Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti
-Sayyidina Ali bin Abi Talib-

07 September 2012

Pengalaman 38 minggu mengandung

(this is an auto publish post)

Salam

Summary pengalaman mengandung.

Treatment dengan pakar sakit puan.

untuk sesetengah orang, nak mengandung, bukan satu masalah. tapi tak bagi kami. lepas 6 bulan treatment secara serius dengan pakar O&G dari Hospital Az-Zahrah, kami ambil keputusan untuk stop treatment & uruskan hal pindah masuk rumah baru. Last makan Clomid bulan 11. bulan 12 tu buat selamba je xmakan apape ubat cuma continue ambik susu kambing blend dengan kurma, habbatus sauda & madu lebah setiap hari. niat, kalau xpregnant pun, xpelah.. makanan ni kan semuanya sunnah Nabi.. Alih2, bulan 1, dpt tau pregnant. Alhamdulillah, tak sangka pregnant secara semulajadi.. kuasa Allah, kan?

kenangan.. tak semua orang ada peluang merasa hidup sebagai TTCian (Trying-To-Conceive)
sampai sekarang xberani nak ambik calculator & totalkan semua perbelanjaan treatment.. takut2 keluar jumlah boleh beli sebijik kete lagi..

The lines


alhamdulillah, double lines! cerita selanjutnya disini.. (malas nak taip sekali lagi)

Alahan/morning sickness

ada! lepas tau pregnant, husband yang kene alahan.. kesian dia setiap hari rasa xsedap badan. bini dia pulak rasa syukur xde alahan sebab konon2 boleh makan semua jenis makanan berkhasiat yang baik utk baby dalam perut.

salah! masuk 8 minggu, husband sihat bertenaga, bini dia pulak dapat hobi baru. muntah setiap kali minum susu! padahal susu adalah bff saya sejak kecik. tapi bukan salah susu jugak. tak minum susu pun boleh muntah.. ikut suka hati dia nak muntah pagi ke, petang ke, atau malam. kesannya, berat badan turun 3kg! Tahniah! kene bebel dengan nurse. tapi doktor kata normal kalau 1st trimester berat turun sbb morning sickness.. tapi jgn turun melampau sgtla..

Alhamdulillah, masuk minggu ke12, sudah mula rasa nikmat makan.

Mengidam

Xde pulak mengidam yang susah2 nak cari atau pelik2. yang paling susah pun mengidam burger bakar. nak burger bakar kedai tu jugak. kedai lain, xmo. terpaksalah husband beratur 2 jam dalam hujan utk beli sebijik burger bakar. xpelah, kata anak bersama.. sama2lah bersusah payah, ye x?..hehehe

orang yang rajin melayan karenah mengidam saya.. iyelah, kalau bukan ayah Little Caliph sendiri, xkan nak suruh ayah kepada ibu Little Caliph pulak,kan?

tapi time pregnant ni, saya banyak makan di Nando's.. xtahu kenapa suka sangat dengan di peri-peri mild cicah sos garlic tu. tapi husband kata saya lebih banyak makan western food time pregnant ni.

boleh tak, time raya orang semua nak makan ketupat rendang, saya mengidam waffle dari A&W?

GDM

Disahkan ada GDM pada minggu ke 11.. memang keturunan ada diabetis. so, doktor suruh diet. kalau teruk jugak result BSP, doktor kata kene cucuk insulin. Alhamdulillah, berjaya kawal dengan diet saja. takut tau nak cucuk insulin kat diri sendiri..

sebab tak larat nak ulang alik klinik sampai 4 hari sekali, maka husband belikan glucometer. test kat rumah/office sendiri. senang!

Tempat check-up

masa awal2 memang xtau nak deliver kat mana. xkan nak g Az-Zahrah balik kot. jauh tu sampai ke Bangi.. jadi bukak je buku pink kat klinik gov. kata orang klinik gov check up dia lebih details. masuk 29 minggu, baru pergi register kat hospital untuk bersalin. dalam masa yang sama, pergi klinik gov utk inform nak stop check up kat sana sbb nak follow up terus dengan hospital je.. penat nak ulang alik 2 tempat.

biasanya sepanjang check up kat klinik gov, saya pergi sendiri. pergi seorang je.. drive sendiri. husband pernah temankan sekali je tu pun masa minum air gula. sy rasa rugi sangat husband teman sbb bukan dapat masuk pun masa check up. kene tunggu luar. tapi masa check up kat hospital, mmg xpernah missed dia temankan.. kat hospital, boleh masuk sekali, tgk scan sama2, dengar consultation dari doktor sama2.. syok!

Kaki Sembab

Alhamdulillah, kaki xsembab. mungkinlah sembab sikit kot, tapi mmg xnampak pun.. ramai tegur tanya "kaki elok je ye, xsembab or bengkak?" Alhamdulillah.. jadi xde gambar kaki sembab yang boleh dijadikan kenangan.

Gastric

disahkan dapat gastric masa minggu kedua berpuasa. sakit ulu hati sepanjang minggu pertama puasa.. ingatkan perkara biasa utk pregnant women.. bila pergi routine check-up, mengadu kat doktor. rupanya gastric. so, doktor nasihatkan kene makan banyak2 waktu sahur.. kalau sakit jugak, dinasihatkan berbuka puasa sebab takut effect baby dalam perut. doktor juga kata, lagi bahaya kalau sampai muntah.

jadi, puasa penuh tahun ni musnah.. sebab seminggu direct xpuasa. baru pukul 11, ulu hati dah pedih mencucuk2 sampai rasa nak muntah.. haruslah berbuka puasa & makan ubat gastric.. owh.. sungguh menderita kene gastric masa mengandung.. sebab xdapat nak urut2 perut dengan minyak panas.

simptom mengandung yang biasa orang ada, tapi saya xada.

Kuat tidur.
biasa dengar orang mengandung cepat mengantuk & kuat tidur. tapi saya x. tidur biasa je maintain pukul 12 malam. walaupun masuk tidur pukul 10 malam, tapi mata terkebil2 takmo lelap.

eat for two.
pun takda. makan masih dalam portion yang sama waktu xpregnant. selera makan saya xberubah pun. cuma kadang2 tak lalu nak makan, adalah. berat asal sebelum pregnant 57kg (ni pun sebab makan Clomid, berat naik tiap bulan). habis 1st trimester, berat turun 3kg jadi 54kg. dari 54kg, sampai sekarang dah 60kg. jadi total kenaikkan berat badan, 6kg.

dengar orang selalu naik berbelas kg, rasa diri xnormal ke? bila tanya doktor, doktor kata xperlu risau. yang penting berat baby naik & InsyaAllah sihat.

sakit breast.
Masa on Clomid dulu, tiap kali nak dekat2 period mesti sakit breast. sampai dah terperasan pregnant padahal x. tapi bila mengandung, xde pulak sakit.

jeruk/asam
dari kecik memang dilarang tegas oleh ibu untuk tidak makan jeruk mahupun segala jenis asam. bila orang offer, saya katakan saya xmakan jeruk. mesti orang akan kata "kau tunggulah time ko mengandung nanti, mesti benda ni yang ko cari". Alhamdulillah, sampai sekarang, xpernah lagi makan jeruk.

Kelas Antenatal

masa 1st check up & register kat Columbia, customer service dia ada infrom pasal antenatal class (kat sini dorang panggil ParentCraft), konon awal sangat nak register.. hold dulu. sekali bila nak register, dah full. next class bulan oktober. kirim salam jelah. dah beranak kot time tu.

terpaksalah mengagau cari tempat. last2 dapat gak g Columbia Setapak punye class.. tu pun pergi masa dah 33 nak masuk 34 minggu.. xpelah, janji pergi untuk sedapkan hati walaupun selalu tertanya2 tah ingat tah tak semua teknik2 pernafasan ni. yelah, dah sakit nak beranak, takut lupa je. so, paksa husband ingat sbb nanti nak suruh dia ingatkan dalam labour room..=)

Cramp kaki

agak jarang kene cramp kaki. rasanya sepanjang pregnant ni kurang dari 5 kali kot. tapi time kene cramp tu, biasanya tengah malam atau awal pagi, terus picit tangan husband. xkeluar suara pun. hehehe..sakit sangat kot. husband bangun terkejut, terus duduk tegak tolong urut. kejap je cramp ni.. xsampai 5 minit dah ok.

itu je lah kot yang boleh diringkaskan pasal pregnancy saya yang pertama ni.. doakan kami selamat & baik2 saja ya..



No comments:

Post a Comment