27 February 2014

Petua khusyuk dalam solat

Pejabat saya, takde sediakan proper surau untuk staff solat. In fact, saya adalah staff pertama yang memakai tudung. sampai sekarang, xde proper surau. tapi itu bukanlah alasan utama untuk kita merungut kondem bos bukan Islam tak alert dengan agama kita. selagi bos saya tak 'bersuara' pasal saya transform bilik kerja jadi tempat solat untuk 10 minit sehari, oklah.

kesedaran pasal solat tak kira tempat ni, saya 'kutip' waktu di universiti dulu. saya selalu je kuar masuk hutan. samada hutan simpan atau hutan terbiar. nasib baik ada sahabat yg menyedarkan kitorang pasal hal ni waktu field trip. dia yg selalu alert suruh bawak khemah extra utk 'surau'. tong air extra utk wudhuk. compas.. alhamdulillah. pernah kami berjemaah 4 orang dalam khemah sbb masa tu field trip seminggu dalam hutan.

kat office ni, saya akan ambil wudhuk di toilet sahaja. toilet office saya bersih. setiap hari cuci dan bukan jenis toilet basah. lantai sentiasa kering. sebab semua staff jenis buat 'pelaburan' dalam toilet bowl je. ibu saya pernah bagitau, hasil dari kelas agama yg dia attend, ustaz bagitau, zaman sekarang kebanyakkan rumah di design dengan bilik mandi & tandas dalam 1 ruangan. maksudnya dalam 1 bilik, ada shower & toilet bowl. tak mcm dulu2 jamban bilik lain, tempat mandi bilik lain. jadinya, bila kita nak ambil wudhuk, tutuplah toilet bowl tu.

semalam, waktu ambik wudhuk di sinki dalam toilet, depannya ada cermin. waktu menyapu rambut dengan air. terpandanglah sehelai uban di kepala! sah. saya mengikut genetik arwah abah saya. rambut beruban. sebab kalau ikut genetik ibu, mmg xde uban. makcik2 sebelah ibu saya pun xde uban even umut dorang semua dah lebih 50 tahun.

balik rumah, cerita dengan husband. sambil tunjuk uban yg belum cabut semata-mata nak tunjuk kat husband.

"kepala abang pun dah ada uban. ingat tak aritu?"

"ingat"

.....................................................................................

"eh, abang, kepala abang dah ada uban lah! hahaha... dah tua!"

"mane?"

"ni.. nampak x?"

"a'ahla.. malaikat maut dah sapu kepala abang"

dari gelak-gelakkan husband, terus terdiam time tu. bergetar rasanya.

'malaikat maut dah sapu kepala abang'.. macam echo tau.. bergema-gema kat gegendang. terus teringat dulu ada ustaz pernah bagitau,

"nnt bila kamu dah ada uban, janganlah warnakan nak cover uban tu. itu tanda kasih Allah sebab beri peringatan kat kamu. ingatkan diri kamu tu bukannya muda lagi nak berjimba tak tentu hala. ingat mati"

................................................................................

waktu ambik wudhuk tadi, masih nampak uban atas kepala. tah kenapa hati jadi kecut sangat, solat lebih kusyuk, doa sungguh-sungguh.

terima kasih Allah, atas 'tanda' ingatan ini. 
terima kasih suami,

Malaikat maut dah sapu kepala kita. Allahu akbar!

Jadi, kalau ada uban, jangan cabut..mana tahu, boleh jadi asbab kepada kekusyukkan dalam solat. InsyaAllah

3 comments:

  1. peringatan tu.
    aduh bergetar jugak baca..

    ReplyDelete
  2. fih.thanks share..bergetar gak rs hati ni

    ReplyDelete
  3. ye. reminder for all of us. thanks for remind me too. Pasal tempat solat tu, office cikpuan pun sama.. we transform bilik IT jadi bilik solat..hehe.. company dulu pun sama, bilik meeting tumpang buat solat.. at least kat mana-mana nak solat pun boleh kan?

    ReplyDelete