafal lirik lagu atau menyanyi lagu dgn penuh semangat, maka itu bukan saya..bukannya tak dengar lagu langsung..dengar..tapi utk jadi peminat fanatik lagu, amatlah dalam mimpi..kwn2 se'hostel' sibuk sumbat telinga dgn earphone/headphone, ke hulu ke hilir dgn walkman/diskman,i lebih rela tadah telinga dgr suara kwn2 menyanyi kecil=)
maka, kalau mahu belanja saya, jgn offer pergi karaoke..sila belanja makan..pasti berbaloi & saya pasti takkan hampakan kamu=)

back to the topic..bila dah jatuh cinta, maka antara perkara pertama yang saya buat adalah survey harga gamelan..abang sepupu saya menggunakan perkhidmatan pemain gamelan dari kumpulan MAS..tanya harga, rm 2.5k utk 4hours..seorang lagi sepupu saya menggunakan khidmat gamelan dari IB..jugak dalam lingkungan harga yg sama..seorang lagi sepupu saya menggunakan khidmat gamelan dari UIA..ermm..tapi lagu-lagu yg boleh dimainkan agak terhad..hanya koleksi lagu P.Ramlie..

satu hari pergi makan di Central Market..terdengar musik gamelan..hati berbunga-bunga..tiba-tiba teringatkan Tourism Malaysia pasti ada gamelan..mula terfikir mengkin boleh cari CD koleksi musik gamelan..lebih ekonomi berbanding menggunakan perkhidmatan pemain musik gamelan secara 'live'.memandangkan kerjaya saya sangat berkait rapat dgn Tourism Malaysia & Central Market, maka adalah kenalan dari sana..mungkin boleh tanya mereka & cari jalan dapatkan khidmat or paling kurang CD gamelan..

dipendekkan cerita, rupanya ada sepupu saya yang buat business PA sistem..paling best dia ada koleksi musik gamelan..package lengkap yg memang diidam-idamkan..at least tak yah sibuk-sibuk cari orang nak sewa PA sistem dan gamelan secara berasingan..harga?bawah ribu-ribu..

saya harus juga sewa PA sistem sebab aturcara majlis saya memerlukan emcee utk membaca pantun-pantun klasik..tahlah kenapa saya kurang berminat menggunakan khidmat DJ..saya lebih suka emcee yg skema siap berskrip & pantun segala. lebih 'secure'..at least saya tahu apa yg mereka akan katakan..berbanding DJ yg suka merapu ikut skrip sendiri..yg boleh buat muka saya kat pelamin berkerut-kerut protes tanda rimas tak suka DJ merapu..

tambah lagi mengikut perancangan, beberapa orang sepupu saya akan berselawat beramai-ramai..maka PA sistem amat perlu..tahlah..saya lebih suka majlis kahwin didewan dilengkapi dgn emcee..macam tak lengkap bila majlis dalam dewan yang dihias, tetamu memenuhi dewan, tiba2 takde emcee sebagai pengacara majlis..tiba-tiba dewan sunyi tanpa musik latar..macam majlis kahwin tanpa perancangan lengkap pula..macam takde pengisian majlis..macam pengantin buat hal sendiri..tiada pantun alu-aluan..tiada aturcara majlis yang teratur..

inilah dia package lengkap saya...

thumbs up utk perkhidmatan yang diberi..yang bersongkok itu lah abang sepupu saya..sesiapa yg ingin perkhidmatan PA sistem, sila hubungi beliau...highly recommended..

23 January 2010

dalam taman atau dalam hutan?


akhirnya,setelah berfikir2 tentang pemilihan color utk table cloth, maka warna hijau ini yg dipilih. semestinya ia akan menjadi 'main color' for this wedding sebab sememangnya dewan dipenuhi dgn meja & kerusi..mula-mula fikir nak color purple..memandangkan color purple dan pink sgt popular pada 2009, maka takut macam 2010, purple & pink sudah tidak 'in' lagi utk thn 2010 ini..

bila terfikir tentang 'in' atau tidak, maka kebimbangan terhadap kesan mengikut trend mula melanda..maksudnya baru terfikir nak cari color yang match dgn tema english garden dan dalam masa yg sama color tersebut tergolong dalam color evergreen..color yg tak lapuk ditelan zaman mahu pun trend..color yg bila cucu cicit tgk album atuk & nenek kawin, mereka still boleh 'terima' color tu.

rasa-rasanya, hijaulah yg paling tepat..demi utk mengurangkan penggunaan deco yg sarat dgn bunga-bungaan yg sememangnya trade mark english garden, maka penggunaan table cloth hijau ini sedikit sebanyak membantu menaikkan mood garden..tujuan nak kurangkan deco adalah sebab tak nak ruang hall nampak 'semak' selain daripada sikap pengantin perempuan yang amatlah berjimat & tidak suka serabut-serabut..nanti orang ingat i kawin dalam hutan=)

dalam hati, pengantin taknak dia terselindung disebalik bunga-bungaan tu=)penat tau i berangan-angan dapat duduk atas pelamin yang atas stage tinggi yg dari pintu masuk orang dah boleh nampak..bygkan tiba-tiba orang tak nampak pengantin sebab terhalang oleh sebuah pasu besar penuh dgn bunga..mahunye i frust menonggeng!=)that's why i reject hall yg stage dia rendah yg ala-ala macam tak payah ada stage pun takpe..takde beza antara pengantin bersanding dgn tetamu yg ke hulu ke hilir cari seat nak makan..

DeepInsideMyHeart : sangat berharap agar adik cepat pulang utk ambil balik gambar2 i dalam his laptop..banyak benda nak bebel ni..

22 January 2010

kek atau pulut kuning?

setelah godek-godek semua laptop yg ada..termasuk pc kat rumah parent..maka dapat gambar kek..marilah bercakap pasal kek..

kek ini di sponsored oleh makngah saya..beliau memang tokey kek..supplier kek kepada beberapa caterer..alhamdulillah..rezeki..

meja kek yang sangat cantik lagi antik dan comel ini pulak di sponsored oleh maklang saya..hiasan kain dibawah bersama rose petals adalah ihsan dari pihak caterer saya yang sangat murah hati dan tidak berkira..sangat bertolak ansur caterer tersebut..


service pihak caterer sangat bagus..nanti saya cerita pasal caterer ni ye..highly recommended..oh ya..kek ini bukan kek span kosong biasa..kek ni dilapisi dengan isi blueberry..yummy...yummy...

pada awalnya ingin buat pulut kuning..tetapi memandangkan tema adalah english garden..maka haruslah kek kan? ada ke english wedding makan pulut kuning?=)kalau kamu inginkan tema tradisional, maka sesuailah jika kamu guna pulut kuning..sekarang pulut kuning pun dah advance..boleh hias ala-ala kek..nak 10 tingkat pun boleh..

oh ya..bagi saya, tema bukanlah berkenaan warna semata-mata..pemilihan jenis barangan or makanan apa dihidangkan juga boleh menentukan sesuatu tema..mungkin kalau kamu mahu tema kampung, bolehlah hidang lauk kampung..wah..best! pasti berselera tetamu yg dtg..lebih2 lagi jika lengkap dgn ulaman bersambal belacan..

kalau kamu berkemampuan dan tema pilihan adalah english garden, mungkin boleh hidang hi-tea..hidangkan pelbagai jenis tea..bersama-sama dgn chips & snacks..tapi agak sukarlah diterima masyarakat kot..kesian pulak orang yg dtg dari jauh kan..tak kenyang pulak perut makan makanan ringan...ohh..mungkin kamu boleh hidang western food! dgn chicken BBQ, grilled lamb..fish fillet..dgn pencuci mulut banana split!hush..best..best..!ok,harus stop! sudah mula merepek..

DeepInsideMyHeart : Alhamdulillah..ada tetamu dari BigDay berkenan dgn doorgift bunga gantung..mahu order 300pcs..mungkin ini rezeki lepas kahwin..duduk sorang2 dgn Incik Asben kerja diluar KL,maka ini peluang bagus penuhi masa lapang seorang diri selain berbelog..

17 January 2010

harus ada event manager tak?

memperkenalkan...
inilah 2 adik lelaki saya yang telah bertungkus lumus dari pelbagai segi...terima kasih..nak buat macam mana..inilah kelebihan mempunyai adik beradik lelaki kan?=)

runner paling setia...


si adik & si abang..memerhatikan perjalanan majlis..lokasi adalah di masjid Al-Azim..sebelum akad nikah dijalankan...

ok..sebenarnya event manager untuk Big Day ini ialah adik saya sendiri..Abdul Qaiyum bersama pembantu setia yang tak lain tak bukan adik bongsu saya Irfan Mukmin..

dear all pengantin, especially the bride, please be on earth..berpijak dibumi yang nyata..saya tahu & saya faham perasaan pengantin yang kalau boleh semua mahu dihandle sendiri..semua mesti perfect..semua harus ikut plan..buat dear..percayalah, at the end of the day, kita harus beri kepercayaan pada orang keliling..jgn jadi bossy, ok..kamu pengantin duduk diam-diam..sopan-sopan..redha dgn apa yang ada..apa yang berlaku..

last but not least..two thumbs up for these two awesome brothers!

16 January 2010

Akad Nikah -Part 2

gambar candid memang selalunya cantik.. naturally..semula jadi..tidak palsu..bukan lakonan...


captured by my adik ketika berdebar-debar menunggu saat dibawa ke masjid setelah disiapkan oleh jurumekap..sebenarnya masa ini sedang menelefon Nadirah sebab nak confirmkan mereka terus ke masjid atau datang rumah dulu..Mardhiah memang awal-awal confrim ke masjid..angle gambar dicaptured tidak memperlihatkan handphone buruk i ditangan kiri=)

berdebar-debar menunggu kereta pengantin yang tak kunjung tiba..semua kaum lelaki awal-awal sudah dimasjid utk solat Jumaat..oh ya..memang si pengantin mengidamkan nikah pada hari Jumaat..penghulu segala hari..mengambil berkat kelebihan hari Jumaat..sebenarnya pengantin lebih inginkan dinikahkan selesai solat isyak pada khamis malam Jumaat..tapi mcm kesian pulak orang dah ngantuk nak tunggu pengantin nikah=)  kalau sekali lafaz lega la kan..kejap je..

alhamdulillah..tepat jam 3 petang Jumaat 01012010, sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz..

15 January 2010

Akad Nikah - Part 1

Ok..marilah kita bercakap soal makanan yang disediakan dalam majlis..

Majlis Akad Nikah pada 1 Januari 2010 (Jumaat)

Memandangkan majlis ini berlangsung di Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan waktunya pula adalah pada jam 3 petang, maka ada juga saudara mara yang mencadangkan untuk memberi jamuan makan kepada tetamu terlebih dahulu. Tambahan pulak menu yang kami order dari caterer adalah nasi putih dengan 4 jenis pilihan lauk-pauk. Jadi amat sesuailah dijadikan santapan makan tengahari.

Mula-mula saya fikir hanya mahu kan menu minum petang. Cukup dgn mihun goreng, karipap & the o panas. Sesuai lah dengan waktu jamuan pada 3.30ptg iaitu selepas selesai akad nikah. Tapi kata ibu & abah, biarlah jamu nasi putih..kenyang sikit orang dari jauh datang.

After a few discussion and lepas terima macam-macam cadangan & pendapat, maka inilah hasilnya.

Lokasi jamuan, di kawasan pinggir masjid. Tak naklah pasang khemah kat rumah & susah-susahkan tetamu ulang alik dari masjid ke rumah or dari rumah ke masjid.. Lepas dapat maklumat dari pengurusan masjid, boleh sewa tapak letak kereta masjid utk jamuan makan. Hanya tapak saja..kerusi, meja & khemah cari vendor lain. Cara lain lagi, boleh sewa ruang makan yang disediakan pihak masjid.

akhirnya my auntie advised..tujuan utama/nawaitu kita ke Masjid adalah untuk majlis akad nikah..manakala jamuan makan hanyalah perkara sampingan..sebagai tanda kesyukuran selesainya akad nikah itu..so, kami pun decided untuk menjalankan akad nikah pada jam 3 petang & diikuti dgn jamuan makan tanda meraikan selesainya majlis akad nikah tersebut..

lokasi makan adalah di ruang makan yang disewa dari pihak masjid..duduk bersila di atas tikar..

12 January 2010

mas kahwin Selangor


oohh..sudah lama tak update ini belog..sebab si penulis belog sibuk duduk atas pelamin sambil sengih-sengih setiap kali ternampak kemera depan mata..harap maaf ya readers..

tak sabar nak open this blog to public and sharing whatever my experience dalam preparation majlis kahwin sendiri..baik manis mahu pun pahit..ya! pahit..i akan share juga..because i dont want to be a hipocrite..just cerita yang best-best..yang sedap didengar..yang jadikan diri terlalu excited..sedangkan hakikat and realitinya, ada pahit yang tersembunyi di celah-celah kemanisan yang dikecapi..

alhamdulillah..majlis akad nikah berjalan dengan lancar..sekali lafaz..if kamu semua perasan, bila habis je akad nikah, orang tak tanya "heh, baju apa ko pakai masa akad?"..or.."berapa ratus ko tempah baju nikah?"..or.."grand gile tak akad nikah ko?"..

dear, percayalah..hanya ini soalan yang orang akan tanya "alhamdulillah..selesai..berapa kali lafaz?"

ya! inilah dia soalan yang hampir 100% orang akan tanya bila jumpa kamu suami isteri selepas akad nikah...soalan ini tak akan basi untuk tempoh sebulah berkahwin (kot)..

untuk pengantin perempuan yang berasal dari Selangor, saya rasa kamu patut tahu yang nilai mas kahwin kita telah berubah..dari apa yang saya faham seperti yang diterangkan oleh jurunikah kami adalah macam ni:

nilai minimum untuk mas kahwin bagi negeri Selangor adalah RM 300.00 seperti yang dilaporkan.

tetapi sekiranya kamu membawa bersama wang hantaran yang selalunya bernilai ribu-ribu semasa majlis akad nikah, maka jurunikah akan menggunakan nilai wang hantaran sebagai mas kahwin dan akan dilafazkan dalam akad nikah. maka, duit ribu-ribu itu hanya boleh digunakan oleh pengantin perempuan sahaja..orang lain, tak boleh guna..

ada sesetangah orang pula, wang hantaran telah diserahkan awal-awal semasa bertunang..maka semasa akad nikah, hanya mas kahwin RM 300 sahaja yang dibawa..

sekiranya pihak lelaki ingin memberikan barangan kemas seperti cincin, gelang atau rantai, maka nilai mas kahwin yang dilafazkan adalah mengikut harga barangan kemas tersebut.

inilah yang saya faham mengenai nilai mas kahwin di Selangor..memang jurunikah tu terangkan betul-betul sebab saya nikah pada 1 Januari 2010..hari pertama sistem mas kahwin baru ini dikuatkuasakan..