31 July 2011

peluang belajar menguruskan rumahtangga..

Salam

Selamat menyambut Ramadhan. mungkin ada diantara kamu dikalangan yang pertama kali menyambut Ramadhan sebagai isteri. pertama kali bangun sahur, makan berdua dengan suami. pertama kali berbuka puasa berdua bersama suami. lainlah kalau tinggal dengan parents or in-laws, itu lain cerita.

mungkin juga ada disini yg masih berPJJ.. apa pun, saya harap kamu semua menikmati perjalanan Ramadhan kali ini dgn lebih penghayatan. semua org tak mempunyai cara hidup yg sama. oleh itu, sesuaikanlah ikut keselesaan sendiri sambil terus berusaha utk mencari jalan terbaik utk tinggal bersama2 sebumbung setiap hari.

mungkin juga buat bakal b2b, ini kali terakhir kamu menjalani ibadah Ramadhan sebagai 'orang bujang'. nikmatilah & jalanilah ibadah itu sesempurna mungkin. InsyaAllah, utk menjadi seorang isteri yg solehah bukanlah proses pembelajaraan yg boleh dikhatam dlm sehari saja.. ia perjalanan seumur hidup.. sama seperti proses utk menjadi umat yg solehah.

bagi kami, ini kali ke 2 kami menjalani ibadah Ramadhan bersama sebagai suami isteri. Alhamdulillah, diberi kesempatan utk merasai nikmat tersebut. tahun ini lebih tenang. tahun lepas, nervous dia mcm nk ambik SPM (-_-").

nervous utk perkara2 remeh mcm 'eh, boleh ke bangun sahur ni?'..'eh, boleh ke nak sediakan sahur ni?'.. itulah natijah & harga yg perlu saya bayar bila dari kecik dah biasa ada seorang ibu yg sentiasa memastikan semuanya siap sedia.. tugas saya hanyalah membantu sahaja. kalau nk jadi 'head chef' didapur tu utk sediakan hidangan sahur, mmg taklah.. 

Alhamdulillah, ada suami yg memahami. yang sabar dgn isteri dia ni. Ramadhan lepas boleh dikatakan kami bereksperimentasi dgn masa kami berdua. menyesuaikan diri antara satu sama lain & dengan keadaan. Alhamdulillah, selain bersama2 dgn ahli keluarga, mulai Ramadhan lepas juga, bertambah seorang ahli utk berjalan kaki bersama2 ke surau menunaikan solat sunat Tarawikh.

harap, Ramadhan kali ini dipermudahkan. dan semoga masih diberi peluang utk menyambut Ramadhan yang seterus bersama insan2 yang tersayang disisi..

saya ingin memohon maaf jika ada dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini ataupun tutur kata saya yg menguris perasaan kamu. ampun maaf dipinta.

Selamat Menjalani Ibadah Ramadhan..

Ahlan Wasahlan  Ya Ramadhan..

2 comments:

  1. slamat menyambut ramadhan & selamat beribadah....(^^)

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan :)

    sy b2b. terima kasih info di atas. suka3.

    ReplyDelete