07 June 2012

Trying To Conceive (TTC) : Our journey

Hi

Kami mulakan langkah pertama masa hujung bulan Mei tahun lepas, 2011. mula-mula serius blur nak pergi doktor mana? klinik mana? mmg, gynae paling famous ialah Dr. Hamid Arsyad. tapi kalu boleh sebelum call buat appointment dengan dia, nak lah jugak tahu gynae mana lagi yg ok and yg penting seorang muslimah. kalau dah xde sangat, barulah cari Dr. Hamid Arsyad.

Lagi satu, sbb takut Dr. Hamid mahal dan ramai sangat patient. maklumlah, nak buat rawatan ni, every month adalah 2 kali jugak jumpa gynae.. mahu kopak jugak kalau xbetul2 ready. lagipun masa tu kami dalam preparation nak masuk rumah baru. banyak duit nak pakai.

Last-last saya call Az-Zahrah je sbb ada kakak sepupu pernah buat treatment kat situ tapi masih belum rezeki dia lagi masa dia buat rawatan kat situ. Saya duduk area Ampang. Az-Zahrah pulak area Bangi. dah masuk beberapa bulan treatment, baru rasa tindakan yg agak kurang bijak disitu sbb jauh jugak nak berulang-alik dan mmg kene ambik cuti setiap kali appointment. tp sebab masa tu cetek ilmu lagi, jadi redah je lah.. belajar melalui pengalaman.

sebelum ke Az-Zahrah, kami suami isteri pergi juga ke pusat perubatan islam. byk sekarang ni.. tapi kami pergi ke Darul Syifa'. alhamdulillah, ustaz disana kata kami xde apape gangguan dan nasihatkan kami dapatkan rawatan moden.

akhirnya, 1st appointment rawatan moden di Az-Zahrah adalah pada 1 Jun 2011. birthday suami. hehehe.. Gynae saya ialah Dr. Fazlina. 1st appointment doktor tanya pasal period. cycle macam mana, berapa lama, senggugut ke x, suami tinggal sama ke, selalu outstation ke, berapa lama kalau outstation tu, berapa kerap bersama suami isteri.. mcm2.. jgn malu utk cerita sbb gynae perlu tahu semua tu utk tahu samada gagal utk pregnant disebabkan apa.

Kemudian, doktor scan. tak nampak jelas. jadi gynae perlu buat trans vaginal scan (tvs). TVS tu apa? TVS tu ialah scan melalui vagina. stick scanner dimasukkan ke dalam vagina. wah.. kagum saya sebab dari form 4 belajar biology, selalu lukis/tengok gambarajah sistem reproduktif perempuan. tahu ada ovary bentuk bulat, dalam ovari ada ovum.. masa scan tu, betul2 nmpak ovary.. lepas tu nampak byk bulat2 dalam tu.. itulah ovum! siap boleh ukur lagi saiz ovum berapa mm.. dah matang ke belum..

1st sekali gynae detect rahim saya jenis retroverted uterus (RU)

garisan putus2 tu menunjukkan rahim yang kehadapan seperti rahim kebanyakkan perempuan.yang warna pink tu, keadaan rahim yg retroverted. RU ni adalah semulajadi. 1 daripada 5 perempuan rahimnya adalah jenis RU sejak dilahirkan. gynae saya kata, ia ibarat mcm ramai orang adalah right handed tapi ada juga left handed. ia bukan kecacatan atau penyakit.

Alhamdulillah, saya xde apape penyakit seperti PCOS ke, Endometriosis, cyst,fibroid dan sebagainya.. saiz telur/ ovum pun ok.. alhamdulillah.. just gynae kata RU ni jenis susah nak lekat tapi senang nak gugur!

Gynae suggest makan Clomid utk rangsang lebih banyak ovum matang & dikeluarkan dalam 1 cycle. Jadi peluang untuk sperm bertemu dengan ovum akan meningkat. Dipendekkan cerita, saya makan Clomid untuk 4 cycles.Clomid ni saya makan hari ke 2 period. kemudian hari ke 12, saya kene jumpa gynae untuk buat TVS dan check tahap kematangan telur. pernah sekali 2 ovum saya matang dalam 1 cycle. tapi masih belum rezeki kami.

pada hari ke 12 ni, selain buat TVS utk check saiz ovum dan kematangan ovum, gynae akan suntik ubat utk memastikan ovum yg matang tu pecah dan keluar dari ovari untuk disenyawakan dalam tiub fallopian. tempoh untuk ovum dipecahkan adalah dalam masa 24-36 jam selepas suntikan.

selepas cycle kedua dengan Clomid tak menjadi, saya stop makan Clomid sbb masa tu bulan Ramadhan dan gynae refused utk buat TVS masa bulan puasa. lepas raya baru start balik. Clomid ke3 gynae naikkan dos dari 2 biji kepada 3 biji.

akhirnya sampai ke Clomid cycle ke 4, gynae nasihatkan untuk stop makan Clomid dan buat ujian HSG. ujian HSG ni lebih kurang mcm x-ray saluran pembiakkan kita. gynae kata mungkin ada saluran yang tersumbat atau bocor. melalui HSG ni, boleh nampak.

masa tu dah bulan Dec 2011. kami berbincang & akhirnya kami putuskan untuk tangguhkan HSG sebab nak concentrate  hal2 rumah baru. sebenarnya excited nak spend money dan deco-deco rumah baru=) kebetulan pulak adik nak kawin, lagi super duper excitedlah kan?

walaupun dah stop Clomid dan tangguhkan HSG, kami tetap amalkan memakan vitamins dan juga makanan-makanan sunnah Nabi Muhammad S.A.W seperti kurma, madu lebah, habbatussauda', pati delima, buah delima. vitamin lain yg saya ambik ialah EPO, Multivitamin for women etc..

sampailah masa anniversay kami yg ke2, pada 1.1.12, saya muntah-muntah lepas balik dari rumah baru kami. masa tu tak fikir apape.. yang saya fikir mungkin sebab perut kosong lepas tu terus makan durian. hehehe.. sejak tu badan rasa xsihat. suami pulak bila malam je, mesti demam. siang sihat pulak. last2 walaupun belum lewat period, saya senyap2 buat UPT sensorang kat rumah.. taknak bgtau husband sbb xsanggup dah tengok air muka kecewa dia. tambah pulak dengan rasa kecewa diri sendiri, xlarat dah rasanya..

tiba2 rasa macam nampak double lines.. fainted double lines sebenarnya. rasa mcm menyesal pulak sbb buat sensorang so takde siapa boleh yakinkan saya nampak 2 lines atau ilusi saya semata-mata.. hahaha.. terpaksalah ambik jugak gambar & emailkan kat husband. husband kat office dah masa tu..

husband terus call dan cakap dia pun nampak double lines.. hehehe.. next day, kitorang buat lagi UPT. kali ni line lebih terang.. teruslah pergi jumpa doktor untuk buat pengesahan sebab husband kene g outstation petang tu. tidur di Marriot Putrajaya selama 3 hari. Alhamdulillah, positive! baru 4 minggu (yelah, period belum delay lagi pun). sbb bini dah pregnant dan gynae dah pesan pasal RU senang miscarriage, saya jadi princess sejak hari tu sampai sekarang=) hehehehe..

inilah cerita perjalanan TTC kami yg dah dipendekkan. Alhamdulillah, selepas 5 bulan buat treatment, akhirnya kami conceived secara semulajadi. kuasa Allah, kan?

Sepanjang TTC jugak, saya banyak melayari blog2 yg menceritakan pengalaman TTC mereka. ada yang masih berusaha & ada yang dah berjaya. dapat kembar pun ada!

jadi, saya rasa setiap orang perempuan harus juga ambik tahu pasal kesihatan dalaman diri. perkara2 macam ni kadang2 memang tak nampak atau beri apape simptom.. 

tak sanggup rasanya nak tgk drama Ameera lakonan Rita Rudaini tu..

14 comments:

  1. rezeki Allah ...kita berusaha yg tentukan DIA juga..:)

    ReplyDelete
  2. salam...
    kisah awak TTC sama dgn kawan saya.sama!
    dia RU, treatment pun buat dkt darul syifa n cumanya berbeza private clinic while u go with the azzahrah.n dia conceive au naturally.pemakanan sunnah sama mcm awak(madu, serbuk kulit kayu manis etc).within a month dia try mkn, terus pregnant.
    alhamdulillah,da 4++ month kalau tak silap.
    eh, sama kan?hehe:)so,kena yakin kuasa Allah n berusaha.take care m2b!
    eve_hannan@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. sy dah 6 bulan nk msk 7.. Tulah, gynae kta, org RU ni blh je pregnant mcm org lain.. Tp ssh sikitla.. N when we pregnant, uterus akan kembali normal sbb baby akan tolak uterus ke normal bila bby mkn besar dlm rahim..

    Serbuk kulit kayu manis, xpernah pulak sy dgr gna utk ttc..

    Alhamdulillah.. Kuasa Allah.. Bila sampai masa, Dia bagi jugak akhirnya=)

    ReplyDelete
  4. salam sis..nk tya sis RU..tp period regular x?

    ReplyDelete
  5. period xregular sangat. tapi every months mesti period la.. just dia lari2 between 29-32 days for each cycle..

    ReplyDelete
  6. salam. boleh tau berapa cost utk dptkan rawatan pakar kt hosp azzaharah tu?

    ReplyDelete
  7. salam nk tanya brapa cost utk TVS tau x?? coz nk g buat tvs kt az zahrah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat exactly how much.. tapi rasanya 1st treatment aritu 200 jugaklah dengan 5 biji clomid.

      Delete
  8. very inspiring..
    thk u so much for sharing ur story <3

    ReplyDelete
  9. Salam dan tahniah. Boleh saya tahu cara anda mkn habbatulsauda? Sya agak takut utk mkn krn ada setgh blog yg sya bca mengatakan habbatulsauda tidak blh dimkn sekiranya wanita ttc. Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
  10. Salam dan tahniah. Boleh saya tahu cara anda mkn habbatulsauda? Sya agak takut utk mkn krn ada setgh blog yg sya bca mengatakan habbatulsauda tidak blh dimkn sekiranya wanita ttc. Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete