18 August 2014

'Aqiqah anak, bila patut buat?

Salam.

'Aqiqah biasanya kita dengar orang buat bila seorang baby baru dilahirkan. tapi sebenarnya tempoh 'aqiqah adalah dari anak dilahirkan sehingga sebelum anak tersebut baligh. Seelok2nya hari ke 7 selepas kelahiran. Tapi kalau tak mampu, boleh ditangguhkan.

Hukum 'aqiqah adalah sunat mu'akkad. Sunat yang sangat digalakkan utk kita lakukan. Selepas tertangguh atas pelbagai sebab tak dapat dielakkan, akhirnya dapat jugak kami lakukan ibadah 'aqiqah utk Ziyad. Perancangannya nak buat kat rumah AG. tapi disebabkan ibu masih belum 'kuat' nak ke sana, kami plan buat di rumah 350 je.. buat kat padang permainan, sewa khemah. kalau dalam rumah 350 mmg xmuat sbb rumah flat comel sangat.

lepas dah timbang tara, survey kos utk sewa khemah, jugak kos jika sewa dewan kecil yg bersebelahan padang tu, termasuk caterer, kambing, kerusi meja semua, boleh tahan juga harganya. dan boleh tahan jugak lecehnya nak uruskan dan deal dgn pelbagai2 org. Akhirnya, kami decide nak ambik je package dari Felda D'Saji. 

Felda D'Saji ada tawarkan pacakge utk majlis 'Aqiqah. boleh check website dorang utk tahu lebih lanjut.

Lepas tu, ibu invite adik saya utk buat 'aqiqah Humaira. Jadi kos majlis untuk 150 orang dah dibahagi 3 apabila kami putuskan utk buatkan majlis bacaan tahlil utk arwah abah. tapi tetaplah kos kambing yg berasingan perlu dibayar ibubapa anak masing2 sbb itu adalah tanggungjawab ibubapa yg buatkan 'aqiqah anak.

untuk Ziyad (anak lelaki), 2 ekor kambing dan utk Humaira (anak perempuan), 1 ekor kambing. memang ada ceramah ustaz yg saya dengar, jika ibubapa tidak berkemampuan, memadai 1 ekor kambing utk anak lelaki. tapi utk mendefinasikan pasal kemampuan, terlalu luas. jadi kami takmo ambik kesempatan atas faktor kemampuan ni. InsyaAllah, ada pendapatan tetap, rasanya berkemampuanlah kot. cuma cara pengurusan kewangan kenalah betul.

"kitorang buat 'aqiqah sekor kambing je.. tak mampu nak buat 2 ekor.. lagipun takpe kalau tak mampu, sekor pun boleh" sambil tangan bimbit handbag LV, baju bertag designer, kasut designer, tudung Fareeda.. 
ini yg diberikan contoh mengambil kesempatan atas faktor kemampuan. jangan macam ni ye ibu2, bapak2..bezakan antara kehendak & keperluan.

these are the pangantins of the nite.
 Ahmad Zahin Ziyad

Aisyah Humaira

Majlis bermula dengan ketibaan tetamu jam 6 petang. takdapat nak booked tempat tengahari sebab Felda Villa penuh booking sampai September. Kami memang nak buat sebelum September sbb nanti adik perempuan saya akan balik ke kampus awal September.

6.45 petang, kami adakan bacaan Yaasin & Tahlil didalam dewan kecil yg disediakan. Kemudian, solat Maghrib berjemaah dan jamuan makan. 2 ekor kambing dibuat kambing golek manakala seekor lagi kambing dimasak gulai kurma. By 10pm, tetamu dah pulang ke rumah masing2. 

the foods

the entrance of Felda Villa

Small air-conditioned hall. Mintak management pasangkan carpet n sejadah for solat jemaah. rasanya hall ni guna utk tempat makan kalau tak letak carpet tu.



 
tetamu

itu sajalah serba ringkas pasal majlis 'aqiqah Ziyad dan Humaira ni. InsyaAllah, ada rezeki boleh buat lagi majlis kat sini. Mudah. ibarat one stop centre gitu.. tak yah pening2..

4 comments:

  1. alhamdulillah..selesai jugak majlis tersebut yea..saya pun anak yang kedua ni dh 4 tahun tapi masih belum diakikahkan..
    insya Allah ada rezeki akan dibuat jugak..saya pun ada dengar pasal kalau x mampu boleh jer buat seekor sebab ada kawan yang buat.tapi saya rasa takut seperti yang awak cakapkan..definisi berkemampuan tu kan meluas..

    ReplyDelete
  2. Itulah.. bagi saya, selagi kita mampu beli/ada barang kehendak, selagi tu kita dalam golongan berkemampuan.. unless kalau barang keperluan kita tak mampu, baru lah boleh kata tak berkemampuan.. itu definisi saya..

    takpe suhailah, ada niat baik, insyaAllah, Allah permudahkan.. moga dimurahkan rezeki selalu..

    ReplyDelete
  3. kami dulu buat dgn ez qurban. harap sampai lah.sbb nak buat majlis , mcm masing2 tak sempat je.

    ReplyDelete