03 August 2011

Lepas Kahwin : Memasak di bulan Ramadhan..tips?

Salam

Jom share apape tips menguruskan rumahtangga sempena bulan Ramadhan ni..

seperti yg saya katakan dulu, tahun lepas merupakan tahun pertama kami berpuasa sebagai suami isteri, kami banyak bereksperimentasi dengan masa. kami berdua masing2 bekerja. 

tentunya waktu bekerja kami berbeza pada bulan Ramadhan. saya bekerja dari 9 pagi - 6 petang. husband pulak dari 7.30 pagi -4.30 ptg.

nmpk x perbezaan tu? kdg2 saya rasa nk je kerja ikut waktu husband kerja. so, boleh balik rumah awal & sediakan juadah berbuka puasa. x perlu beli di Bazaar. tapi harus sedar, sy yg perlu sesuaikan diri dengan keadaan & suasana. bukan sebaliknya. 

jadi, puasa tahun lepas, husband lah yg akan ke bazaar ramadhan utk cari lauk-pauk-siap-masak di bazaar Ramadhan. beliaulah juga yg masakkan nasi utk berbuka. sbb saya sampai rumah pun dah pukul 7. sempat hidangkan nasi, lauk-pauk & buat air je(-_-") too bad! itu yg saya rasa! kesian suami saya terpaksa makan lauk bukan air tangan bini dia mcm selalu..

oh ya.. husband beli lauk-pauk di bazaar ramadhan utk dipanaskan waktu sahur sekali.

seminggu je kami bertahan dgn cara ini. masuk minggu kedua, husband mengadu dia bosan dgn makanan beli di bazaar. kdg2 kene round 2-3 kali bazaar tu semata2 xtahu nak beli & makan ape. sampai kena call bini dia ni tanya apa yg patut dibeli (-_-") tak lama lepas tu, husband dah pandai join bapak mertua dia pergi bazaar sama2. adalah dia kawan utk bagi idea beli apa.. hehehe.. kadang2 ada jugak ibu bagi lauk. tapi jaranglah. sbb ibu saya busy dgn business kuih raya.

akhirnya, kami temui cara yg pada kami adalah penyelesaian kepada masalah kekangan masa ni & penambah kasih sayang suami isteri *sbb makan hasil air tangan isteri. ini petua org dulu2 ya*.

jom share sama-sama..

untuk sahur :

1. Plan menu bersahur utk minggu tersebut supaya xyahlah time mamai2 bgn pukul 4 pagi baru nak perah otak fikir nak masak ape.

2. masak nasi siap2 sebelum masuk tidur & biarkan rice cooker dalam mode 'keep warm'. tapi kalau tanak nasi atas dapur, saya xdapat nak tolong sbb saya pun masih belajar dgn husband *malu betul bila laki lagi pandai masak nasi atas dapur*

3. isi siap2 air dalam cerek/kettle sebelum tidur. so bila bangun sahur just hidupkan api/elektrik je..jimat masa utk masak air.

4. keluarkan barangan basah seperti ikan, ayam, udang, sotong or daging dari freezer & letakkan dalam ruangan chiller. defrost awal2 sblm tidur. senanglah nak goreng or masak time sahur nanti.

5. bagi kamu yg masak tak pakai cili boh siap beli di kedai mcm saya, bolehlah blend cili kering (sila masak dulu ya cili keringnya) siap2 & simpan dlm tupperware letak dlm peti ais. insyaAllah, boleh tahan sampai seminggu. 

apa yg saya buat, biasanya pada hari Ahad, saya dah siap2 blend sekali cili kering + bawang merah + bawang putih. simpan dlm 1 tupperware letak dlm peti ais. bila nak masak, boleh terus tumis kan je.. 

mungkin kamu boleh asingkan 3 bahan tadi dlm 3 tupperware berlainan. saya biasa cmpurkan je. kalau nak masak masakan yg xpakai cili, saya just hiriskan je bawang2 utk ditumis. kalau rajin je, baru tumbuk pakai lesung batu sbb xboleh nak blend dgn blender if bahan sikit sgt.

6. biasanya saya hanya akan masak yg goreng2 saja pada waktu sahur. untuk masakan bergulai mcm tomyam, kari, masak lemak cili api, asam pedas & lain2, biasanya saya masak waktu malam. lepas habis tarawikh iaitu sebelum tidur. masak siap2 & hanya panaskan je waktu sahur nnt.

untuk berbuka puasa

masih lagi mencari solusi yg bagus sbb mmg xsempat nak prepare apape bila sampai rumah dah pukul 7. sekarang ni saya try masak sebelum tidur & simpan dlm peti sejuk utk dipanaskan time berbuka puasa keesokkan harinya.. yg ni masih dlm tempoh percubaan utk tahun ni.

untuk kuih-muih tahun lepas tiap hari beli kat bazaar. tapi tahun ni saya beli siap2 karipap frozen, samosa frozen & cucur badak frozen dari Sawari keluaran Felda (boleh beli di HQ Felda, Jalan Semarak). jadi saya hanya perlu goreng je balik dari kerja utk juadah berbuka. rasanya pun sedap. at least, boleh pastikan minyak yg digunakan utk menggoreng adalah minyak baru berbanding di bazaar yg kadang2 sampai minyak dah hitam pun stil recycle utk goreng kuih..

Alhamdulillah, 3 hari berpuasa setakat ni belum ada lagi makanan dari bazaar Ramadhan utk tahun ini =) nnt boleh buat perbandingan dari segi perbelanjaan membeli di bazaar dgn masak dirumah. kita cuba ya..

Cara kamu, bagaimana? boleh share & tambahkan lagi idea? kot-kotlah saya boleh jumpa solusi utk berbuka puasa saya dari kamu..

Terima kasih =)

2 comments:

  1. nak siap2 kupas bawang utk seminggu pun boleh..then simpan dlm tupperware letak kat peti sejuk..bila nak masak tinggal potong je..rasa lain sikit la sebab jus bawang dah kurang tapi still sedap jugak kalau memang tau masak..tapi setakat untuk bulan puasa ni ok kot..bulan lain boleh masak waktu malam macam biasa..

    ReplyDelete
  2. saya pernah try buat mcm tu.. bawang agak kering sikit & kene letak byk utk naik bau wangi time menumis..

    sy ada 1 habit. suka bau menumis=)

    ReplyDelete