Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti
-Sayyidina Ali bin Abi Talib-

09 December 2009

bunga manggar

pergi cari bunga manggar ready-made tapi semua pun blink2 je..yang tak blink-blink, takde..tak tau la takde sebab orang tak jual sebab takde orang beli sebab orang dah tak pakai sebab semua orang pun nak pakai yang blink-blink..*hah..ayat pun dah mcm nak sambut Deepavali..*

jadi, haruslah bertanya pada si ibu yang super duper creative..hah..ape lagi, terus diturunkan ilmu dari kitab ke 1001=) mari kita share sama-sama...

bahan2 yang diperlukan ialah crepe paper mengikut warna kegemaran, gunting, gam & lidi..tak kenal crepe paper? tengok sini..


langkah-langkah...


 

 1. Jangan buka lipatan crepe paper. Just bahagikan sama rata crepe paper tersebut & gunting. Saya buat dapat 8 bahagian. Saya rasa kamu pun patut dapat 8 bahagian.

2. Ambil 1 bahagian & gunting kecil2 utk jadi macam rambu-ramba..ala..macam nak buat pom-pom tu..jgnla gunting sampai putus..tengok gambar di atas.


3. Bila dah siap gunting, baru bukak lipatan crepe paper. Kamu akan dapat sehelai crepe paper yang panjang yang telah dirambu-ramba kan..kalau kamu perasan, kat kedai pun ada jual bunga manggar belum siap lilit kat lidi..tapi stil blink-blink jugak..sekarang, letak sedikit gam dibahagian hujung crepe paper tu untuk memulakan lilitan pada lidi. Ingat, jangan letak gam banyak sangat. Crepe paper sangat nipis. Boleh jadi basah & koyak kalau letak gam banyak2..

4. Ambil lidi & bengkok kan bahagian hujung lidi yang lembut *rujuk gambar di atas*.


5. Gamkan hujung crepe paper tadi dgn bahagian hujung lidi yang dibengkokkan tadi.



6. Teruskan melilit hingga hujung..biasanya untuk sebatang lidi, cukup dgn menggunakan 1 bahagian crepe paper tadi. Tapi ada jugak lidi yang panjang, terpaksa guna lebih dari 1 bahagian crepe paper. Maknanya, 1 crepe paper dapat buat 8 bahagian & dapat lilit 6-8 batang lidi. Dah siap, gamkan sekali lagi bahagian hujung yang akhir.

Sebagai langkah selamat, bolehlah sapukan gam sikit2 semasa proses melilit.


 

ini baru separuh siap..kalau boleh nak buat 40 batang lidi utk sebatang bunga manggar..bagi meriah..kalau bolehla..kalau sempat..kalau larat..usshh....banyaknya 'kalau'.

Selamat mencuba!

*all photos captured by my Adik sebab saya tak cukup tangan..nak demo lagi, ambik gambar lagi..terpaksala mintak bantuan adik kan?okla kot..at least I tak paksa dia drive kereta ke sana ke mari cari barang2..* 

DeepInsideMyHeart : mendapat semangat baru dari cerita kak nazza..baru sedar setiap pengantin melalui masa sukar & senang yang tersendiri..tapi berapa ramai antara kita mahu benar2 jujur kongsi pengalaman menuju hari bahagia?mahunya dicerita yang indah-indah saja..benarkah seindah itu? tiada langsung masalah walau sebesar zarah?

5 comments:

  1. salam...
    i suke sgt dgn idea bunga manggar u ni..i pn xminat bling2 segala ni...mcm xsesuai utk english concept kn..hehe
    ok,i pn rs nk uat sndiri bunga manggar dprd crepe paper ni..
    so bile i dh tgk step by step care buat die,i mcm kurang jelas step yg ke 4,5 & 6 tu..
    knp kene hujung lidi tu perlu d bengkokkan camtu yek..then camne tu ye nk gamkan hujung crepe paper dgn bahagian hujung lidi tu..terus jadikan bahagian yg bengkok tu jadi street bile d gam ke atau camne?

    ReplyDelete
  2. Ady.Eira..

    1. langkah no. 4 = ujung lidi dibengkokkan.

    sbb sy pakai lidi pkk kelapa sawit. ujungnya agak halus & susah nak lilitkan crepe paper..jadi saya bengkokkan supaya ujung lidi tu jadi 2 btg lidi & tebal sikit.

    so, kalau lidi kamu dah cukup tebal & blh lilit crepe paper, kamu boleh teruskan je.. xyah bengkok pun xpe.

    2. nak gamkan ujung lidi dgn crepe paper.

    letakkan sikit gam kertas kat crepe paper & teruskan je melilit.. dia akan lekat sendiri. gam kertas lebih mudah berbantuk gam UHU..

    3. bahagian yg bengkok jadi straight atau x.

    jadi straight. sbb bahagian yg bengkok tu dah dililit menjadi 1 dengan crepe paper.

    selamat mencuba..=)

    ReplyDelete
  3. hai..
    kat mn ye nk beli crepe paper yg lembut kt s.alam ni?sy nk buat bunga tisu tapi nk guna crepe paper sbb nak kaler merah..agak susah nak cari tisu kaler merah..tq

    ReplyDelete
  4. Adawiyah :

    Crepe paper kat area shah alam, saya xpasti. saya selalu beli kat jalan TAR je..

    ReplyDelete
  5. buat lah video tutorial lebih mudah faham...:)

    nice sharing. thanks.

    ReplyDelete