14 February 2013

Pengalaman baru- travelling with 5 months old Ziyad..

Salam

Esok kami sekeluarga dan beberapa lagi keluarga terdekat akan bertolak ke Terengganu untuk majlis meraikan pengantin adik. hahaha, yup! memang dah 2 bulan nikah pun stil ada je majlis2 meraikan pengantin ni. khabarnya majlis kali ini akan ada jugak pasangan pengantin lain yg merupakan sepupu kepada adik ipar saya. adik ipar ai memang baik hati pergi ajak sepupu join majlis dia.

persiapan? simple2 je.. adik ipar saya tu memang jenis sempoi. kalau tengok majlis nikah & resepsi dia pun simple je. orang lain pulak yg ter hober2.. oh! baru teringat saya ada 'hutang' entri Majlis Resepsi Adik! hahaha.. 

"nanti majlis kat Terengganu, pakai baju ape? dah tempah baju?"
"takde pun kak. kitorang pakai balik baju nikah"

pagi tadi, sebelum saya ke office, terjumpa adik.

"baju nikah dah ready x?"
"petang ni baru nak g ambik dari dobi"

sesetengah orang rasanya dah g tempah dah buat baju baru tapi adik ipar saya x. sebab nak ikutkan dari segi kemampuan, memang mereka mampu buat lebih. tapi dah memang dididik dari kecik untuk bersederhana, Alhamdulillah, didikan itu berjaya.

kadang2 saya sendiri pun malu kalau pergi ke kenduri kendara sauadara mara or jiran tetangga & adik ipar saya ada sekali. kalau majlis sederhana xpelah.. tapi kalau g majlis beriya bagai ni, malu jgklah. even saya sendiri pun malu ada blog ni. especially entri2 saya pasal hal2 kawin ni. kan beriya benar. malah seolah2 macam saya menggalakkan sesiapa yg melawat blog ni untuk buat majlis beriya2 sebab berkongsi macam2 idea..

dengan status dia sebagai seorang anak vvip, majlis dia xde pun grand mana. xde pun nak buat kat hotel. buat kat stadium je. tu pun sebab jemputan ramai.. so perlu stadium sbb lebih besar berbanding dewan biasa.

dari segi dekorasi, biasa saja. takde photobooth, xde meja khas potong kek, xde candy bar.. tapi dari segi makanan, memang mewah. sbb prinsipnya senang saja. anggap majlis ni macam kenduri. niat kita nak menjamu tetamu dan menghebahkan berita perkahwinan tu supaya nanti xtimbul fitnah bila dilihat pengantin berdua. ingat belum nikah tapi sebenarnya dah. so, bab makan memang mewah dah pemilihan caterer agak cerewet sikit. semua makanan mesti sedap. alhamdulillah, makanan cukup dan pelbagai serta enak juga..

esok juga merupakan pertama kali kami akan berjalan jauh dengan Ziyad!.. huhuhu..pengalaman baru yg bakal ditimba.. masih tetap akan angkut sekali Ameda & Harmony! Ziyad sejak umur 3bulan lebih, demand dah tinggi. sekali minum terus 5oz.. sehari waktu saya bekerja, mmg kene tinggalkan 5 botol susu utk dia. dah 2 hari production xberapa bagus. sehari dapat 15oz je.. biasanya dapatlah jugak 20oz.. apape pun, Syukur! masih ada rezeki utk little caliph.. kene berusaha lebih sikitlah utk penuhi permintaan dan utk kekalkan stok dlm deep freezer 300oz.. chayok2!!


1 comment:

  1. Salam perkenalan. I'm your new blog reader.. :-) insyaAllah ziyad ok nati..org kata kalau kita pk positif ttg baby kita, kita pk yg dia mmpu duk elok2..insyaAllah dia behave. Kalau kita astik risau takut dia itulah inilah, nt dia meragam betul2 mcm yg kita pk tu.. Ni org cakaplah...hehe..tp bila apply tips tu,it works well!! Hehe...

    ReplyDelete