Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti
-Sayyidina Ali bin Abi Talib-

06 October 2010

hadiah kahwin

Salam

musim kawan2 ramai yang nak kawin. ni ha, ahad ni..tarikh rebutan ramai 101010.. nasib i tak ambik date ni. sebab dulu ada jugak cita2 nak 101010. sbb masa tu dah ada target nak kawin 2010.tapi taktau date mane nak pilih. bila fikir2, 101010, lambatnya! *sbnrnya gatal nak kawin awal. tu yang kawin awal tahun--shy--*

jemputan utk 101010 ni, ramai jugak. jauh2 pulak. kawan saya, kawan Incik Asben, saudara mara kami. last2 terpaksa cakap awal2 tak dapat dtg. kami dtg mane yg sempat je. kalau tak sempat, pos je lah hadiah kawin. maaf banyak2 ye..faham2lah tarikh hot mcm ni.

cakap pasal hadiah, ape hadiah kahwin yg biasanya diterima/diberi?

1. Pinggan Mangkuk

hahaha...paling banyak dapat masa kahwin dulu. ni termasuklah jug & glasses, tea set, dinner set, breakfast set.. tu sbb kalau ada member kawin, saya tak bagi hadiah ni kat dorang. saya lebih prefer utk bagi punch bowl ke, ice-cream bowl ke, salad bowl ke.. bagi variety lah sikit hadiah member dpt. sbb confirm ramai lagi orang lain bagi gelas, cwn, dinner set sume tuh..

kami dapat set balang kuih raya.. amatlah berguna ok..sbb saya tak pernah fikir nak bagi set balang kuih raya.. sekurang2nya utk 3 tahun akan dtg, tak payah fikir pasal balang kuih raya.. boleh pakai yg dpt hadiah kawin dulu..setahun sekali je kot keluarkan balang tu..

2. Periuk

yes! we also got a few sets of periuk as our wedding gift which is much appreciated! terus pakai! periuk nasik pun dapat. i tak dapat kuali/frying pan. hah, ni boleh buat hadiah utk member ni..

3. Barang Elektrik

blender, iron, toaster, kettle, juicer, coffee maker, sandwich maker..biasa jugak orang jadikan hadiah. but i got table fan from kak Lisa. bile dia dtg raya, dia boleh cam "eh.." tunjuk kat kipas. "a'ah hadiah kak Lisa..the one & only.." i tolong sambungkan ayat Kak Lisa sbb dia mcm terkedu nmpk kipas dia bagi.. haha, saya ingat sgt hadiah kipas tu..sbb satu-satunya..

4. Keagamaan

eh, ape point keagamaan ni. bukan maksud bagi agama ye.. maksudnya disini ialah sejadah & telekung. kami dapat beberapa helai sejadah & telekung. bagi saya ini hadiah hebat. cukup hebat kalau kita jdkan ini sbgai hadiah! bygkan pahala jariah yg kita dpt tiap kali sejadah & telekung kita beri tu digunakan..MasyaAllah..

kami dapat 2 frame ayat Al-Quran..ini pun elok dijadikan hadiah kahwinkan?.. terus gantung kat hall & bedroom.

5. Jam

i remembered, kakak sepupu saya memang terkenal lah susah nak bgn pagi. guess what? dia dapat 4 bijik alarm clock. dari saiz sederhana ke sebesar2 jam=) kami pun dapat jam jugak. tapi jam dindinglah.. useful jugak tau.. gantung kat tiap bilik & ruang tamu.

6. Quilt/Bedsheet

normally orang pakai katil queen size. so hadiahkanlah queen size. tapi kadang2 tak tau jugak kalau perantin nanti pakai king size..tapi jarang rasanya..

7. Kain Batik/Kain Pelekat

seriously i never ever thougt that i will get kain batik & kain pelekat as hadiah kawin. but, sweet kan?=) kain batik belum start pakai lagi. akan belajar pakai kain batik kemas2..insyaAllah..

8. Album

ada beberapa buah album. masih kosong! gambar kawin dah siap dalam custom album. pakej dgn OP. tapi still thinking nak print gmbr2 yg takde dlm custom album utk diisi dlm album2 kosong ni..dahlah semua album cantik2..siap berenda-renda lagi..

9. Lesung Batu 

ini memang favourite item Incik Asben suka bagi kawan-kawan beliau sebagai hadiah kawin. "takpe, kawan abang yg kawin ni suka makan sambal belacan.. nanti suruh bini dia tumbukkan sambal belacan".. berat tau hadiah ni.. macam tah pape je kan? tapi memang guna pun! 

ape yang korang selalu jadikan hadiah kawin?

9 comments:

  1. Thanks for the info.. sellau ketandusan idea nak bagi apa kat orang bila ramai sangat nak kawen serentak.. tak nak bagi benda sama kalau boleh.. hehe..

    ReplyDelete
  2. suke hadiah lesung batu tu..mmg bagi kat kwn2 hadiah mcm tu..selain unik, variety utk pasangan yg baru nak memulakan hidup berumahtangga..=)

    ReplyDelete
  3. idea lesung batu tu sy suka :P

    kdg2 penat nk pk hadiah yg lain dari lain..

    salam singgah

    ReplyDelete
  4. lesung batu gift pun menarik.. xpernah terfikir

    ReplyDelete
  5. masa mula2 Incik Asben bwk blk lesung batu suruh i balut dgn wrapping paper, i pun terkejut. biar betul..

    tapi bile fikir, mcm unik jugak=)

    ReplyDelete
  6. hehe... kawan dl pernah nak hadiah 'paling berat'. so, bg die lesung batu la... siap aksesori... rempah ratus segala bagai ha... huhu...

    ReplyDelete
  7. errr..

    1. frame gambar
    2. set sudu @ set sudip, senduk segala.. hehe
    3. towel
    4. klu yg budget besar bleh bg microwave @ vacuum cleaner
    5. paling senang bg voucher jusco ke ikea ke. senang pengantin nk spend. hehe

    ReplyDelete
  8. sis!!thanks for the info..
    elya mmg tgh memikirkan nk bg ape tuk mmber2 yg kawen bulan ni...
    syik dok bg pinggan mangkuk jee before this...busan jugak kan!!!ha3

    ReplyDelete
  9. ada blender tp xda lesung...mcm xlengkap aje dapur...hehehe...

    ReplyDelete