25 May 2013

Mengdambakan Husnul Khotimah

Salam

Al-fatihah buat Abah tercinta.

17 Mei 2013
7 Rejab 1436
Jumaat
5.35 petang.

Alhamdulillah, selamat dikebumi secepat yg mungkin seperti yg pernah dipesan & diajarkan abah.
"Segerakan pengkebumian jenazah. jangan seksa jenazah"
itulah yg berulang kali dizikirkan pada kami adik beradik setiap kali kami menerima berita kematian.

Semua anak2 abah ada kecuali adik saya yg masih menuntut di UUM. Alhamdulillah, anak2 abah telah dididik sebaik mungkin. adik saya redha & pesan utk terus uruskan jenazah.

sebelum maghrib, jenazah dibawa ke surau. dimandikan & dikafankan selepas solat maghrib. disolatkan selepas solat isya' & terus dikebumikan. seperti yg selalu diceritakan abah, dia mahu anak2 lelakinya yg membawa jenazahnya. sehingga ke liang lahad yg turun masih lagi 2 anak lelaki abah & suami sy yg merupakan satu2nya menantu lelaki setakat ini. 

lebih kurang pukul 10 mlm selamat dikebumikan. adik sy sampai kl dari UUM pada jam 4.30pg menaiki bas kerana tiada flight direct ke kl (kawasan kecil, jd flight sehari xbyk).

semoga abah mendapat kemuliaan Husnul Khotimah yg sering diidam & dilafaz dlm setiap doanya.

genap 38 hari pulang dr tanah suci abah meninggalkan kami. moga kita bertemu di pintu Syurga. 
Amin..

Abah saya pergi meninggalkan kami secara mengejut. jika ada yg bertanya tentang apa sakitnya abah, kami tiada jawapan tepat untuk soalan itu. Maaf.

3 comments:

  1. takziah..semoga arwah abah saudari berada dikalangan org yg beriman.Amin..Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. takziah buat fatiha sekeluarga..
    moga allahyarham ditempatkan dikalangan orang beriman...
    Alfatihah

    ReplyDelete