28 June 2010

DIY lagi..rosette

Salam

rosette kahwin yang biasa dilihat & banyak dijual di merata rata tempat.. bulat ber renda net dgn bunga kecil ditengah & sedikit juraian riben..memang tak 'lari' lah design ready made rosette ni..

image dari pakcik google..

being B2B yang bersemangat serta berselera mahukan sesuatu yang unik, agak hampa..haih~~ bosanlah asal pergi majlis kawin dapat rosette bentuk bulat mcm ni..just color je lain-lain.. bukan memilih atau berlagak..tapi masa tu memang jauh di sudut hati, kalau boleh semua benda pun taknak sama dgn orang lain..nak something unik that belongs to us only.. jadi DIY lah kan jawabnya..

bila DIY, haruslah seperti anak kecil mintak susu kat ibu=) alang2 dah pakai bunga ros kertas utk doorgift bunga gantung, maka teruskan je lah tema bunga ros tu dalam rosette.. just kecilkan size je.. kemudian beli manik2 pearl, ikatkan dengan dawai lembut.. saya pakai dawai yg selalu orang guna buat bunga stokin.. dawai tu senang bentuk dan ia adalah lebihan dari dawai bunga stokin masa buat hantaran bertunang dulu..

daun2 kecil ini diikatkan bersama pakai pita pelilit color hijau tu.. masa mula2 dulu, mmg tak pandai langsung ikat daun or bunga..selalu je rasa diri ni memang tak berbakat..tapi lama2 atas tunjuk ajar ibu & semangat nak DIY barang2 kawin yg berkobar2, terus jadi pandai..so, ia bukan mengenai bakat semata mata..tapi kesungguhan belajar harus ada.. jgn bagi alasan 'takde bakat'..

cantum cantumkan semua yang dah diikat tadi..daun, manik2 pearl, bunga ros kembang mekar & kudup bunga ros..susun jadikan satu tangkai bunga.. jadi, saya susunkan dengan meletakkan kudup bunga ros diatas, diikuti manik pearl, bunga ros kembang mekar & last sekali daun.. dah siap, ikatkan pin dibelakang guna benang..

pandangan hadapan dan belakang..

ulang proses yang sama..saya buat 60 pcs.. saja pilih color ros putih.. nampak 'suci' je..and senang nak match dgn baju pemakai yg pelbagai warna.. lagipun color putih ni unisex..sesuai utk lelaki ataupun perempuan.. nak pilih ros pink, ada sesetengah lelaki yang 'alergik' dgn pink.. kesianlah pakcik aku kena pakai rosette pink=)

adios...=)

21 June 2010

jom buat alas dulang..

Salam

saya mahu share sikit ilmu yang tak seberapa ni dgn kamu-kamu semua.. kalau suka, boleh tiru..tapi jgn lupa quate blog ini=) kalau tak suka, harap jangan kutuk=)
DIY alas dulang/ceper hantaran.. alas dulang ni saya buat masa nak bertunang dulu. sebagai anak sulung, mmg brg2 kawin ni zero..masa ke kedai kain nak beli kain langsir raya utk rumah, jalan2 dibahagian kain langsir. tiba2 ibu stop and said "along, beli kain ni..ibu nak buat alas ceper" ..hah? alas ceper? "eh, ni kain langsir lah ibu".. knowing that ibu mmg pakar kain berbanding saya, jadi belikan aje..

maka, belilah kain langsir berlabuci membentuk daun Mohabbatein *bukan species daun, tapi daun trade mark citer hindustan*

macam biasa, masa DIY ni, tak tahu pun akan wujud blog kahwin ni..so, ini adalah cerita reversed..sbb alas ceper dah lama siap..tak dapat gambar step by step..tapi akan berusaha terangkan step by step..

mula2, pilihlah kain yang sesuai..kalau rasa2 hiasan hantaran kamu akan crowded dengan flowers or riben2, pilihlah kain plain yg simple..tp kain plain ni dah terlalu common.. baik beli ready made je..ye dak?susah2 DIY..haruslah carik kain unik.. sekarang ni byk kain cotton bunga kecik2..so cute..ala ala english style..tapi jgn pilih cotton yg keras..pilih yg lembut..agak mahal sikit..sbb kalau keras, tak cantik..tak 'jatuh'..*ini cadangan je*

pastu, ukur dulang/ceper kamu.. ataupun curik2 bwk pita ukur pastu ukur je alas ceper jual ke kedai tu=)standard size..potong kain langsir ikut ukuran..

nasib baik kain ni ngam2 je susunan daun labuci nya..1 motif daun ditengah2 di apit dengan motif daun yang sama di setiap penjuru...
   dah siap2 potong kain ikut size, jahit tepi supaya kain tak tercarik carik & berambu ramba...

untuk menutupi jahitan tepi dari mencacatkan pemandangan, saya gamkan lininig ni di atas jahitan tepi keliling kain..terpulang pada kamu nk pilih lining begini atau renda2..saya gam pakai gam UHU..bukan gam gajah mahupun hot glue..

sebagai 'pemberat' supaya alas akan lebih cantik 'terletak' pada dulung, saya jahitkan batu kristal yg berat ni di setiap penjuru mcm gambar diatas..

sorry, saya tak de gambar nak tunjukkan hasil alas ceper ni diatas ceper sebenar..sebab saya takde dulang/ceper hantaran utk didemokan.. masa majlis dulu, makngah saya yang sponsored ceper tu.. jadi tunjuk mcm ni je lah..pandai2lah ye kamu imagine alas ni diatas ceper kamu...

sekian..harap membantu sesiapa yg buntu...

15 June 2010

tapak hantaran murah...

Salam..

hari ni ada mood sikit nak story mory buat tutorial DIY. honestly, masa saya DIY barang2 kawin, tak fikir pun nak ambik photo step by step sebab memang tak de niat nak masuk dalam blog. tapi rasa mcm interesting if dapat share dgn B2B yg lain. sbb saya pernah mengalami kebuntuan mencari2 idea dgn budget yg kecil. satu2nya blog kawin yg saya jumpe, yg sesuai dgn budget serta sgt praktikal ialah blog LadyNoe. bila dah kawin, baru lah jumpe dan tau, ohh..byknya blog kawin-kawin..asyik tertanya2 kenapa lah tak jumpe kamu2 semua dgn lebih awal...

jadi gambar2 utk tutorial ini adalah dari hasil yang dah siap sepenuhnya,dah dipakai pun..just korek2 dlm almari, ambik balik gambar2 setakat yg mampu utk jelaskan lagi step2 dalam tutorial ini..

bahan2...

1. gabus/ Polystyrene
2. tissue paper - boleh beli kat kedai jual bunga jugak..saya beli kat lovely palace depan tesco ampang.
3. double sided tape
4. gunting
5. renda baju - boleh beli di kedai jahitan
6. gam UHU - cukuplah gam UHU je..takyah la sampai guna gam gajah..

ini..tissue paper beli kat lovely palace depan tesco ampang..color pilihan, purple lilac utk dipadankan dgn riben dark purple/palm..

balut/bungkus gabus/polystyrene dengan tissue paper..gamkan guna double sided tape...bahagian belakang, takyahlah balut..bukan orang nampak..bazir tissue paper je...

kot ye pun bahagian belakang ni orang tak nampak, tapi itu bkn alasan nak buat comot2..balut dgn kemas terutama dibahagian sudut..


 ini adalah renda yang biasanya orang jahit pada leher atau lengan baju..tapi boleh je kamu gamkan dikeliling polystyrene yg dah siap dibalut tadi... nak pakai riben pun boleh jugak..nak lagi unik, hah..tampalkan je kacang hijau..ala-ala buat collage ms kat sekolah dulu..terpulang pada kreativiti masing...

dah siap..bolehlah letakkan sejambak/setangkai bunga dulang sebagai hiasan...

bersama-sama dengan barangan hantaran..ini gambar pada hari kejadian *lepas akad nikah* terpulanglah nak letak biskut ke, baju ke, kasut ke..suka hati..


senang, bukan? tapak hantaran ni bukan canggih atau hebat mana..biasa2 je..menjadi pilihan saya sebab ianya MURAH=) saya sgt berhati2 dgn hiasan hantaran..takmo terlalu crowded with flowers, beads,riben2 rambu ramba yg akan melambungkan kos.. simple but nice and elegant..saya biasa lihat hiasan hantaran yg terlalu sarat sampai 'tenggelam' barangan hantaran..

percaya tak kalau saya kata kos hiasan hantaran saya sangat minima? kurang dari RM200 utk 10 bekas hantaran *termasuk tempat cincin utk bakal suami*. hiasan hantaran, okeh?maksudnya tapak hantaran, hiasan bunga & alas dulang hantaran...sebab bekas ceper/dulang hantaran di sponsor oleh MakNgah Serendah.. barangan hantaran kira dalam budget yg lain...

sebelum buat or beli sesuatu barangan kahwin, saya selalu fikir 'after majlis, barang2 ni nak buat ape?'.. pemikiran begini sangat membantu saya dalam mengawal minda, emosi & nafsu membuak2 serta menyelamatkan kos...

jalan2 kat blog2, sekarang tengah trend pakai bantal empat segi or bulat sebagai tapak hantaran..cantik..lepas kawin, boleh pakai..ada jugak pakai pinggan2 putih bersih..comel gitu..lepas kawin pun boleh pakai.. tapikan, after kawin, 80% hadiah yg dapat, mesti set pinggan mangkuk..percayalah...

DeepInsideMyHeart : ingatkan nak buat sekali tutorial DIY tapak hantaran masa bertunang dulu..tapi mcm complicated sangat yang tu..sebab masa tu konon2 nak ada efek empuk ala-ala bantal peluk..tuh yg jadi complicated..


11 June 2010

pulut kuning tradisi ala diraja..

Salam..

Saja nak share koleksi pulut kuning yang saya ambik dari google..




idea menggunakan pulut kuning ni amatlah sesuai bagi sesiapa yg inginkan sesuatu yg tradisional.. sangat classic & bersesuaian dgn konsep tradisional..

gambar kecil diatas sangat comel pulut kuning tu diletakkan dalam bekas comel seolah2 macam cupcakes.. gambar bawah pula, pulut kuning di pack seperti doorgift..oohh..satu lagi idea utk doorgift yg gila classic tradisional lah!!

DeepInsideMyHeart: eh, tiba2 tak biasa pulak buat post pendek macam ni..biasanya panjang berjela-jela..=) 

08 June 2010

sponsorship..SUKA! #02

Salam..

bersambung part 2 sebab rasa panjang sangat post kalau nak muatkan dalam 1 post yang sama.

PA Sistem
a few weeks before majlis, discovered that abang sepupu, Abang Mohsein ada buat business PA sistem. harga pun ok. affordable..paling best, beliau ada CD musik gamelan yang saya tercari2 selama ini.. BEST! yelah, nak upah pasukan gamelan main live, serius beribu-ribu RM. tapi last2 saya tak tahu macam mana jalan ceritanya, abah cakap payment settled. tak tahulah samada sponsored by MakLang or Abang Mohsein. survey banyak vendors dan mereka quote RM 500. so, i anggap i dah jimat RM 500 for PA system and RM 2500 for the gamelan *kalau upah band gamelan, dorang charged RM 2500*. all together save RM3000.

VVIP doorgift
VVIP merujuk pada rombongan pihak lelaki..akhirnya, Mak Uda offer untuk buatkan sabun riben since ibu pun dah kelam kabut nak buat banyak benda lain lagi. so, saya dgn ibu hanya beli riben2 pilihan hati di SSF & serah pada Mak Uda utk dijadikan sabun riben sebanyak 60pcs for VVIP and 7pcs for hantaran. Mak Uda sponsor sabun & upah buat adalah percuma=) *untung ada auntie creative dan tak kedekut*

saya hanya tambah  paper bags isi pudding, kek, cookies and air kotak sebagai bekalan rombongan lelaki nak balik jauh..yelah, bolehlah makan dalam bas kot2 lapar kan?

 Maklongku yg sabar menyusun semua doorgift VVIP sebelum majlis bermula.

Stand bunga manggar 
sponsored by Mak Lang. dah tak pening nak pacak bunga manggar..takkan nak bagi bunga manggar sandar kat dinding kot or paksa budak si pemegang bungga manggar terpacak berdiri pegang bunga manggar sepanjang majlis..tak comel.

Inai 
inai pokok siap di blended fresh dari pokok.. who else? MakLang lah! Jimat duit i sedekah kat mydin beli inai tiub..

Welcome drinks
kan dah cerita dulu yang rombongan lelaki rehat2 di rumah ERT dulu before berarak masuk dewan. so, masa di rumah ERT, kami ada sediakan sedikit juadah ringgan. beberapa jenis kuih muih dan air.kira macam welcome drinks. sponsored by my cousin, Abang Fitri.

Dewan 
a few weeks after majlis, abah bagitahu duit sewa dewan dah settled oleh salah seorang saudara saya jugak.. i guess i know siapa=) ini jimat sangat banyak ok!

Mist Fan
masa survey harga utk mist fan ni, rata2 supplier quote RM 250 for sebijik fan, so kalau nak sewa 4 bijik *setiap penjuru dewan* telan RM1k jugaklah.. haha..i cancelled after PakLang convinced that dewan tu tak panas sebab ia terbuka di kiri dan kanan..bukan tertutup.but, abah & ibu baik hati sponsored mist fan ni=) jimat berapa ribu tu?=)

Makan malam rewang 
selepas majlis akad nikah hari Jumaat, malam tu pulak kami semua ke dewan utk rewang2 deko hall. so, my MakSu tolong masakkan nasi goreng kampung dan mihun beserta air teh o panas dan sirap ais. yelah utk saudara mara yg tolong malam tu..tambah pulak MakNgah Serendah sponsored sebijik kek lazat sebagai pencuci mulut=) 

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua penaja. pada saya, tak kisahlah samada penaja dari segi material atau tenaga, dua-dua pun sama penting.. dua-dua pun dah boleh buat saya terharu =') dan saya tak tahu samada ini ada kaitan dengan budaya 'menanam' macam yg abah saya selalu sebutkan setiap kali beliau beria-ia nak sponsor apape bila sepupu saya kawin. dan bila setiap kali ibu bersusah payah menyiapkan barangan tajaan, abah akan ulang lagi kisah budaya 'menanam'..=)mungkin sengaja nak ingatkan kami adik beradik betapa pentingnya tolong menolong antara adik-beradik walaupun masing2 dah beranak pinak..sampai anak abang/kakak/adik nak kawin pun, harus tolong menolong..

-rezeki kawin kan, sapa tahu?=)

01 June 2010

sponsorship..SUKA! #01

Salam..

pertolongan saudara mara banyak melengkapkan majlis saya.. jutaan terima kasih..

Pintu gerbang /arch
saya tak ambik dari bridal house sebab Mak Lang said she got the 'rangka'. so saya hanya perlu sediakan brg utk deko. jadi budget saya telah diselamatkan di situ. bridal house potong RM300 sbb tak ambik arch.

Kek Pengantin
As mentioned earlier, my Makngah Serendah sponsored my wedding cake. jimat RM150-200 dari budget.

Meja Kek Pengantin
sponsored by Mak Lang jugak. saya memang sangat berkenan dgn meja kecil tu. tapi malu nak cakap =P..jadi hanya redha dgn meja kek dari caterer yg semestinya pakai skirting biasa. tapi bila Mak Lang tanya nak tak meja kecil ni letak kek pengantin? terus angguk laju2 NAK!=)

Hantaran
ada 2 dulang hantaran sponsored by my aunties. 1 bekas hantaran berisi biskut berbentuk manggis sponsored by Mak Su. beliau bagi biskut tu je dan kami yg hiaskan sebab beliau takut kalau beliau siap2 hias, tak match dgn hantaran yang lain *sungguh memahami*.

nampak tak biskut berbentuk manggis dibawah tu? yang atas tu ialah kuih bangkit. beli kat Chow Kit yang pakai timbang, pastu susun cantik2 dalam bekas kuih yg boleh beli kat Yen Bakery.

ini adalah sabun riben yg dibuat oleh Mak Uda saya. ada lagi 30 pcs sabun riben macam ni color lilac dan 30pcs dark purple/palm utk doorgift VVIP. ikut senarai awal, nak bagi bunga rampai. but bunga rampai was too common and tak tahan lama sangat. jadi, saya gantikan bunga rampai dgn sabun riben. just buat color lain je dari doorgift VVIP. off white.  

nanti ada masa, i story morey pasal hantaran versi Idea Kahwin Saya.. hantaran budget jugak=) 

Doorgift
pernah saya nyatakan pasal kehilangan doorgift bunga gantung saya yang hilang di office abah, memang down gila2 tak ingatlah. berbulan2 saya tidur jam 1 malam semata2 menyiapkan bunga gantung tu. lebam bawah mata, tak ingatlah..berat badan turun, muka bulat gebu pun dah cengkung berjerawat.

tiba2 dapat call dari Makngah di Seremban mahu sponsor 500 pcs doorgift. penyelamat. jadi saya hanya perlu buat bunga gantung 500 pcs je utk lengkapkan 1000 pcs. hajat dihati ingin bagi tetamu doorgift sama rata, tak kesampaian. makngah sponsor moist chocolate cake yg sgt lazat sampai ramai tanya2. nasib kak Leen ada letak sticker Renjis Mempelai. dah, pergi order kat situ=) and kak Leen sangat sporting sebab macam memahami hati i..beliau call siap tanya nak letak riben color ape..kak leen nak pergi beli baru=) i suka penaja yang memahami macam ni=)

Jimat sangat2 banyak.. 

bakul2 cantik comel
bakul anyaman coklat berhiaskan bunga kuning *kiri gambar* di sponsor oleh Makngah Serendah. saya buat isi candy lollipop as doorgift utk kanak2. bekas ceper hantaran dalam plastik oren tu juga dari Makngah Serendah..beliau sengaja beli bekas tu utk anak2 sendiri or anak2 buah beliau kawin, boleh guna..barang2 dihantar seminggu sebelum majlis.

bakul flower girl ni sponsored by my Nek Su. termasuk sekali dgn daun pandan siap hiris halus2. kelopak2 bunga tu, pakai bunga kertas a.k.a Bougainvillea je. Mak Lang yang bawakkan sebab kat rumah beliau banyak pokok bunga kertas pelbagai warna..nak beli artifial flower petals, agak mahal jugak just utk flower girls tu tabur2 sepanjang perarakan masuk.

fresh flowers
ibu dan abah sangat2 faham jiwa anaknya ini yg teringinkan fresh flowers tapi sebab anak baru kerja 3 tahun dah gatal nak kawin tapi duit simpanan belum berjuta2 ringgit, maka si anak terpaksa pendam. bila ibu dan abah bagitahu nak sponsor fresh flowers utk walkway, terus call bridal house cancel artificial flowers utk walkway. just sewa 5 sets flower stand je dari bridal house tuh..cut cost RM150 dari bridal house for the artificial flowers and RM170+ utk fresh flowers sponsored by abah n ibu=)

inilah antara hasil gubahan fresh flowers yang digubah beramai2 selepas Nek Cik memberi tunjuk ajar cara menggubah. fresh flowers sampai pada jam 7.30 malam 1 Jan 2010 iaitu malam sebelum Majlis Persandingan. Jam 8 malam, orang pangkal *saudara mara terdekat* sampai ke Dewan utk Deko2 dan antara yg harus di deko ialah fresh flowers ni..

 
adikku yg setia sentiasa memastikan bunga2 tu sentiasa segar.. kejap2 spray air..=)



closed up..

ada lagi yang nak disenaraikan tapi post ni macam dah panjang berjela.. tunggu sambungan part 2 ye..