19 February 2013

Pengalaman traveling with 5 months old Ziyad : Tidaklah seperti yang disangka

Salam

Baru-baru ni kami sekeluarga ke Terengganu atas urusan Majlis Adik yg ke.. ok, malas nk kira.. hahaha.. xkisahlah berapa banyak kali nak buat majlis, yg penting pengantinnye tetap orang yg sama.. lagi penting, xyah membazir buat baju baru utk setiap majlis.. kami hanya menyediakan baju baru untuk majlis nikah & majlis resepsi di Stadium aritu (masih berhutang entri itu..hewhewhew..) majlis2 yg lain, just pakai baju sedia ada..kan saya dah kata adik ipar ai sempoi je..

alang2 dah sampai ke sana, haruslah jalan2 kawasan sekitar. kali ni lain sikit sebab bawak si kecil Ziyad yg baru 5 bulan dan bergantung sepenuhnya pada susu ibu..

masa nak packing baju, seriously had no idea berapa helai nak bawak and what kind of baju nak bawak.. yg pasti, baju tidur saya bawak 2 pasang sbb stay 2 nights. baju2 lain saya hentam je bawak rompers, t-shirt dengan seluar 3/4, socks, sleeveless shirt (konon duduk pantai takut panas, sekali hambek, mendung & hujan renyai2).. diapers? xtahu nak budget, bawak je semua jumbo pack!

bawaklah semua barang2 grooming dia.. groomingla sangat..sbnrnya hanya baby bath, syampoo, bedak, diapers cream, losyen, cotton buds, nasal aspirator, 4 paket wet tissues. last2 pakai baby bath, bedak & diapers cream je.. wet tissues pun pakai jugak, tapi lebih kepada ibu & ayah yg pakai utk lap tangan lepas makan satar & kepok lekor=)

ubat? xde bawak pun sbb si ibu percaya pada susu badan sendiri sebagai ubat terbaik!

Alhamdulillah, Ziyad memang bukan baby yg kuat meragam.. sangat senang sebenarnya utk bawak dia berjalan2.. dia suka pada orang ramai & setakat ni, dia senang ketawa terkekek-kekek dengan sesiapa saja yg main dengan dia. kalau penat, boleh nampak dia letih, tapi dia xkan menangis.. Alhamdulillah, memang ibu saya doakan sejak saya pregnant agar anak saya x ikut perangai saya masa kecik yg kuat meragam(-_-")

cuma bab minum susu ni, kadang2 Ziyad agak memilih.. kalau ramai orang, or dia baru lepas main2, tiba2 nak bagi dia minum direct, mmg dia meraung2 xnak.. terpaksa bagi botol. tapi kalau dia tinggal berdua dengan saya, mmg tekun dia minum susu direct dgn saya. itulah sebab utama saya xboleh nak tinggalkan breastpump. dan untuk pengetahuan, saya pernah jadi EP Mom utk tempoh beberapa minggu.

dalam kereta, biasanya dia senang direct feed sbb saya dengan dia je duduk belakang. husband driving didepan.

gambar terkene penyakit parkinson sbb kereta bergerak laju..

bila Ziyad tidur, saya akan ambik masa utk pam susu.. standby.. kan susu fresh boleh tahan 4jam dalam suhu bilik. if Ziyad xminum, saya akan masukkan dalam cooler beg yg ada 3 icepacks.. sampai hotel, masuk dalam peti ais. boleh buat stok. tapi kalau ziyad nak minum, saya panaskan je.. xperlu bawak warmer. saya hanya rendamkan dalam bekas berisi air panas (jgn panas sgt.. suam2 sikit sbb susu ni xboleh dipanaskan dlm suhu lebih 40 darjah celsius)

tapi hasilnye, bila blk, xde pun yg dapat dibuat stok. semua habis diminum. 1 botol (5oz) je yg sempat masuk peti ais sbb ziyad xnak minum. tapi pagi2 tu, dia nak minum botol. so, panaskan.. maka, tiada stok dibawa pulang..

untuk basuh botol2 & pump, saya beli je sabun cuci botol ni. lebih kecil and handy. sbb kalau kat rumah, mmg pakai botol besar yg pum tu..satu kat rumah saya & satu letak rumah ibu. tapi nak travel ni, malaih haih nak bawak gabak2..

of courselah xboleh nak bawak sterilizer bagai. jadi, tawakal saja dengan merendam dalam air panas yg dimasak pakai kettle hotel..

pasal pum pulak, saya bawak je 2-2 jenis. Ameda saya bawak, Harmony pun bawak. Ameda tu sebenarnya boleh pakai elektrik & bateri. tapi bateri dia jenis AA. 6 biji. takdelah baterinya long lasting sangat macam FS, tapi stil, boleh pum 3kali jugak lah.. kalau nak membazir, beli je bateri biasa. kalau nak tahan lama, belilah rechargeable bateri.

Masa travel ni, saya bersyukur sangat sbb akhirnya Ziyad nak jugak direct feed dengan saya sbb masa nak dekat2 habis pantang tu, tiba2 dia reject direct feed. sempat jugaklah saya merasa jadi EP Mom (exclusive pumping mom untuk beberapa minggu.. hampir give sebenarnya nak breastfeed. hampir2 jugak nak bagi je fm.. tapi alhamdulillah, berkat galakan suami & keluarga terutama ibu & abah saya, akhirnya Ziyad mahu direct feed & sampai sekarang masih fully minum breastmilk. penat hokeh jadi EP Mom.. Salute to EP Mom!!

Hotel penginapan

Bilik Penginapan

Husband teruja nak bawak anak bujang dia mandi swimming pool. tapi hari hujan renyai.. xsesuai. bawak jalan tengok laut je la.. tapi utk tidak menghampakan Ziyad, kami bawak dia berendam dalam bath tub. mandi sama2.. pengerat kasih sayang katanya=)


Anak bertuah.. semua benda nak ambik tahu, nak cuba..

OTW balik KL.. kepenatan.. tidur sampai kepala terlentok & terpaksa sendal dengan selimut kuning.. moga terus behave and happy duduk dalam car seat dia tu..

Alhamdulillah, sehingga hari ni, Ziyad masih lagi sihat & cergas. takde pulak menunjukkan tanda2 keletihan melampau. Semalam masih rancak bermain sampai nenek xsempat nak mendobi semua baju..

No comments:

Post a Comment