Salam..
bersambung part 2 sebab rasa panjang sangat post kalau nak muatkan dalam 1 post yang sama.
PA Sistem
a few weeks before majlis, discovered that abang sepupu, Abang Mohsein ada buat business PA sistem. harga pun ok. affordable..paling best, beliau ada CD musik gamelan yang saya tercari2 selama ini.. BEST! yelah, nak upah pasukan gamelan main live, serius beribu-ribu RM. tapi last2 saya tak tahu macam mana jalan ceritanya, abah cakap payment settled. tak tahulah samada sponsored by MakLang or Abang Mohsein. survey banyak vendors dan mereka quote RM 500. so, i anggap i dah jimat RM 500 for PA system and RM 2500 for the gamelan *kalau upah band gamelan, dorang charged RM 2500*. all together save RM3000.
VVIP doorgift
VVIP merujuk pada rombongan pihak lelaki..akhirnya, Mak Uda offer untuk buatkan sabun riben since ibu pun dah kelam kabut nak buat banyak benda lain lagi. so, saya dgn ibu hanya beli riben2 pilihan hati di SSF & serah pada Mak Uda utk dijadikan sabun riben sebanyak 60pcs for VVIP and 7pcs for hantaran. Mak Uda sponsor sabun & upah buat adalah percuma=) *untung ada auntie creative dan tak kedekut*
saya hanya tambah paper bags isi pudding, kek, cookies and air kotak sebagai bekalan rombongan lelaki nak balik jauh..yelah, bolehlah makan dalam bas kot2 lapar kan?
Maklongku yg sabar menyusun semua doorgift VVIP sebelum majlis bermula.
Stand bunga manggar
sponsored by Mak Lang. dah tak pening nak pacak bunga manggar..takkan nak bagi bunga manggar sandar kat dinding kot or paksa budak si pemegang bungga manggar terpacak berdiri pegang bunga manggar sepanjang majlis..tak comel.
Inai
inai pokok siap di blended fresh dari pokok.. who else? MakLang lah! Jimat duit i sedekah kat mydin beli inai tiub..
Welcome drinks
kan dah cerita dulu yang rombongan lelaki rehat2 di rumah ERT dulu before berarak masuk dewan. so, masa di rumah ERT, kami ada sediakan sedikit juadah ringgan. beberapa jenis kuih muih dan air.kira macam welcome drinks. sponsored by my cousin, Abang Fitri.
Dewan
a few weeks after majlis, abah bagitahu duit sewa dewan dah settled oleh salah seorang saudara saya jugak.. i guess i know siapa=) ini jimat sangat banyak ok!
Mist Fan
masa survey harga utk mist fan ni, rata2 supplier quote RM 250 for sebijik fan, so kalau nak sewa 4 bijik *setiap penjuru dewan* telan RM1k jugaklah.. haha..i cancelled after PakLang convinced that dewan tu tak panas sebab ia terbuka di kiri dan kanan..bukan tertutup.but, abah & ibu baik hati sponsored mist fan ni=) jimat berapa ribu tu?=)
Makan malam rewang
selepas majlis akad nikah hari Jumaat, malam tu pulak kami semua ke dewan utk rewang2 deko hall. so, my MakSu tolong masakkan nasi goreng kampung dan mihun beserta air teh o panas dan sirap ais. yelah utk saudara mara yg tolong malam tu..tambah pulak MakNgah Serendah sponsored sebijik kek lazat sebagai pencuci mulut=)
Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja. pada saya, tak kisahlah samada penaja dari segi material atau tenaga, dua-dua pun sama penting.. dua-dua pun dah boleh buat saya terharu =') dan saya tak tahu samada ini ada kaitan dengan budaya 'menanam' macam yg abah saya selalu sebutkan setiap kali beliau beria-ia nak sponsor apape bila sepupu saya kawin. dan bila setiap kali ibu bersusah payah menyiapkan barangan tajaan, abah akan ulang lagi kisah budaya 'menanam'..=)mungkin sengaja nak ingatkan kami adik beradik betapa pentingnya tolong menolong antara adik-beradik walaupun masing2 dah beranak pinak..sampai anak abang/kakak/adik nak kawin pun, harus tolong menolong..
-rezeki kawin kan, sapa tahu?=)
rezeki orang tawen...^_^ alhamdullilah...
ReplyDelete