18 November 2014

anak dah besar, senang nak jaga.. nak jaga anak kecik balik...

Perasaan pelik akhir-akhir ni, teringin nak ada baby balik. tapi perasaan tu muncul bila masa tengah shopping, lalu bahagian baby.. waaa.. terbau-bau harum baby bauan syurga.. tapi bila masa2 biasa, takde pulak rasa teringin tu.. hahaha.. mungkin lebih kepada nafsu nak bershopping barang baby kot..

Perasaan tu akan muncul balik bila tgk baju2 budak2 perempuan yg kiut miut.. timbul perasaan nak tahu macam manalah muka anak kalau ada anak perempuan. lepas tu perasaan nak 'melaram'kan anak perempuan dengan stoking renda-renda, kasut kilat, gaun kembang.. yg ni pun mungkin lebih kepada nafsu tgk barang2 & baju2 budak perempuan yg cantik2 kot.. untuk memuaskan nafsu, saya akan beli gaun yg paling & betul2 saya suka utk Humaira. Jarang belikan seluar. sbb budak perempuan, biarlah oh dia pakai gaun, skirt pendek2, seksi2 masa kecik sampai puas. then slowly ajar tutup aurat sampai dia akil baligh terus suruh tutup aurat. nanti dia x boleh claimed kata masih belum puas pakai gaun, skirt pendek semua. 

selepas saya D&C bulan Julai lalu, kami xde plan langsung pasal anak. maksud xde plan disini ialah, xde usaha langsung utk dapatkan anak. sbb dulu pernah TTC owh, jadi not advisable utk family planning dengan protection.. dah memang sedia maklum jenis susah 'lekat' buat apa mahu protect2 lagi.. hahaha.. lagipun doktor nasihatkan utk rest at least 2 bulan utk bagi rahim kembali pulih betul2 & ready utk pregnancy.

kebetulan jugak, akhir bulan 8, Ziyad admitted hospital because of Rotavirus for almost 2 weeks.. sepanjang bulan 9 & 10 kami hanya fokus kat kesihatan dia & selera makan dia sangat2 menurun dengan teruk. boleh kata setiap masa kat office rasa berdebar2 je.. asyik teringatkan camnerlah Ziyad kat umah.. nasib baik ibu yang jaga ziyad, jadi kepercayaan tu memang 100%. Alhamdulillah, sekarang slowly gaining his weight tapi bab selera makan tu masih mcm jigsaw puzzle.. selera utk makan nasi lagilah masih ibarat langit dengan bumi..

Ibu, dont worry.. i'm big enough and ready to become abang
 selepas macam2 perkara yang jadi, saya akui, saya fobia. fobia tengok anak sakit. rasa tak kuat dah nak tempoh lagi..

saya pernah bincang dengan suami pasal hal ni.

"tiba-tiba rasa macam nak pregnant.. tapi takut nak hadapi saat anak sakit.. saat nak beranak, tak setakut tu.."

"Kalau risau macam tu susahlah.. anak-anak ada ujian masing2.. ada rezeki masing-masing.. kita berusaha harap yang terbaik untuk anak"

ggggrrrrrrrrrrrr... 

2 comments:

  1. gud luck,,.inshaAllah ade rezeki nnt..tqah pon fobia,..hehe

    ReplyDelete