15 January 2014

pindah rumah, projek bilik Ziyad hold dulu ye.. weekend ni kita sambung..

hujung minggu yg panjang. ambik cuti isnin, sambung dengan public holiday semalam.

sebab utama cuti panjang, ialah ini,


pindah rumah. dari rumah c3 ke rumah 350 officially. 

pilih hari sabtu lepas sebab almari tv yg ibu saya tempah, dipasang pada hari tersebut. kami sewa lori yg sama hantar almari ni utk pindah rumah. dapat murah sikit compared sewa lori yg betul2 utk pindah barang.
almari TV ni dah lama siap. dekat setengah tahun kot. tempah dah lama, sejak arwah abah ada lagi. bila arwah meninggal, ibu postponed dulu installation padahal almari dah siap. 

terima kasihlah kepada pembuat almari sebab bagi tumpang almari ni lama2 duduk kat bengkel dia tanpa apape charge tambahan.


almari ni arwah abah yg sama2 ukur dengan pembuat almari. idea bersama dengan ibu. cuma arwah tak sempat nak tengok. redha.

sekarang rumah macam tongkang pecah. projek bilik ziyad hold dulu. tinggal nak settlekan feature wall je lagi dengan susunan perabot dan barang.

sabtu pindah angkat barang. Ahad pergi balik rumah AG bawak pembuat almari yg sama utk ukur rumah sbb nak buat build in wardrobe utk 2 bilik di rumah AG.

kalau 2013 adalah berkenaan dengan 'adjustment', nampaknya tahun 2014 adalah berkisar tentang rumah. moga terus dikurniakan rezeki.

No comments:

Post a Comment