rosette kahwin yang biasa dilihat & banyak dijual di merata rata tempat.. bulat ber renda net dgn bunga kecil ditengah & sedikit juraian riben..memang tak 'lari' lah design ready made rosette ni..
image dari pakcik google..
bila DIY, haruslah seperti anak kecil mintak susu kat ibu=) alang2 dah pakai bunga ros kertas utk doorgift bunga gantung, maka teruskan je lah tema bunga ros tu dalam rosette.. just kecilkan size je.. kemudian beli manik2 pearl, ikatkan dengan dawai lembut.. saya pakai dawai yg selalu orang guna buat bunga stokin.. dawai tu senang bentuk dan ia adalah lebihan dari dawai bunga stokin masa buat hantaran bertunang dulu..
daun2 kecil ini diikatkan bersama pakai pita pelilit color hijau tu.. masa mula2 dulu, mmg tak pandai langsung ikat daun or bunga..selalu je rasa diri ni memang tak berbakat..tapi lama2 atas tunjuk ajar ibu & semangat nak DIY barang2 kawin yg berkobar2, terus jadi pandai..so, ia bukan mengenai bakat semata mata..tapi kesungguhan belajar harus ada.. jgn bagi alasan 'takde bakat'..
cantum cantumkan semua yang dah diikat tadi..daun, manik2 pearl, bunga ros kembang mekar & kudup bunga ros..susun jadikan satu tangkai bunga.. jadi, saya susunkan dengan meletakkan kudup bunga ros diatas, diikuti manik pearl, bunga ros kembang mekar & last sekali daun.. dah siap, ikatkan pin dibelakang guna benang..
pandangan hadapan dan belakang..
ulang proses yang sama..saya buat 60 pcs.. saja pilih color ros putih.. nampak 'suci' je..and senang nak match dgn baju pemakai yg pelbagai warna.. lagipun color putih ni unisex..sesuai utk lelaki ataupun perempuan.. nak pilih ros pink, ada sesetengah lelaki yang 'alergik' dgn pink.. kesianlah pakcik aku kena pakai rosette pink=)
adios...=)