31 July 2011

peluang belajar menguruskan rumahtangga..

Salam

Selamat menyambut Ramadhan. mungkin ada diantara kamu dikalangan yang pertama kali menyambut Ramadhan sebagai isteri. pertama kali bangun sahur, makan berdua dengan suami. pertama kali berbuka puasa berdua bersama suami. lainlah kalau tinggal dengan parents or in-laws, itu lain cerita.

mungkin juga ada disini yg masih berPJJ.. apa pun, saya harap kamu semua menikmati perjalanan Ramadhan kali ini dgn lebih penghayatan. semua org tak mempunyai cara hidup yg sama. oleh itu, sesuaikanlah ikut keselesaan sendiri sambil terus berusaha utk mencari jalan terbaik utk tinggal bersama2 sebumbung setiap hari.

mungkin juga buat bakal b2b, ini kali terakhir kamu menjalani ibadah Ramadhan sebagai 'orang bujang'. nikmatilah & jalanilah ibadah itu sesempurna mungkin. InsyaAllah, utk menjadi seorang isteri yg solehah bukanlah proses pembelajaraan yg boleh dikhatam dlm sehari saja.. ia perjalanan seumur hidup.. sama seperti proses utk menjadi umat yg solehah.

bagi kami, ini kali ke 2 kami menjalani ibadah Ramadhan bersama sebagai suami isteri. Alhamdulillah, diberi kesempatan utk merasai nikmat tersebut. tahun ini lebih tenang. tahun lepas, nervous dia mcm nk ambik SPM (-_-").

nervous utk perkara2 remeh mcm 'eh, boleh ke bangun sahur ni?'..'eh, boleh ke nak sediakan sahur ni?'.. itulah natijah & harga yg perlu saya bayar bila dari kecik dah biasa ada seorang ibu yg sentiasa memastikan semuanya siap sedia.. tugas saya hanyalah membantu sahaja. kalau nk jadi 'head chef' didapur tu utk sediakan hidangan sahur, mmg taklah.. 

Alhamdulillah, ada suami yg memahami. yang sabar dgn isteri dia ni. Ramadhan lepas boleh dikatakan kami bereksperimentasi dgn masa kami berdua. menyesuaikan diri antara satu sama lain & dengan keadaan. Alhamdulillah, selain bersama2 dgn ahli keluarga, mulai Ramadhan lepas juga, bertambah seorang ahli utk berjalan kaki bersama2 ke surau menunaikan solat sunat Tarawikh.

harap, Ramadhan kali ini dipermudahkan. dan semoga masih diberi peluang utk menyambut Ramadhan yang seterus bersama insan2 yang tersayang disisi..

saya ingin memohon maaf jika ada dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini ataupun tutur kata saya yg menguris perasaan kamu. ampun maaf dipinta.

Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan..

Ahlan Wasahlan  Ya Ramadhan..

18 July 2011

kitchen cabinet

Salam

sedang mencerna semua idea-idea utk kitchen cabinet.. layan je lah gambar2 yerk..

idea utk gunakan para (shelf) bagus jugak..xperlulah pasang cabinet dibahagian atas.. dengan ketinggian yg ada, mesti leceh nnt nk simpan barang dalam cabinet bahagian atas.. perlu tangga pulak utk panjat. *ini pengalaman rumah ibu pasang kitchen cabinet atas & bawah. sampai dah jadi bini org pun stil kene panjat tangga/kerusi utk ambik periuk kukus kalau nak buat pulut kuning*


putih..sgt sejuk mata memandang..suci je.. tapi rajin ke nnt bagi extra effort utk maintain putih bersih? errrmm..

color macam ni pun not bad gak..


utk menyimpan segala jenis herba & rempah ratus.. kene terjah Ikea lah nmpknya utk bende2 mcm ni..




suka sangat dengan idea sliding door mcm ni!


buat rak di pintu? xberat ke? karang tercabut pulak pintu cabinet tu? but nice idea..dpt lebih byk ruang mcm ni..

tong sampah sorok dlm cabinet? ermm..boleh cuba utk tgk sesuai ke tidak letak bwh sinki mcm ni..

wet kitchen
vs
laundry room


tgh fikir, ruang belakang rumah elok dijadikan wet kitchen or ruangan dobi? *hehehe..ni semua terpengaruh tgk ruang dobi Xora lah ni=)*

dalam pertimbangan,

nak penuhkan rumah dgn furniture & tunggu rezeki lain utk buat kitchen cabinet atau buat kitchen cabinet dulu & furniture beli sikit2 je dulu?

nak buat 1 kitchen saja & ada ruangan dobi best mcm dlm gambar atau nak 2 kitchen, wet & dry kitchen? 

hubby, let's sit down & discuss =P

*org yg budget constraint mmg mcm ni lah (-_-")

15 July 2011

Lepas Kahwin : Memasak #2

Salam

Sambung dari episod semalam=)

yup! saya setuju kalau ada yg kata, memasak bukan satu kewajipan utk isteri. tapi ia satu keperluan kan?

awal2 perkahwinan, hidup agak tunggang langgang sikit. masing2 baru nak beradaptasi. baru nak belajar uruskan masa. 

masa tu mmg kami bereksperimentasi dlm banyak perkara terutama masa.

dalam bab masak, masa ni lah tercari2 cara penyelesaian utk semua perkara dalam proses memasak tu. bila nak beli bahan2? mcm mana dengan bahan mentah? kat mana nak beli? berapa banyak kena beli? belum lagi kira, macam mana nak masak.

saya belajar masak dari sumber ini :

1. mestilah dari ibu!

kadang2 saya akan call ibu utk tanya resepi & cara masak. tapi selalunya saya belajar masa ibu memasak didapur. husband dah pesan, masa dia outstation utk beberapa hari (biasanya 3D2N) saya kene pergi belajar memasak dgn ibu. bila dia blk dari outstation, masakkan ape yg dah dipelajari utk husband pulak.
dan biasanya hari ahad saya akan masak lebih & hantar rumah parents utk di kritik oleh ibu & abah serta adik2.. hahaha..so bolehlah perbaiki apa yg kurang.

2. YouTube

hahaha.. saya tak pasti berapa ramai yg belajar masak pakai YouTube. yang pasti, saya berjaya masak TomYam Kung tanpa apape kritikan walaupun 1st time masak. semuanya gara-gara tgk org Siam masak TomYam Kung kat YouTube. ada lagi beberapa menu yg saya belajar dari YouTube. alhamdulillah, kebanyakkannya berjaya berbanding dari saya belajar ambik resepi kat website2 masakan atau blog2 tanpa video. InsyaAllah, malam raya nnt nak rujuk YouTube utk belajar buat Pavlova pulak!


3. Blog

Yup! dari blog kawan2 yg saya kenal secara realiti. sbb walaupun tanpa video, kalau ada yg saya xberapa faham atau pasti, senang saya nak contact terus handphone.

4. Asian Food Channel & Life Inspired



terima kasih Astro sbb ada 2 channel yg amat berguna ni! please jgn naik harga lagi ya.. tax pun dah 6%. cukup2lah tu.. dulu saya pernah share pasal channel Life Inspired ni.

Sesiapa ada sumber rujukan best bab masak memasak ni, share dgn saya, boleh? sbb saya stil lagi dlm proses belajar..

14 July 2011

Lepas Kahwin : Memasak #1

Salam

Memasak.

Kalau tanya org dolu-dolu, sure akan kata, “masak pun tak pandai, macam mana nak kawin? Nanti nak bagi laki makan apa?!”

Tapi, zaman berubah. Sekarang ramai berpendapat,

“tak reti masak pun takpe. Kedai makan banyak. Isteri sekarang ramai yg bekerja. Suami kena fahamlah.”

“rugi je masak takat makan 2 orang je. baik makan kat luar je.”

…………

Bulan pertama kahwin, kami LDR (Long Distance Relationship)

Org tanya, “seronok kawin?”

“Tah. Seronok kot..”

Serious! Itulah yg saya rasa. Sbb mcm xde pape perubahan lepas jadi bini org. stil duduk dgn parents, stil lagi balik kerja, makanan dah siap terhidang. Xyah susah2 masak. Baju pun xyah risau kalau jemur sbb ada ibu tolong angkatkan kalau hujan. Jujurnya, ibu yg tolong uruskan hal baju kecuali lipat & iron kene buat sendiri lah.. *sungguh memalukan*

Pendek kata, rutin hidup masih sama macam sblm kawin. Walaupun husband selalu lakukan pemantauan dari jauh. selalu ingatkan, belajar masak dari ibu, jgn susahkan parents, sampaikan siap pesan kat ibu & abah supaya jgn manjakan bini dia ni (-_-")

Hanya hujung minggu je balik rumah sendiri dating dgn suami. Pastu mulalah kan mengada2 konon sekali sekala jumpa, mehlah kita g makan luar saja. Pilih tempat, xnak kalah. Mahu yg best saja.

Jadi, rutin memasak, mmg xfikir.

Sebulan lepas tu.. Alhamdulillah, suami dapat pindah ke KL & kami duduk sebumbung sebagai suami isteri=)

Hambik!

Berbekalkan ilmu & skil pengurusan rumahtangga yg masih ditahap kanak2 tadika, mmg agak susah sikit sy nak adapt dgn keadaan tu. Al-maklumlah, lama sgt duduk hostel, bab memasak mmg jarang nak diasah skil tu. Lagipun terlalu bergantung pada ibu yg merupakan suri rumahtangga kot..

Ibu sendiri pernah offer utk masakkan utk kami.

“bagi ibu duit untuk beli barang. Xpun beli barang, nnt ibu masakkan. Balik keje, singgah umah ibu ambik je lauk siap masak”

Tapi, suami saya menolak.

“syg, jgn terlalu bergantung lagi dgn parents kita. Skrg sepatutnya masa utk parents kita bergantung pada kita pulak. Masa utk kita yg jaga parents kita, bagi kemudahan kt dorang. Bukan susahkan dorang. memang dorang xrasa menyusahkan. dorang akan rela buat apa saja utk kita. sebab anak kan? semua parents sanggup berkorban. tapi sebagai anak, kita lah yg kene fikir sendiri.”

"lagipun, jgn letakkan diri kita dlm comfort zone. sampai bila2 pun kita x akan rasa nak berusaha. sbb dah selesa. abg nak syg masak. xpe, sedap ke tak sedap ke, abg tetap makan. janji isteri abg nak masak & belajar masak"

jadi, kami berdua slow talk dgn ibu. biarlah mcm mana pun, biarlah anak dia ni masak sendiri. belajar. iyelah, hati mak bapak mana yg sanggup biarkan anak bersusah payahkan. tapi tulah, proses pembelajaran. bila bersedia utk berkahwin, maka bersedialah utk pikul segala tanggungjawab yg terkandung dlmnya. cuma kadang-kala ada jugak ibu bagi lauk. tu pun sekali sekala. dan xlah menganggu aktiviti ibu utk ke kelas-kelas agama.

itulah sedikit sebanyak pengalaman selepas kahwin dlm bab memasak ni yg saya nak kongsikan bersama. lain orang, lain caranya kan? cuma kita boleh ambil pengalaman org tu utk dijadikan panduan & sesuaikan dgn keadaan kita. 

esok saya akan cerita mcm mana proses pembelajaran memasak saya. hehehe.. ambik masa lama jugak sbnrnya sy nak sharekan topik ni.

Xpe kalau kita terpaksa 'merangkak' dulu sebelum dapat 'berlari' laju.

Kepada b2b yg dah biasa dan dah asah skil memasak sejak zaman bujang lagi, TAHNIAH! saya salute pada kamu=) 

selamat menjamu suami dengan air tangan sendiri!

=)