05 April 2010

susun atur

Salam

Pernah tak korang terfikir camne nak susun atur kedudukan kerusi/meja makan tetamu, VVIP (merujuk kepada rombongan sebelah), pelamin, meja makan beradab, meja hadiah, meja kek, walkway & macam2lah? Pernah tak?

Dulu saya tak ambil pusing pun hal2 susun atur kedudukan didalam dewan. Tak fikir pun..ingatkan dah hire caterer so, everything dorang yg akan setup..sampailah a few days before the majlis, Qaiyum *my brother merangkap event manager for my wedding* tanya saya pasal hal susun atur dalam dewan..

Disini sedikit info dari pengalaman sendiri pasal susun atur kedudukan dalam majlis..

Perkara yang perlu dititik beratkan bila nak susun kedudukan ini haruslah dipastikan bersesuaian dgn perjalanan majlis..

a. Pelamin..
Haha..jgn nak tipu yg korang tak kisah pelamin nak letak mana kan?ni mesti bende paling..paling..paling crucial sekali =) kalau dekat hall, senang cerita..kat mana ada stage, kat situlah pelamin..ada ke dewan takde stage?

 sumber gambar : image google

sumber gambar : gambar kawin sendiri=)

dan lebih cantik lagi kalau ada red carpet yg lurus dari pintu masuk utama terus ke pelamin..kalau ada belok-belok or red carpet berbentuk 'L', kurang comel lah pada saya..

 sumber gambar : google image

Kalau majlis dirumah, saya rasa macam best je kalau pelamin tu diluar rumah..maksudnya bersama2 sekali dgn khemah..barulah rasa 'dekat' dgn tetamu..dan kadang2 ada jgk yg segan nak masuk rumah..jadi pelamin diluar agak happening=) nak bergambar ramai2 pun ada ruang yg luas..

tak best kalau pelamin betul2 depan rumah & sebelah pelamin tu pintu utama keluar/masuk rumah..semaklah..tengah bersanding, orang lalu lalang keluar masuk rumah..best ke kamu rasa?saya rasa tak..

tapi kelemahan pelamin diluar adalah HUJAN..oohh..gila scary kalau hujan & pelamin lecak2..

b. Meja makan beradab..
Ada yg suka letak meja makan beradab betul2 selari depan pelamin..kalau di hall, kat bawahlah..bukanlah atas stage..but stil nak selari dgn pelamin..

 sumber gambar : image google

I kureng berminat dgn kedudukan mcm ni..tak highlight pelamin & meja mkn beradab bila 2-2 letak selari dihadapan.. dan menghalang laluan pengantin masa berarak nak ke pelamin..tapi kalau aturcaranya ialah makan beradab dulu, oklah kot..but stil menghalang laluan tetamu yg akan merenjis/tepung tawar/bersalaman dgn pengantin.. kang makcik/pakcik terpaksa keliling meja beradab dulu…kan cantik jika red carpet kamu terbentang lurus dari pintu masuk terus ke pelamin..

c. Buffet line..
Buffet line sgt penting kedudukannya..salah tempat, akan menyebabkan majlis kamu nampak crowded *if dalam hall, lagi2 hall tertutup* bila tetamu beratur panjang terutama time peak..kamu fikir cantik ke tetamu beratur pjg?kalaulah dorang boleh beratur & buat line straight mcm barisan kawad kaki, oklah kot..nmpk cntik sikit kan?tp ada ke nak beratur lurus mcm tu..

Tapi kalau kamu rasa kamu suka dgn keadaan mcm tu, sebab kamu rasa ‘wah! Ramainya tetamu aku..crowded gila hall ni’..then, up to you..

Eloklah di set kan 2 buffet line..at least..& harus pastikan dari arah mana kamu mahu tetamu start ambil makanan..& jika peak time, arah mana barisan tetamu akan terbentuk..ada kah barisan tetamu akan menghalang apa2 yg penting seperti laluan masuk utama or melintasi red carpet/walkway or ‘menutup’ pandangan rostrum dan sebagainya

d. Meja makan VVIP
selalunya VVIP dikategorikan sebagai rombongan pihak sebelah lelaki/perempuan..tapi mungkin jugak majlis kamu betul2 ada VVIP menteri2 ke, kerabat2 ke..owh..itu lain cerita.. sy just focuskan VVIP disini sebagai rombongan pihak sebelah lelaki/perempuan..

 sumber gambar : koleksi peribadi..lebih tepat, majlis wedding sendiri=)

eloklah direservedkan meja utk VVIP ni..& elok jugak keluarkan sedikit belanja utk order extra table dgn set dome.. bincang dulu dgn partner kamu berapa orang dari pihak dia akan hadir..takkanlah kamu nak bagi VVIP beratur ambik makanan kat buffet line kan?


e. Meja Hadiah/ Guessbook corner..
haruslah ada meja hadiah..jgn lupakan meja ini..walaupun kamu tak mengharap sgt hadiah dari tetamu, tapi sebagai tetamu, mereka berbesar hati memberikan hadiah buat kamu sbgai tanda turut gembira & meraikan kamu sbgai pengantin..silalah reservedkan 2 orang utk menyambut hadiah tersebut & diletakkan dimeja khas yg turut dihias mengikut keperluan..

sbb sebagai tetamu, saya pun rasa serba salah bila bawak hadiah berat2 or besar2 pastu sampai dpn pintu dewan/rumah pengantin tak tahu nak bagi kat siapa..memanglah biasanya parent pengantin akan ada kat pintu masuk menyambut tetamu, tapi alahai~~ tak sampai hati nak bagi hadiah tu kat parent pengantin..lagi2 kalau hadiah berat..kesianlah makcik tu kan?

at least, bila ada meja hadiah depan pintu masuk yg senang dilihat tambah pulak ada tukang sambut hadiah, mmg taklah tercangak-cangak nak pass hadiah kat sape..guess book pun mungkin boleh ditempatkan berhampiran meja hadiah..senang letak hadiah dulu, barulah selesa nak tulis2 kan?

ini saja yang dapat saya kongsikan dgn kamu..kot-kot kamu ada idea lagi best, voice out..share-share..ok?

4 comments:

  1. info yg sangat membantu utk saya yg buntu ni,
    tq byk2 wak..

    ReplyDelete
  2. ermm xterfikir lg...lgpun buat kat rumah aje...tp harus juga memikirkan especially tmpt pengantin mkn beradap nk letak kat mana...eihh byk juga nak kena fikir...

    ReplyDelete
  3. bgus2..info yg bguna utk bakal pengantin..

    inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati :

    http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

    ReplyDelete