14 April 2012

Berpantang.. Cara Mana?

Hi,

Selalu saya dengar cerita kawan2 saya dah ada cara mereka 'sendiri' untuk berpantang sebab terlalu rimas & rasa complicated sangat if berpantang cara lama. ada jugak yang berpantang ikut cara lama yang bagi mereka ada bukti berkesan secara saintifik saja. tak kurang juga yang tak berpantang cara lama sebab dalam keluarga xde sapa yang tahu cara sebenar nak berpantang.. mungkin ada mak-mak kita yang dah lupa cara nenek2 dulu jaga mereka dalam pantang. tak kurang juga mak-mak yang dulu tak pernah ambik tahu pasal berpantang, so, xde ilmu berpantang nak diturunkan kepada si anak.

Bidan2 sekarang ni pulak, susah jugak nak cari. ada memang ada. tapi yang betul2 tahu berpantang cara lama tu, mmg jarang nak jumpa.

Ibu saya dulu tak berpeluang untuk berpantang sepenuhnya cara tradisional. sebab masa beranak terlalu susah dan jahitan banyak sampai sebulan terbaring saja xboleh duduk. jadinya xdapatlah berbengkung, bertanggas & berurut. 

sekarang, ibu saya sangat semangat nak saya berpantang penuh siap nak buatkan tempat untuk bertangas lagi. macam2 dah ibu ceritakan pada saya. nanti dah dekat2 bersalin, jgn lupa buat itu, buat ini.. jgn lupa petua itu, petua ini. nanti dalam pantang ibu buatkan itu, buatkan ini.. macam2.. dan setiap kali lepas berpesan, mesti ada ayat ni "jgn jadi mcm ibu dulu xpantang.. nilah jadinya perut buncit sbb peranakkan xcukup kecut"

bagi saya, senang je. saya akan buat semua peraturan berpantang tu bukan sbb percaya sangat-sangat dgn amalan tu. tapi sebagai anak, saya rasa kita patut mendengar nasihat dan tak boleh melawan kata-kata ibu bapa kita kan? jadi saya ikutkan je nanti sbb itu adalah nasihat dari ibu. takmo lah kan baru lepas beranak dah nak jadi 'Si Malim Kundang'..

5 bulan lagi.. InsyaAllah.. Minggu depan ada Pureen Stock Clearance Sale.. Rasa macam nak pergi je 2-2 hari..hahaha.. Jom terjah!

2 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal berpantang … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing the info=)

    ReplyDelete