22 July 2014

Lepas cuci rahim, perlu ke berpantang?

Sebenarnya, saya bukan dalam kategori keguguran. sebabnya kandungan tak gugur pun. rahim membesar sesuai dengan usia kandungan 11-12 minggu, hanya janin saja yg takda. bila dah janin takde, mestilah xde degup jantung semua. keadaan ni dipanggal blighted ovum atau bahasa makcik2, kandungan kosong. kalau ikut kepercayaan nenek-nenek dulu, janin di'culik' bunian. tapi kita ni sejak dari sekolah menengah sampai masuk universiti belajar biology, mestilah kata mengarut, kan? yup, mmg mengarut sebab secara saintifiknya, sperma memang dah berjaya senyawakan ovum cuma semasa pembahagian sel, berlaku kelainan samada pada proses pembahagian sel atau kerosakan kromosom secara genetik. wah, gitew kelas biology kita hari ini.

jadi, bila janin takda, maka tak perlulah nak biarkan rahim semakin membesar dengan kantung kosong sbb lama kelamaan, boleh bahayakan diri sendiri. sebab itulah, saya buat D&C.

"Nurse, after this, do i need to pantang?"

"eh, mesti! pantang macam orang bersalin jugak tau"

"oh, saya confused sbb ramai orang kata takyah pantang" (bukan orang kata, tapi baca kat internet, blog2 semua..hihihi)

"ooo... boleh je takmo pantang. tapi nanti dah tua, you sakit2 urat je lah"

nurse senyum & terus pergi. Saiko. sampai sekarang saya ingat & kejadian ini yg buat saya kembali semangat tiap kali rasa malas nak pakai bengkung, malas nak bertungku, pendek kata, malas nak berpantang, datang.

seriously, kadang2 lupa yg rahim kita ni tak sihat. besi2 dah godek2 rahim kita masa kita pengsan. sebab tak rasa sakit, tak kena jahit. tu yg selalu lupa diri.

oklah, saya berpantang dengan bersungguh kali ni berbanding masa beranakkan Ziyad dulu. mungkin pantang sorang diri, xde anak kecik nak jaga, nak susukan semua.Ziyad pulak tiap pagi husband hantar rumah ibu sebelum g kerja & tinggal saya sorang diri kat rumah belai diri. bertungku, berbengkung, mandi minyak, mandi herba, makan jamu dengan jayanya tanpa risau sebab mmg takde baby menyusu.

Mandi Herba

reneh dengan api kecil supaya khasiat2 herba dapat dikeluarkan.

Warna air mandian semakin pudar dari hari ke hari.. masa utk tukar uncang baru.

Mestilah mandi air suam. Since kat rumah 350 ni takde water heater, jadi saya masak air pakai cerek elektrik. biasanya 2 kali masak. 1st masak, masuk dalam baldi & campurkan air biasa. jadi suam2 je utk mandi. tambah dengan air rebusan uncang mandian herba ni. uncang ni, saya reneh dalam periuk kaca sbb syg cerek elektrik takut melekat bau herba. ikutkan hati, nak je masak dalam cerek skali.

uncang ni boleh pakai 3-4 kali mandian. makin lama warna herba makin hilang, maksudnya dah bolehlah ganti uncang baru.

Mandi minyak

Sapu minyak panas ke seluruh badan. biasanya lepas mandi dengan air suam, liang2 roma akan terbuka. jadi elok sapu minyak supaya meresap masuk. saya pakai minyak herbanika dari NR. memang suam je badan. memula saya akan sapu pada kaki pastu pakai stokin. lepas tu baru sapu kat badan, tangan, semua..

Berbengkung

Dalam pantang ni, bengkung kenelah ada 2-3 helai sbb seelok-eloknya pakai 24 jam kecuali waktu mandi je la. masa beranak ziyad dulu, saya paling culas pakai bengkung. lagi2 berat badan kurang dari sebelum mengandung, lagilah kembang hidungkan? kengkonon dah kurus lebih dari target asal. takmo lah berbengkung. leceh kononnya. akibatnya, lepas 2-3 bulan beranak, perut yg hampir six pack, kembali buncit. lagi2 lepas habis pantang minum ais. makin menjadi2.. so, sekarang saya insaf! in fact saya beli lagi bengkung baru sbb bengkung sentiasa.

awal2 tu, saya pakai krim herbanika barut & tuangkan setitik 2 minyak herbanika. sapu kat perut, pinggul, dan belakang pinggang. balut dengan kain lampin tak pakai, lepas tu baru ikat bengkung dari bawah ke atas ya! ni mak bidan masa ziyad yg ajar. kalau dari atas ke bawah, nanti peranakkan boleh tertekan turun kebawah. tak pasal2 nanti kene sengkak balik. azab sakit kene sengkak, ok!

reason lapik dulu dengan kain lampin before berbengkung, sbb taknak bengkung kotor. at least, kita just perlu tukar kain lampin yg baru je. bengkung boleh tukar hari2 seelok2nya atau 2 hari sekali. dalam pantang elok berpeluh supaya badan sihat. jadi, mmg bengkung kene basuh selalu & itulah sbbnya bengkung kene lebih dari sehelai.

selain dari sapu krim ni, saya juga amalkan petua turun temurun. sapu dengan campuran kapur makan & air limau nipis. Alhamdulillah, kulit saya xde alahan dengan bahan ni sbb kalau ikut ibu saya, mmg dia xleh.. kulit jadi gatal and ada sesetengah orang, kulit hitam mcm terbakar.

Bertungku


Ini boleh buat awal pagi sebelum mandi. tanggalkan bengkung & bertungkulah. bertungku pun kene cara yg betul. saya pun sbb mak bidan Ziyad yg ajar. sebelum tu, ibu pun ada ajar. kene ingat jgn tungku tengah perut. tungku di keliling bahagian bawah perut dgn cara menolak ke atas. alasan masih sama, takmo peranakkan jatuh. so, rutin saya, bangun pagi, bakar batu tungku. saya pakai batu sungai. bakar atas dapur dengan api kecik so panas batu tu akan tahan lebih lama berbanding panaskan dengan api besar. batu sungai saya xdelah besar sangat. kalau besar2, berat, pun xelok utk peranakkan. lebih bagus kalau ada daun mengkudu. letakkan batu aas daun mengkudu baru balut dengan kain. daun mengkudu ni bantu buang angin dalam badan. kali ni saya xpakai sbb xde daun mengkudu. time ziyad dulu, mak bidan bagi serimbun!.

kiranya, bangun -->bertungku -->mandi herba -->mandi minyak --> berbengkung --> baru boleh makan!

bertungku boleh buat pagi & petang. kalau rajin, malam. 3kali sehari. bagus keluarkan darah kotor.
Makan

Macam biasalah lauk orang pantangkan. husband cuti 2 hari lps D&C tu. so, awal2 tu mmg dia yg masak & buatkan semua termasuk jaga Ziyad. pastu bila dia kerja, dia dah siapkan bersihkan ikan semua. senang utk saya masak masa dia kerja.

 

Saya guna khidmat ibu & pakcik goggle utk tgk apa yg boleh & tak boleh makan. dalam pantang, masih amalkan susu kambing. Shaker dah tukar baru! Shaker lama susu asyik terkeluar time goncang. pastu susah nak bukak.. last2 beli shaker tupperware. puas hati! kalau nak, saya ada jual..hihihi.. whats app je 019 2567011..menyempat lagikan nak iklan?

next entri saya cerita pasal jamu & supplement masa pantang ni. kali ini lebih bebas pasal jamu sbb xsusukan baby.

2 comments:

  1. take care...support org sekeliling penting & membantu sangat masa2 mcm ni.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing sis :)

    http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html

    ReplyDelete